masa balik kampung hari tu
dan la lari selongkar rak @ semak
samun @ hutan belakang rumah
geledah bunga kantan untuk Cik
Bintang buat laksa
apa daya Cik Bintang pulak lari
pi Jakarta
tak dan buat laksa walaupun bunga
kantan
sangat ceria pinknya berkembangan
sambil kutip bunga kantan
sambil juga tebas pucuk midin
yang sangat menggiurkan daunnya
wahhhhh merah elok je warnanya
kecur liur nengok, apalagi…tebas
mana yang sempat
angkut bawak balik rumah
dah lama sangat tak merasa
kemanisan pucuk midin
bila sayur air dengan ubi setelo
orang kuala lumpur panggil ubi
keledek hu hu hu
kalaulah ada kulat pusu (cendawan
busut)
fuhhhhhh mabelesssss sensangat tu
kakak iparku nan manis itu
sangat teruja sebab ada teman
makan benda sedap macam tu
bolehlah sama-sama menyebat
seperiuk tu kami melantak sampai tak
hengat dunia
fuhhhhh akhirnya, tersandar tak
boleh bangun hu hu hu
walaupun ini masakan kelasnya untuk rakyat
marhaen
hanya layak untuk kami je
(ampunnn, tak ada gambar sebab
teruja sangat nak melantak
dah ghaib masuk perut baru
teringat hu hu hu)
resipi Sayur Air Pucuk Midin dengan Keledek adalah seperti berikut;
bahan-bahan:
secekak daun midin
sedikit daun cekak manis
secekak daun ubi kayu (kalau
suka)
4-5 ketul keledek yang sederhana
besar (potong berbentuk bulat)
(bentuk lain pun tak apa, ikut
suka hati nak buat)
cendawan disiat ikut suka berapa
besar (kalau suka nak letak)
gula dan garam secukup rasa
semangkuk air
cili api (ikut suka berapa
banyak) diketuk atau potong
bawang putih (boleh letak bawang
merah kalau nak) di ketuk (mayang pun boleh)
cara masak:
masukkan air dalam periuk bersama
bawang dan cili
masukkan keledek siap potong dan
didihkan
masukkan garam dan gula
(kalau aku, dah tak letak gula
sebab isi keledek dan manis
tapi orang Kelate yang lain akan
letak gula sikit hu hu hu)
bila ubi empuk sikit masukkan
cendawan dan semua daun-daun tadi
bila dah masak, boleh angkat!
hu hu hu resipi sihat cara
tradisi
macam ikan singgang jugak la la
la
memang aku suka gila-gila la la
la
nasib baik masih waras
tak sempat gila walaupun dah habis seperiuk
sebat sayur air pucuk midin bersama keledek