Seronok dengar rakan-rakan kita dapat bonus. Tompang gembira sama walaupun tak ada orang nak belanjapun. Tak jejas apa-apapun bila kita tompang gembira orang dapat bonus, lagi awet muda adalah kan.
Kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas. PM mengumumkan tambahan bonus ini pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35.
Selain pemberian bonus, seramai 2,474 anak kakitangan PNB berumur 23 tahun ke bawah dan masih belum bekerja akan menerima RM1,000 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun ini.
Dalam majlis ini juga PM turut melancarkan perkhidmatan terbaharu berkaitan pewarisan unit amanah, iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASBN) yang bakal memanfaatkan 11 juta pemegang unit berkenaan.
Hibah Amanah dikhususkan kepada pemegang unit beragama Islam sementara Pengisytiharan Amanah kepada bukan Islam.
Perkhidmatan terbaharu ini membantu pemegang unit ASBN merancang harta pusaka membabitkan amanah ASBN agar dapat diagihkan kepada waris dengan mudah dan pantas berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa, selepas pemegang unit meninggal dunia.
Komen aku: bagus juga ada produk sebegini. Walaupun ada Amanah Raya, ada baiknya organisasi lain turut sama menawarkan perkhidmatan sebegini. Sangat penting kepada orang-orang yang mempunyai keluarga dan harta.
Aku yang tak ada harta ni pun nak kena ambil juga ni…setidak-tidaknya boleh bagi tahu berapa banyak hutang aku masih belum bayar. Manalah tahu kot tetiba esok lusa dah pun ampai ajal. Takkkkk sempat lunaskan hutang. Kesian waris kena bayar. Maklumlah, orang yang berhutang jika mati…rohnya akan tergantung tidak akan diterima langit dan bumi.
Errrr….ada sesapa nak tolong bayar hutang aku yang menimbun-nimbun tu tak?