Selasa, 12 Mac 2013

Perkhidmatan Jampi Menjampi Bomoh Membomohi


Malam semalam, sambil tunggu kaspesky yang baru install itu beroperasi dengan perbaharui definisi antivirus, serta scan, makanya aku buka emel rasmi. Inilah rupanya email pertama yang aku baca:


Lord mazuka white magic spells.
Lord mazuka white magic spells. A temple where all kind of problems are solved with the ancient powerful magic.

We cast all kinds of spells, and get results without any side effect. Out spells is very fast in action, and lasts forever.

LOVE SPELLS,
BROKEN MARRIAGE SPELLS,
HEALTH SPELLS,
BEAUTY SPELLS,
HAIR SPELLS,
MONEY SPELLS,
LOTTERY OR ANY KIND OF GAMBLE SPELLS,
EDUCATION SPELLS,
BUSINESS SPELLS,
CONTRACT SPELLS,
PROMOTION SPELLS,
ADMISSION SPELLS,
SUCESS IN EXAMS SPELLS,
ELECTION WINNING SPELLS.

Contact us if you need our help, and tell us your problem, and we will solve it out with the supreme powerful spells of lord mazuka powerful spells. and all your problem will be solved, and you will live a happy life forever.

WARM REGARDS,
LORD MAZUKA,


Fuhhhhhh! Mula-mula aku gelak sakan. Hishhhhh! Zaman sekarang ni, promosi perkhidmatan bukan main lagi ya…seantario alam. Satu dunia tau!

Macam-macam mentera ada rupanya. Mmmmm education spells pun ada huh u hu tak payah belajar ya, terus je pergi jawab exam. Gerenti tak boleh jawab kalau malas nak ulangkaji huh u hu

Dalam sejarah hidupku, apa yang aku dapat akan aku peroleh dengan susah payah. Malah susah payah itu melebihi orang lain. Orang lain senang je boleh dapat, aku pulak berpeluh hingga keting dan biasanya nyaris-nyaris tak dapat. Namun apa istimewanya adalah: daku lebih hargai apa yang diperoleh itu. Tak akan sia-siakannya.

Tak mudah untuk senang, dan tak susah manapun untuk dapat susah. Jadi, silalah usaha. Kalau harapkan jampi mentera, dah lah bersahabat denga syaitonnn ni rajim, boleh terpesong akidah tu. Apa maknanya bila akidah terpesong??? Senderey mau ingat!


Isnin, 11 Mac 2013

Intisari Pengumuman Insentif Penjawat Awam

Hari ini bernasib malang. Sejak pagi hingga tengahari, semua perancangan tergelincir dari landasan. Masuk kedai makan pun orang belum mula niaga lagi. Bukan satu kedai pulak tu, dua-dua baru nak mula operasi.

Apapun, hepi sebab dengar suara kakak yang agak ceria sikit. Balik rumah terus baca paper online tentang pengumuman Perdana Menteri kepada Penjawat Awam semasa pertemuan PM dengan penjawat Awam di PICC.

Berikut berita baik kepada penjawat awam yang terlibat;

1. Semua Pangkat ATM, PDRM Disetarakan Dengan Perkhidmatan Am
Di PUTRAJAYA pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan lapisan serta gred jawatan atau gred gaji. Perubahan berkenaan merangkumi mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Pangkat koperal (ATM dan PDRM) dahulu gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am. Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am.

Kapten (ATM) dan Penolong Penguasa Polis (PDRM) sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred gaji 44. Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A. Kolonel (ATM) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52.



2. Pegawai Kontrak Akan Disambung Setahun Lagi
Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

3. Tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum

Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT


4. Naik pangkat dari 15 tahun ke 13 tahun. Yang cemerlang ada fast track. Hebat!
Seorang rakan FB, Ayu...ada tulis status ini. Belum dapat dipastikan kesahihannya. Kalau sahih, Alhamdulillah. Nak komen banyak pun tak guna, lemaukan perasaan je. Jadi, kita tunggu apa kata semua…
Mengikut AbahZino yang berada di PICC, kenaikan pangkat ini hanya untuk kakitangan sokongan sahaja.



5. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.

6. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.



Tahniah kepada penjawat awam yang terlibat.

Aku? hanya terlibat dengan no 9 dalam ini cherita. Apapun, semoga boleh tingkatkan keselesaan kepada orang yang terlibat tu. Maklumlah, sekarang ni semua mahal termasuk caj masuk tandas.

Agak-agaknya, barang naik tak esok?



Bukan Mudah Nak Lerai Ikatan kalau Hati Tak Kuat


hari ni bukan hari Rabu, tapi nak tampal gambar juga-jugak;



Cer tengok dekat sikit, ada sesuatu yang menarik?


Zaman kecik dulu, dapat minum air botol sebegini
macam dapat durian runtuh rasanya
setahun sekalipun susah nak minum
aku suka perisa oren :)



Ahad, 10 Mac 2013

Awak Tak Akan Kahwin Sampai Bila-Bila Kalau Tak Kahwin Dengan Saya


“Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya”

Apa perasaan kalau dengar ayat begitu?

Kongsi sedikit kisah pribadi kat blog ni, walaupun sebenarnya malas nak cerita bab-bab peribadi ni.

Kisahnya begini:

Aku pernah diperkenalkan oleh seseorang yang aku kenal dengan seorang lelaki ni. Menurut kakak tu, lelaki ni kawan dia masa kat kampong dulu. Dia kenal dan berkawan sejak sekolah rendah lagi. Menurutnya, kawannya itu dah berkahwin dan ada seorang anak lelaki. Isterinya sakit, jadi isterinya itu benarkan suaminya untuk kahwin seorang lagi dengan syarat tidak diceraikan. Bakal madunya itu pula mesti LEBIH berbanding dia dari segala sudut.

Aku jumpa lelaki tu sebab tak boleh nak mengelak dengan kakak itu. Tapi aku dah beritahu awal-awal lagi kat kakak tu bahawa kalau ada pilihan, aku memang tak akan pilih suami orang. Lainlah kalau dah ditentukan Ilahi, dah tertulis di Loh mahfuz yang aku memang dijodohkan dengan suami orang, memang tak boleh tolak dah.

Jadi, akupun jumpa juga dengan lelaki itu walaupun dengan hati yang berat. Maklumlah, dia kan suami orang.

Lelaki ini biasa-biasa sahaja. Bukan YB, tapi bercita-cita nak jadi YB juga suatu hari nanti. Katanya dia suka berpolitik. Dia perlukan seorang isteri muda yang boleh dibawa dalam majlis-majlis rasmi dihadiri orang-orang besar, yang boleh dibawa ke tengah dan ke tepi, boleh sentiasa senyum dan kelihatan berprestej. Bila bercakap, isteri mudanya itu perlulah kelihatan hebat. Sama hebatnya dengan gayanya.

Malangnya, aku bukanlah seorang yang cantik, gaya apalah lagi memang ke laut. Make up tak pernah calit kecuali medak nipis dan gloss. Lipstick pun jarang pakai, apalagi untuk kelihatan segak bergaya. Tak reti nak bergaul dengan orang-orang besar sebab sentiasa hidup dikalangan orang-orang kecil sahaja. Tak ada prestej. Tak ada gaya. Bercakap pun tak hebat. Pendek kata, tak ada satu ciripun yang dia nak itu aku miliki.

Masa dua jam kami makan malam di kedai makan yang biasa-biasa sahaja itu sepenuhnya dia isi dengan manifestonya. Dengan impiannya. Dengan cita-citanya. Dengan senarai isteri impiannya itu.

Hanya setengah jam terakhir itu sahaja aku terangkan bahawa aku sudi bertemunya hanya kerana hormatkan kakak itu sahaja. Kakak itu pun tahu aku cuba mengelak untuk memilih suami orang. Alasannya mudah sahaja, keluarga aku tentu tak akan izinkan. Nak kena parang dengan ayah, bolehlah cuba huh u hu

Tanpa bertanya aku yang aku ingini dalam sebuah ikatan, apa yang aku harapkan, apa yang aku dambakan…apalagi nak tanya apa yang aku tak suka, dia kemudiannya menuturkan:

“Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya..awak rasa ada ke orang nak kahwin dengan awak?”



Aku hanya senyum. Urusan jodoh urusan Allah. Usahlah masuk campur.

Sebelum berpisah dia berpesan: “Fikir dulu, kalau rasa ok…telefon saya”

Aku senyum lagi. Macam cari kerja pulak. Jawatannya: menjadi isteri terhebat BAKAL wakil rakyat.

Malangnya, dia tak tahu aku paling anti bila diugut. Malam itu juga aku hapuskan nombor telefonnya. Bagaimana dia boleh kuhormati dalam rumahku andai dia sendiri tidak pernah mencuba untuk kuhormati di luar rumahku.

Mungkinkah aku tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan dia? Aku sendiri tak tahu. Tengoklah macam mana nanti. Mana kita tahu, kalau-kalau dia dapat panggilan telefon dari malaikat yang membuka loh mahfuz melihat jodohku dengan siapa. Aku sendiripun tak tahu. Kalau tahu, agak mudah juga ya…tak payah fikir apa-apa, tak perlu tertanya-tanya.

Semoga dia dah jumpa pengisi jawatan isteri yang sebegitu. Maaf, aku bukanlah pilihan yang terbaik. Aku kurang segala-galanya.








Jumaat, 8 Mac 2013

Orang Yang Tidak Diterima Amalannya

Rancangan Kalau Dah Jodoh di Astro Aosis, dikendalikan Ustaz Kazim Elias yang sentiasa jadi pojaan hatiku itu. Cer tengok Promonya ni, kalah retis;




Rakaman ini tentang Cara Isteri Menegur Dan Menasihati Suami; Tegur ikhlas dari hati, bukan dari rasa benci atau dendam.

Siri ini juga membincangkan tentang hukum seorang suami yang lemah atau gagal memberikan hak kepada isteri.

Bolehlah tengok sepenuhnya kat sini;



Walau macam manapun, aku nak senaraikan juga tentang Orang yang tidak diterima amalannya (ditolak) yang diselitkan dalam program ini iaitu;
1. Pembunuh
2. Menipu dalam jualan
3. mencuri
4. Mengumpat
5. Menfitnah
6. Suami yang tidak memberi nafkah yang halal kepada isteri
7. Isteri-isteri yang derhaka kepada suami

Di hari kiamat, bayaran hutangnya bukan dengan wang, tetapi menggunakan pahala daripada amalan kebajikan di dunia. Semua pahala itu akan diberikan kepada orang yang kita berhutang itu, dan sekiranya pahala itu tidak mencukupi untuk diberikan kepada orang yang kita berhutang itu, maka akan diambilnya dosa-dosa orang itu untuk kita ditanggung. Azab kan?

Jadi, kepada anda yang belum melunaskan hutang sama ada dalam bentuk kebendaan atau tanggungjawab, silalah kembali ke pangkal jalan. Janganlah nanti kita jadi orang yang muflis di akhirat. Muflis di dunia pun dah banyak deritanya…apalagi kalau muflis di akhirat.