Rabu, 16 November 2011

Bergelumang Pasir hingga Senja


Selasa, 15 November 2011

Sayur Air Pucuk Midin dengan Keledek

masa balik kampung hari tu
dan la lari selongkar rak @ semak samun @  hutan belakang rumah
geledah bunga kantan untuk Cik Bintang buat laksa
apa daya Cik Bintang pulak lari pi Jakarta
tak dan buat laksa walaupun bunga kantan
sangat ceria pinknya berkembangan

sambil kutip bunga kantan
sambil juga tebas pucuk midin yang sangat menggiurkan daunnya
wahhhhh merah elok je warnanya
kecur liur nengok, apalagi…tebas mana yang sempat
angkut bawak balik rumah
dah lama sangat tak merasa kemanisan pucuk midin
bila sayur air dengan ubi setelo
orang kuala lumpur panggil ubi keledek hu hu hu
kalaulah ada kulat pusu (cendawan busut)
fuhhhhhh mabelesssss sensangat tu

kakak iparku nan manis itu
sangat teruja sebab ada teman makan benda sedap macam tu
bolehlah sama-sama menyebat
seperiuk tu kami melantak sampai tak hengat dunia
fuhhhhh akhirnya, tersandar tak boleh bangun hu hu hu
walaupun ini masakan kelasnya untuk rakyat marhaen
hanya layak untuk kami je
(ampunnn, tak ada gambar sebab teruja sangat nak melantak
dah ghaib masuk perut baru teringat hu hu hu)

resipi Sayur Air Pucuk Midin dengan Keledek adalah seperti berikut;
bahan-bahan:

secekak daun midin
sedikit daun cekak manis
secekak daun ubi kayu (kalau suka)
4-5 ketul keledek yang sederhana besar (potong berbentuk bulat)
(bentuk lain pun tak apa, ikut suka hati nak buat)
cendawan disiat ikut suka berapa besar (kalau suka nak letak)
gula dan garam secukup rasa
semangkuk air
cili api (ikut suka berapa banyak) diketuk atau potong
bawang putih (boleh letak bawang merah kalau nak) di ketuk (mayang pun boleh)


cara masak:

masukkan air dalam periuk bersama bawang dan cili
masukkan keledek siap potong dan didihkan
masukkan garam dan gula
(kalau aku, dah tak letak gula sebab isi keledek dan manis
tapi orang Kelate yang lain akan letak gula sikit hu hu hu)
bila ubi empuk sikit masukkan cendawan dan semua daun-daun tadi
bila dah masak, boleh angkat!


hu hu hu resipi sihat cara tradisi
macam ikan singgang jugak la la la
memang aku suka gila-gila la la la
nasib baik masih waras
tak sempat gila walaupun dah habis seperiuk
sebat sayur air pucuk midin bersama keledek


Isnin, 14 November 2011

Jom Jadi Ahli Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan Negara Malaysia terletak di
232, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
operasinya adalah seperti berikut;
Waktu Pejabat :
Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

Waktu Perkhidmatan untuk Umum :
Selasa hingga Sabtu10.00 pagi - 7.00 petang
Ahad 10.00 pagi - 6.00 petang
Isnin dan Cuti Umum Tutup
jadi jangan dok gatai nak pi hari Isnin hu hu hu

Perkhidmatan Perpustakaan di Menara PNM yang ditawarkan adalah;

Aras G - Aras 5 Tempat Letak Kereta
Aras 6 Pusat Maklumat Malaysiana Surat Khabar Jurnal Majalah
Aras 7 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Monograf
Aras 8 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Peta Koleksi Arkib Koleksi Fana Kafeteria
Aras 9 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Perundangan Warta (Warta Kerajaan) 
Koleksi Terbitan Kerajaan (Laporan Tahunan/Statistik)
Aras 10 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Nadir Koleksi Khas Peribadi
Aras 11 Pusat Manuskrip Melayu
banyak buku-buku Melayu termasuk novel kat aras ni
rasa macam nak bertapa je tang ni

Perkhidmatan Perpustakaan di Anjung Bestari
Aras G Perkhidmatan Pinjaman Kanak-kanak Sudut Komputer Sudut Sudut Muzik Cerita
Aras 2 (Blok Tengah) Zon Siber Perkhidmatan Internet Perkhidmatan Kesetiausahaan
Perkhidmatan Cetakan
Aras 3 (Blok Tengah) Perkhidmatan Maklumat Perniagaan (BIS),
Pusat Maklumat Luar Negara Koleksi Monograf Luar Negara 
Koleksi Khas Perkhidmatan Bilik Karel Harvard Perkhidmatan Fotokopi
Aras 4 (Blok Tengah) Pusat Maklumat Luar Negara Koleksi Terbitan Bersiri Luar Negara 
Koleksi Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Koleksi Khas ASEAN
Aras 4 (Blok Timur) Pusat Hipermedia Dewasa  Koleksi Sumber Elektronik 
Pekhidmatan Internet Pembelajaran Interaktif (i-Learning) Audio and Video on Demand 
Tayangan Filem Tayangan Astro

Perkhidmatan Perpustakaan di Wisma Sejarah
Aras 3 dan 4 Perkhidmatan Pinjaman Dewasa
kalau nak pinjam buku
sila datang ke blok ini ya
letaknya di belakang banguna utama
kena lintas tempat letak kereta dulu


Pendaftaran keahlian secara online
daftar je sebelum pergi atau boleh daftar sendiri di sana
dalam masa 5 minit dah boleh pinjam buku
sangat cepat!
kami dah daftar…dah dapat pinjam buku.
3 buah buku setiap orang untuk tempoh tiga minggu
Jommmmm, jadi ahli
ramai-ramai serbu PNM
ramai-ramai pinjam buku
ramai-ramai baca buku


Pssst: Hari ni peperiksaan SPM 2011 bermula. Seramai 468,808 calon akan menduduki peperiksaan SPM hari ini hingga 14 Disember ini di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan kertas Bahasa Melayu Kertas I dan II serta mata pelajaran Pendidikan Seni Visual-Teori Seni Kertas I. Selamat maju jaya kepada adik-adik kita yang perlu berjuang bermula hari ini. Apa yang kita bina hari ini menentukan arah kehidupan masa hadapan.

Ahad, 13 November 2011

Telah Kutinggalkan Kota Indah Ini

Tiga hari menghuni di sini
penuh dengan kesibukan sempena
sambutan hari keputraan Sultan Kelantan
Sultan Muhammad ke V yang berlangsung pada tarikh nan indah
11.11.11



di sini semua penerima pingat kebesaran menghuni
aku yang tidak gemarkan suasana ramai orang
rasa sedikit tidak selesa

petang semalam, kekalutan, kesibukan dan suasana yang sibuk itu
telah kutinggalkan
ketika semua para penerima anugerah kebesaran
pulang semula ke hotel penginapan
jam 3.30 petang
sementara aku kalut mengejar belon balik Bangi

Ahhhh bumi Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang
akhirnya kutinggalkan tanpa sempat jumpa
Kuih Peria (Wah Puya)
hanya sempat mengadap Tapai Ubi Kayu Goreng
dan sarapan Nasi Dagang di hotel berbintang-bintang
tanpa rasa sejati nasi dagang yang kuimpikan.

Sabtu, 12 November 2011

Kenapa Ayah Tak Bawak Kita?

masa sampai rumah hari Selasa lepas 
Najman dan Siti tak ada,
kena angkut dek makcik pakciknya sebelah ayah depa ke Tanah Merah
beraya di sana hingga ummi dan ayah depa ni balik
sunyi senyap seketika dunia Mek
bila dua orang cucu keletahnya
kena angkut pergi

Rabu petang, tetiba mereka berdua  dihantar semula
makcik pakcik yang jaga depa ni perlu ke KL
dengan urusan keluarga yang tetiba mengejut
malamnya, aku tunjukkan dia orang berdua
gambar-gambar dirakamkan 4 abang dan kakak
yang tinggal di Semenyih tu
ingatkan, mereka seronoklah tengok gambar begitu
memangpun mereka gembira
tapi bila Najman tanya “Kenapa Ayah Tak Bawak Kita?
dah lama kita tak pergi..”
tersentap jugak aku
“Nanti ayah bawak Najman dengan Siti pulak pergi”
aku cuba nak legakan dia orang
“Macam mana nak bawa?”
“Macam mana nak pergi?”

Opssss!
agaknya dia orang rasa hati tak kena tinggal bersama nenek?
nak tebus rasa bersalah
aku bawa mereka ke Pantai Irama, Bachok
bergelumang main pasir dalam debur ombak
macam anak itik jumpa air! Nasib baik ada Mak Long yang teman...

nampak sangat mereka gembira…
kan? kan?