Rabu, 14 Mac 2012

Kereta Hijau Siapakah Ini?


Selasa, 13 Mac 2012

Spageti Pedas Resipi Anyss



Hari ni nak tayang-tayang pasal makan
makan ala mamat dan minah Perancis gitu
tepi Menara Besi sebelah sungai Seine
masa bunga-bunga tengah berkembangan
fuhhhhhh romantic gilerrrr

Sebenarnya aku tak suka sangatpun spageti
Tekak tak boleh terima rasa yang mamat ensem perancis makan
Jadinya, aku ubahsuai ikut tekak sendiri
Yang pasti…kenalah ada pedas walaupun sedikit
Nak tahu macam mana buat spageti pedas tu
Berikut resipi spageti pedas citarasa Anyss;


Bahan-bahan Spageti Pedas:
1 bungkus spageti
1 botol sos prego @ reggo
1kg daging kisar @ sepeket daging kisar adabi
(boleh juga guna daging ayam, aku suka guna daging ayam
Sebahagian isi ayam dikisar, sebahagian lagi dipotong kecil)
Cili giling (ikut suka berapa banyak) ikut tahap pedas mana nak
1 inci halia
3-4 ulas Bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar yang kecil sahaja
Asam jawa, gula, garam, sos tomato (kalau nak)
Secubit Arigano yang kering (ditabur masa kuah dah mendidih)
Sedikit minyak untuk menumis
air

Cara Buat

Panaskan air hingga mendidih
masuk batang spageti dan masak hingga lembut
tos. masukkan sedikit minyak, aduk hingga rata
tak nak bagi spageti melekat…Nampak cantik, berkilat

Cara Buat Kuah Spageti:

Halia, bawang putih, merah dan besar dikisar
panaskan minyak, masukkan bahan giling dan cili
goreng hingga garing, masukkan air asam jawa
masukkan daging kisar @ ayam kisar dan ketulan ayam dipotong kecil
masukkan setengah cawan air agar tidak terlalu kering
sentiasa kacau selama 2 minit, masukkan prego
jika suka masam, masukkan tomato sos
bila dah agak nak masak, masukkan gula dan garam
tambah air ikut kepekatan yang disukai
tabur arigano sebelum angkat.



Itulah dia spageti gaya, cara dan rasa ikut tekak aku
daging ayam tu aku kisar separuh, separuh lagi potong sebesar dua jari
bagi nampak macam ada lauk sikit
kalau semua kisar, macam makan tak ada lauk pulak
sebiji macam laksa hu hu hu

Jadinya...sebatlah benda alah ni dua tiga pinggan sepanjang hari
boleh gitu? Kira halallah!
Nak rasa? Mmmmm sila buat sendiri lah!

Isnin, 12 Mac 2012

Patutpun Hujan Sangat Lebat di Nilai...

cerita Ahad nan minggu
paginya terang benderang sangat sesuai sidai baju
selepas gomoi Spagetti Pedas Gaya Anyss yang tak akan ditemu di mana-mana restoren
online sekejab, dah dua ari tak online

usah harap sangat untuk panas hingga ke petang
tengahari dah mendung berarak awan kelabu
dan hujan turun dengan sangat lebat
sangat indah menawan untuk tarik bantal
fuhhhh bukan selalu ada peluang membuta sensiang hari
pada hari minggu pula
tengah hujan lebat lagi tu...
hinggakan bunyi SMS yang masukpun
sayup bunyinya di hujung telinga

sayup petang baru jaga dan baca SMS
"Tiba-tiba Chak kata 'lama tak jumpa makcik Anyss' "
Opsssss! patutpun langit memuntahkan semua tangisannya hari ni
rupanya ada orang rindu!

Chak, InsyaAllah ada waktu kita jumpa lagi ya...
selamat bercuti!


All England 2012: Chong Wei Tarik Diri Lin Dan Juara

Ketika ini dah setengah jam Datuk Lee Chong Wei
Berjuang di tengah gelanggang menentang musuh tradisinya
Lin Dan dari China dalam usaha memburu gelaran hatrik kejuaraan
Seluruh England di Birmingham.

Perlawanan akhir kesemua kategori bermula 8 malam waktu Malaysia
(12 tengah hari waktu England).
Chong Wei dan Lin Dan adalah perlawanan terakhir
dalam jadual perlawanan akhir Kejohanan Seluruh England,
sekitar jam 12.30 tengah malam

Pada pertemuan tahun lalu, Chong Wei menewaskan Lin Dan
mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17.

Sangat seronok menonton siaran langsung All England di TV1 kali ni
Bukan sahaja sebab hero Malaya bermain dengan bagus
Walaupun cedera tapi sebab penyokong Malaysia yang gamatkan suasana
aku kagum benar dengan penyokong kita
bendera Kelantan pun dikibarkan tau!
baru betul Gomo Kelate Gomo!

nanti kita tunggu keputusannya macam mana ya:
Keputusan set pertama: 
Chong Wei: 19  Lin Dan: 21

Hero Malaya kita, Lee Chong Wei telah menarik diri 
dari perlawanan All England dalam set ke dua dengan 36 minit permainan
kerana kecederaan yang dialaminya
apa-apapun, kita harapkan kecederaan itu tidak menggugat
perlawanan lain yang bakal dihadapinya
tahniah juga kepada semua penyokong Malaysia
yang sporting walaupun permainan berkenaan
terhenti pada set ke dua
mereka tetap bangga melaungkan nama Chong Wei
walaupun Lin Dan diistiharkan juara All England


PsssT 1:
Skuad hoki kebangsaan beraksi cemerlang
dalam perlawanan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012
di Dublin, Ireland apabila meraih kemenangan 6-2 ke atas Rusia.
saingan pertama menentang Chile, Malaysia menang dan dapat 6 mata
Malaysia bakal menentang Ukraine Selasa ini, Korea Selatan pada Khamis





Ahad, 11 Mac 2012

Permohonan Kemasukan TEVT-POLITEKNIK dan ILKA, UPU IPTA Tahun 2012

Kepada adik-adik yang tak sempat baca akhbar semalam
Iklan tentang tawaran untuk Permohonan Kemasukan Ke
Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (Tevt-Politeknik)
dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Ambilan tahun 2012
telah keluar semalam, iklannya boleh tengok kat
portal rasmi Pusat Kemahiran Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
semak juga kursus-kursus yang ditawarkan


pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan kemasukan
ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier dan juga
mengikuti program di peringkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan
diploma lanjutan ke TEVT(Politeknik) dan ILKA  mulai 9 Januari 2012
tarikh tutup permohonan 2 April 2012
pemohon yang telah memohon kategori IPTA/POLITEKNIK PREMIER
digalakkan memohon kategori TEVT (Politeknik)/ILKA
menggunakan nombor Unik ID yang sama.


LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA,TEVT-POLITEKNIK & ILKA

SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE IPTA

SEMAKAN SYARAT AM & SYARAT KHAS KEMASUKAN KE TEVT & ILKA