Rabu, 20 Mac 2013

Khabar Angin Bubar Parlimen hari Ni PALSU


Pagi tadi merebak di FB tentang pembubaran Parlimen bakal diumumkan hari ni.

Bila belek akhbar online, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Khabar angin itu kononnya tidak benar sama sekali.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi. Mmmmmmm dah dua kali Perdana menteri keluar dari Istana Negara. Dia teman Yang Dipertuan Agong sarapan kot ;) Sila bersangka baik ya…

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Kalau ikukan kenyataan SPRM, pilihanraya umum PRU13 akan berlaku sebelum bulan Mei. 

Nampak gayanya, bukan aku sahaja yang sangat tak sabar menunggu parlimen dibubarkan. Sangat tak sabar okeh! Teruja benar nak mengundi ni…



Dia Memang Tak Suka Kena Ambik Gambar


Sangat susah nak ambik gambar budak ni sorang


Nak tengok wajahnya masa kecil dulu? Sila tengok di entri di sini.


Selalu sahaja lari kalau orang nak ambil gambar dia. Merata tempat cuba untuk sembunyi.




Kalau cuba juga kita kejar, menceceh lagi entah mana-mana.






Sanggup palingkan muka tu





Malulah konon kena ambil gambar

Sanggup telungkupkan muka.





Akhirnya membelakangkan kamera, bagi vontot. Comey je tersimpuh!


makcik dia pun macam tu jugak kan?

inilah cucu mek yang ke 13...Amir

minggu lepas datang rumah, cari aku tak ada...jenuh menangis hu hu hu 
jenuh mama kena pujuk, tetap tak makan pujuk
akhirnya telefon aku...boraknya beria tapi sepatah haram aku tak faham hu hu hu 
 
hujung minggu ni datang, aku tak ada juga
tak tau lah menangis jugak ke tak

Jadi, usah ajak daku dating hujung minggu ya
budak tecik manja ni akan menangis nengok makciknya tak ada
tak ada orang nak kejar dia...dia bosan
padahal makciknya ni....rasa nak fengsan!

 
 


Video Panas Taib Mahmud


Semalam Cik Bintang PM link video youtube yang wajib tonton. Bukan video lucah ya…tidak juga video seks Anwar Ibrahim yang dah papa gomo sebarkan hingga menuntut itu hero Malaya menyaman lagi.Kaya dia kan? Hasil saman menyaman itu aje pun berapa banyak dia dapat ;)

Dah lama tak makan Mi Kolok, laksa Sarawak...rindu!
Sumber: Travel catcity


Global Witness, kumpulan pencinta alam sekitar hasilkan Video 16 minit, yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi, memaparkan seorang lelaki (penyiasat) yang telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.



Makin dekat pilihanraya, makin pelik pulak perkara yang berlaku...

Di Sinar Harian, Taib Mahmud menafikan dengan berkata:
"Saya telah melihat apa yang dikatakan bukti. Bolehkah ia menjadi seseorang yang cuba untuk mempromosikan diri mereka untuk menjadi agen bagi mendapatkan kepentingan daripada saya? Saya fikir mereka agak nakal menggunakan kuasa besar mereka bagi memburukkan nama saya."

Ditanya mengenai tuntutan sepupunya dalam video bahawa beliau mudah didekati berhubung tawaran tanah, Taib berkata:

"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya? Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.

Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah. Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Tun Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.

PsssT: Aku tak nak komen apa-apa sebab aku ada sebab yang tersendiri. Tapi macam yang Anwar Ibrahim dok mintak PM Najib Razak supaya "jelaskan", banyak baiknya rakyat marhaen yang tak ada tanah macam aku (adalah juga 7-8 pasu tanah buat tanam bunga kertas depan rumah tu, itu ajepun yang ada!) penjelasan tentang hal ini boleh jernihkan banyak perkara. PRU13 kan dah dekat...

Dua tiga hari ni, memang panas sangat-sangat kan?
Mana ada aku cakap pasal video seks dakwaan ramai lelaki mirip Anwar Ibrahim tu...tak kata pun. Yang pasti, dah dua tiga hari tak hujan. cuaca panas terik. membahang siang malam.

Harap-harapnya esok hujan lebat, jenuh...air paip pun panas hu hu hu nasiblah jadi rakyat marhaen kan?





Selasa, 19 Mac 2013

Mac Bulan Bonus?


Macam best kan kalau setiap tahun…tiba aje bulan Mac, bertimpa-timpa semua orang dapat bonus.

Tahniahlah kepada orang Telekom Malaysia Bhd. (TM), hari ni mereka pekerja TM dapat bayaran bonus RM500 secara one-off kepada semua anggota tetap, kontrak dan leasing. Aman makmur seMalaya kita ni ya…rezeki melimpah-limpah.

Hari tu Penjawat Awam dapat beberapa perkara termasuk kenaikan gaji, (pekeliling naik gaji dah keluar tu...) walaupun bukan semua orang dapat. Termasuk akulah tu. Kalau dah rezeki, adalah rezeki. Bila bukan rezeki kita, ada aje kena tahan kat mana-mana ya. Terima kasihlah ya kepada orang yang suka menahan rezeki orang tu, moga-moga murahlah rezeki aku tang lain. Mana tahu kan, tetiba je termengurat Orang minyak saudagar minyak urat huh u hu ayat tak leh blahhhh!

Di Menara TM Bangsar juga, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkhidmatan Internet percuma bagi penggunaan untuk tempoh 30 minit pertama kepada warga miskin di bandar dan luar bandar dengan kampong Kerinci menjadi lokasi pertama. 


Isnin, 18 Mac 2013

Bonus Tambahan Sebulan Gaji Bagi Kakitangan PNB


Seronok dengar rakan-rakan kita dapat bonus. Tompang gembira sama walaupun tak ada orang nak belanjapun. Tak jejas apa-apapun bila kita tompang gembira orang dapat bonus, lagi awet muda adalah kan.

Kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas. PM mengumumkan tambahan bonus ini pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35.

Selain pemberian bonus, seramai 2,474 anak kakitangan PNB berumur 23 tahun ke bawah dan masih belum bekerja akan menerima RM1,000 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun ini.

Dalam majlis ini juga PM turut melancarkan perkhidmatan terbaharu berkaitan pewarisan unit amanah, iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASBN) yang bakal memanfaatkan 11 juta pemegang unit berkenaan.

Hibah Amanah dikhususkan kepada pemegang unit beragama Islam sementara Pengisytiharan Amanah kepada bukan Islam.

Perkhidmatan terbaharu ini membantu pemegang unit ASBN merancang harta pusaka membabitkan amanah ASBN agar dapat diagihkan kepada waris dengan mudah dan pantas berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa, selepas pemegang unit meninggal dunia.

Komen aku: bagus juga ada produk sebegini. Walaupun ada Amanah Raya, ada baiknya organisasi lain turut sama menawarkan perkhidmatan sebegini. Sangat penting kepada orang-orang yang mempunyai keluarga dan harta.

Aku yang tak ada harta ni pun nak kena ambil juga ni…setidak-tidaknya boleh bagi tahu berapa banyak hutang aku masih belum bayar. Manalah tahu kot tetiba esok lusa dah pun ampai ajal. Takkkkk sempat lunaskan hutang. Kesian waris kena bayar. Maklumlah, orang yang berhutang jika mati…rohnya akan tergantung tidak akan diterima langit dan bumi.

Errrr….ada sesapa nak tolong bayar hutang aku yang menimbun-nimbun tu tak?