Jumaat, 13 Januari 2012

Tazkirah Ustaz Don Danial Don Biyajid di UKM

Ustaz hensem ni dah makin popular sekarang ni
ada cara tersendiri dia bagi ceramah
aku dah jatuh cinta dengan caranya sejak dulu lagi
sejak TV Al Hijrah mula-mula beroperasi
penerangannya sangat terperinci
sesekali diselit jenaka spontan yang mencuit hati
lagi meriah bila dialog yang dituturkannya itu dalam bahasa Utara
kelakar tetapi maklumat sampai
cik Bintang pernah dengar aku gelak sakan dengar programnya
yup! Aku sangat suka dia

sekarang ni, bukan aku seorang je suka dia
dah ramai mula serbu TV kalau program dia
dia ada kemahiran komunikasi yang tinggi
pandangan matanya tajam; macam tepat je pandang anak mata kita
bahasa badan digunakan sepenuhnya
walaupun dia hanya kat depan kamera
tengok sahaja aksi jari telunjuknya
sentiasa sahaja tunjuk aku bila dah mula mengantok
hu huh u itu memang aku je yang perasan lebih kan!
dia juga mampu mengesan reaksi penonton walaupun
dia bukannya tahu kita kusyuk dengar ke tidak

mungkin dek populariti ustaz Don yang istimewa ini
pihak Kelab Kebajikan dan Sukan Perpustakaan Tun Sri lanang UKM berbesar hati
menjemput Ustaz Don Danial Don Biyajid menyampaikan tazkirah
seperti berikut:
Tarikh: 13 Januari 2012 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
Semua muslimin dan muslimat serta warga UKM dijemput hadir.
Tunggu apa lagi? Serbu je lah!


Khamis, 12 Januari 2012

Nasi Berlauk Istimewa

Masa Kak Azie dan Cik Bintang datang kota Bharu awal tahun baru
aku tak sempat nak bawa mereka sarapan
dengan nasi Berlauk ataupun nasi dagang versi kelantan 
yang aku sangat-sangat suka tu

untuk mereka, nasi berlauk Ayam tu...tiba-tiba ada di sini;


Lain kalilah ya
pekena nasi Berlauk (ayam, daging @ ikan aya) atau nasi kerabu
atau nasi dagang versi beras lembut
atau juga...nasi ulam di restiren Cikgu hu hu hu 
dah tahu dah, mereka akan mintak pilihan terakhir tu!

SBPA ditangguhkan Lagi? Bila Pulak nak Laksana?


Aku dah naik pening dengan hal SBPA ni
sekejab lagu tu sekejab pulak lagu ni
di UKM sendiripun, macam-macam hal jadi
walaupun begitu, kami penjawat awam ni kena juga buat keputusan
mana nak pangkah. Ceeeewah! macam pilihanraya pulak ek?
setuju ke tidak, kena juga tahu apa kesannya
taklah semberono aje kami di cop Jebat Penderhaka
gelar Menderhaka itu lebih besar kesannya berbanding “ingkar arahan”
atau “saya yang tidak menurut perintah” hu hu hu

Kalau di UKM, tarikh akhir untuk memutuskan SBPA hingga 15 Januari 2012
tetapi pilihan bersara 60 dah tamat 31 Disember 2010 lepas
kalau ikut PEKAUM pun masih lagi bolak balik
nak mintak kaji itu ini, tapi…
katanya buat pilihan dahulu, yang lain kemudian nanti.
kalau dah buat pilihan dan bersetuju atau menolak
apa jadi selepas itu, kena tanggung sendiri

Pada 10 januari 2012 Kementerian Kewangan menyebut;
pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari 2012 pada 16 Januari
berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia, manakala
perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA
dibayar pada 31 Januari 2012.
tetiba hari ni pulak, ramai yang kata SBPA ditangguhkan Lagi
Lagi???? Sampai bila???
kononnya hingga pilihanraya selesai
hu hu hu nak percaya dengan tak nak percaya sama banyak je

Dengar ceritanya lagi, maklumat terkini tentang Penangguhan SBPA
akan diumumkan hari ini.
hari ni? Mmmmm kita tunggulah ya, beberepa jam lagi ataupun esok pagi
benda ni masih lagi khabar angin
Aduuuuusssss! Mmmmm aku nak sambung buat kerjalah!
Lantak pergilah SBPA ka…atok SBPA ka apa
malas dah nak layan! hu huhu


KEMASKINI:

Berikut maklumat yang ditampal di laman web JPA tentang:


Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.
4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.
5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.
6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13,
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.
E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.
8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.
9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.
10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.


Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara
13 JANUARI 2011

PsssT: kepada anda yang berhadapan dengan tanggagaji yang tak sesuai, silalah email secepat mungkin sebelum 15 Februari 2012, mana tahu maklumat yang kita salurkan itu membantu pihak yang membuat keputusan ini agar lebih prihatin dengan kedudukan tangga gaji kita. Maklumlah, mereka kena semak semula semua tangga gaji, dah tentu akan ada yang cicir dan terlepas pandang. Masa peluang masih ada, manfaatkanlah sebab ianya beri kesan keseluruhan perkhidmatan kita.




Merenungi Selarik Kenangan Nan Terukir dengan Gunung Harap

Kalau padi katakan padi, 
Tidak daku tertampi-tampi;
Andai sudi katakan sudi,
Mengapa biarkan daku menanti?


Rabu, 11 Januari 2012

Permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua

Kepada anda yang berkerja dan berminat untuk sambung belajar semula
bolehlah minta Saluran kedua
permohonan untuk Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
telah dibuka sekarang hingga tarikh tutup permohonan: 29 Februari 2012.

Apa maknanya Saluran kedua?
ramai yang tak tahu sebenarnya pihak universiti menyediakan peluang
kepada golongan yang dah berkerja untuk sambung belajar
secara sepenuh masa di universiti
biasanya guru-guru maktab perguruan ramai mintak program ni
padahal boleh aje pekerja sector lain minta sebab penilaian kemasukan
tidak berdasarkan keputusan akademik masa SPM atau STPM semata-mata
tetapi juga berdasarkan pengalaman kerja.

Peluang dah ada, tak salah nak cuba
anda akan belajar seperti pelajar yang lain secara sepenuh masa di UKM
boleh minta PTPTN seperti pelajar lain juga
akhirnya nanti, anda akan dapat ijazah yang diiktiraf
kalau PJJ iktiraf juga, tapi separuh masa:
kelas hanya hujung minggu sahaja

Apa kelebihan belajar guna saluran kedua?
anda akan cuti tanpa gaji dari kerja selama tiga tahun
habis belajar akan sambung semula kerja di tempat lama
kemudian minta kenaikan pangkat kalau ada
atau cari kerja kat tempat lain tanpa risiko kehilangan kerja
tapi, kalau anda dah cemerlang dengan CGPA yang bagus
baiklah cari kerja lain yang sesuai kan?

Apa tunggu lagi? Cuba semak SYARAT KEMASUKAN DAN KELAYAKAN

1.      Calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau yang setaraf dengannya dengan mendapat Kepujian
mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia termasuk Bahasa Malaysia Julai
atau yang setaraf dengannya;
2.      Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun
dalam bidang-bidang berkaitan;
3.      Lulus ujian kelayakan atau ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Universiti;
4.      Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).


Antara program-program yang ditawarkan
kepada calon-calon kategori ini adalah seperti di bawah.
1.         FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
            2.         FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
            3.         FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
            4.         FAKULTI SAINS KESIHATAN
            5.         FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
            6.         FAKULTI PENDIDIKAN
            7.         FAKULTI UNDANG-UNDANG

Selain syarat-syarat asas di atas,
calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat khusus bagi
kemasukan ke fakulti/program pengajian berkenaan.
sila semak di laman web fakulti.
Maklumat lanjut tentang permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
boleh disemak di laman web berkenaan
sila klik link diberikan.

Pemohon diwajibkan memohon secara atas talian(online).
Tarikh tutup permohonan: selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012.

Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan atas talian(online) SEKALI SAHAJA.
Tiada sebarang proses pengemaskinian dibenarkan selepas menekan butang Hantar.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan atas talian (online), sila hubungi:
Tel: 03-8921 5336/5041/4126
Faks: 03-8925 0662
mel-e: norzali@ukm.my /adnanj@ukm.my