Selasa, 12 Julai 2011

Aktiviti Baru Yang Mengujakan


Memang mengujakan. Sekarang ni aku dah tak ada sangat masa yang boleh digunakan untuk melapang waktu dan ikut aktiviti berarak sana sini bersihkan persekitaran Kuala Lumpur dari sampah sarap dan sampah masyarakat. Masa aku penuh dari pagi sampai tengah malam, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan. Waaaaa letak je kepala kat bantal...yupppppp! Kejab je dah lena. Biasanya akan ambil masa untuk golek kiri golek kanan menung pandang dinding, kira putaran kipas, atau kena kira biri-biri putih sampai sejuta kali sebelum tenggelam dikacau hantu dalam mimpi. Nak mimpi pun tak ada masa, apalagi nak berangan walaupun berangan tu tak payah nak bayar.

Hari minggu lepas masa semua orang dok kalut pasal jalan tutup dan banyak sekatan jalan raya tu, aku tengah kalut tak cukup tangan dok packing benda ni:

Meruku Homemade


Kerepek Ubi Kayu pedas kering


Ni contoh je lah kan. Kasi clear sikit gambar. Nampak tak betapa nipis dan garingnya keropok ni? Sangat rangup dan rapuh kuruk kruk je memanjang tak mau nak berenti dah bila mengunyah. Sekelip masa sahaja dah ghaib satu plastik la la la. betul ni...tak tipu. Aku makan kerepek ubi pedas kering ni sampai sakit lidah hu hu hu pecah rahsia.

Maaflah, lupa langsung nak ambil gambar yang dah siap packing. Sebabnya, sangat kalut kejar masa untuk operasi membungkus. Ahad petang tu, aku kena hantar kepada Mas kat Serdang. Dia ni memang suka sangat menjual barang. Apa-apa barang ajelah. Kalau musim raya tu, kuih raya memang sah dia akan jual. Tikar buluh tu pun dia boleh jual berpuluh bidang, apalah sangat takat kuih raya. Jadi menu dia tahun ni bertambah dengan kerepek dan meruku yang aku bekalkan ni.

Janjinya jam 6.30 petang sebab dia ada kursus hari Sabtu dan Ahad tu. Aku kena kejar juga hantar hari Ahad sebab dia nak bawa ke pejabat hari isnin. Kacau bilau jugalah dua hari tu aku bungkus, sebab bukan untuk dia sorang je. Agen kami kat Semenyih juga ada mintak hantarkan sementara nak tunggu datang yang baru untuk jualan hari raya. Akhirnya berjaya juga aku hantar kepadanya beberapa jenis kerepek seperti Kerepek Pisang Abu, Opak BBQ, Kerepek Kacang Dhal, kerepek Ubi Pedas dan Meruku. Setiap jenis tu semuanya 10 pack kecuali Ubi pedas, 20 bungkus.Minggu depan hantar yang lain pulak.

Jam 7.15 baru sampai kat rumahnya. Jalan sibuk sikitlah walaupun tak sesak. Maklumlah semua orang dah nak mula kerja hari Isnin setelah penat lelah lari dari sekatan jalan raya sepanjang Perhimpunan Bersih Sabtu tu. Nasib baik sempat hantar.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, sekarang ni aku dah jadi agen mengedar kerepek dan meruku. Aku jadi egen mengedar pelbagai jenis kerepek dan Meruku di kawasan Bandar Baru Bangi, UKM, Kajang, semenyih, Putrajaya, Nilai 3 dan Nilai tu, bolehlah buat tempahan kalau berminat. Untuk tempahan yang banyak bagi kawasan ini, insyaAllah aku boleh hantar kat tempat tertentu. Maksudnya, janji nak jumpa mana-mana, stesen petrol ke, Kedai makan ke, atau simpang-mana-mana bolehlah hantar sekejab.

Sekarang ni jualan lebih kepada jualan pra-Ramadhan. Kalau nak mengunyah kat pejabatpun boleh, tak ada hal punya, Cuma jangan terbabas kunyah masa Ramadhan nanti sudahlah ya.

Tempahan raya pun dah boleh buat. Tempah awal-awal memang insyaallah ada stoknya. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang hingga 15 Ogos 2011 (untuk kegunaan Aidilfitri) bergantung kepada stok. Biasanya kalau musim raya, stok mudah habis. Jadi, harganya akan meningkat secara mendadak kecualilah nak beli pada malam raya di Chow Kit, tu lain kiralah. Masa tu aku dah gantung langsir kat kampung dah, tak maulah usung kerepek raya lagi.

Tempahan boleh dibuat terus ke email kerepekrembow@gmail.com  atau ke email aku di annieyss@gmail.com  Boleh juga tinggalkan pesanan di bahagian komen entri ni. komen yang ada nombor telefon aku tak akan siarkan, karang tak pepasal hotline pulak nombor orang kan.

Maklumat lain pasal kerepek raya ni (tak semestinya makan kerepek musim raya je...aku hari-hari makan kerepek hingga lidah pun dah tercedera), nanti aku bagi tau dalam entri yang lain. Nak sambung buat kerja dulu ya...esok nak mesyuarat, kerja aku belum sempurna lagi. Kerepek tu kerepek juga, kerja kena siapkan ikut masa.

Isnin, 11 Julai 2011

Video Bersih 2.0 di Kuala Lumpur



9 Julai dah berlalu dua hari. Sejak tarikh itu hingga Ahad malam (masa aku buat entri ni: nampak sangatkan aku buat entri memalam untuk tayang sensiang), talian internet masih lagi sangat perlahan. Mungkin sebab semua orang serbu dan online untuk cari maklumat terkini pasal hal-hal panas yang berlaku di negara kita ni.

Sambil cari maklumat dan tengok video sepanjang Bersih 2.0 ini, aku kumpulkan juga video berkenaan untuk tatapan kalian. Semuanya boleh tengok di Youtube, tapi bukan semua orang rajin nak tengok setiap video yang dimuatnaikkan di situ. Jadi, aku tampal kat sini untuk tatapan kalian yang malas sikit nak geledah semua koleksi di youtube tu. Nak buat macam mana, hari ni tetiba terrajin pulak nak buat khidmat masyarakat. Jom kita lihat Video Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Sekitar Pudu Raya


KLCC


Jalan Petaling


Dataran Merdeka


Stadium Merdeka


KTMB Kuala Lumpur


Jalan Tun Perak


Pasar Seni


Kita dengar Kenyataan Media oleh Ketua Polis Negara berkenaan aktiviti dan tangkapan yang dibuat ketika Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur, Malaysia.


Akhirnya, inilah yang Orang Luar faham tentang Malaysia bila berlaku BERSIH


Inikah Malaysia yang kita nak?


Sampai sekarang, aku masih lagi tak faham apa tujuan BERSIH ni? Adakah mereka nak bersihkan Kuala Lumpur dari sampah sarap yang berlonggok? Hapuskan tempat pembiakan aedes? Tingkatkan mutu udara kuala Lumpur yang agak tercemar untuk hidung aku sedut?

Ada tak sesiapa yang boleh fahamkan kepala otak aku yang tak berapa nak cerdik ni, apa yang BERSIH nak tuntut sangat-sangat tu? Bagi aku faham sikit (Peringatan: aku ni kalau tak faham memang sampai tahap bebal, jadi sila terangkan dengan panjang lebar dan lebih jelas. Kalau tak faham aku akan bertanya sampai faham).

Alfatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lepas. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati. Gosip-gosip belakang tabir tentang kematian Allahyarham Baharudin Ahmad ini boleh di baca di blog Hafiz Rahman.

Ahad, 10 Julai 2011

Ramai-ramai Ikut aku pergi BERSIH



hu hu hu tajuk tak leh blah!
hari ni dah Sabtu
ramai orang tak kerja
yang kerja hari Sabtu pun tak kerja hari ni kan?
Sabtu minggu ke tiga
ramai ambil peluang lepak di rumah
lepaskan lelah sepanjang minggu berjuang cari rezeki
dan bangunkan negara

hujung minggu untuk rehat
atau buat segala mak nenek urusan keluarga
namun hari ini sangat lain pula
ramai gunakan hari sekeluarga untuk keluar
berhimpun ramai-ramai ikut BERSIH
mulanya rancang di jalanan sahaja
(ishhhhh! aku nak shooping untuk raya ni...macam mana?
Jem tak? Kedai bukak tak ni?)
kemudian di stadium yang katanya tetap Tidak Sah
akhirnya...usah tanya aku di mana
akupun tak tahu
tak nak juga hebahkan tempatnya
makin ramai pulak ke sana
hingga tersumbat dan sesak
cukuplah kepala otak aku yang sssumbat (kata Eelobor)
tak perlu jalanan pun tersumbat sama

Apa kata hari ini
join aku ikut BERSIH keliling rumah
termasuk kilat-kilatkan bilik air yang berlumut tu
aku jugak akan selesa sepanjang minggu
tak payah menggaru lagi
Jom! Jom! ramai-ramai kita bersihkan kawasan
buang semua tempat pembiakan aedes
Denggi pun akan jauh nanti
jadikan BERSIH satu amalan dalam kehidupan
Hidup BERSIH masyarakat sejahtera
Aku serius ni...apa pulak main-main
Jom ramai-ramai kita sokong BERSIH persekitaran
dari sampah sarap dan aedes
BERSIH juga dari sampah masyarakat.

mmmmm kalau tengok cerita Hindustan di TV sambil lepak bermalasan best jugak kan?
Lagi best kalau ada kerepek ka meruku ka
Ada sesiapa nak beli kerepek dan meruku untuk raya tak?
Aku dah jadi egen kerepek dan meruku raya ni
boleh order banyak-banyak
aku bagi diskaun
kalau order sikit, tak ada diskaun
kalau tak order
tak dapatlah makan meruku @ kerepek
nak jamu apa untuk tetamu datang beraya
nak hidang apa kat aku nak pergi rumah korang ni?

PssssT Terkini Bersih di Kuala Lumpur:

1. Lokasi panas Bersih di Dataran merdeka, Masjid Kampung Baru, Masjid Jamek, Sogo, Maju Junction, Pasar Seni, KLCC, Istana Negara, Stadium Negara. FRU, polis dan PGA mengetatkan kawalan di Stadium Merdeka.

2. Dianggarkan seribu orang berkumpul di KTMB diarahkan bersurai (Opppssss kalau turun komuter stesen ni, lagu mana pulak?)

3. 441 ditahan sekitar Kuala Lumpur hingga jam 12 tengahari tadi. Hingga jam 5 petang, seramai 1401 orang telah ditahan termasuk kanak-kanak dan seorang budak perempuan berusia 5 tahun. Alahai...kecik-kecik lagi dah ada pengalaman kena tahan ;)

4. Aku tabik spring dengan mereka yang berarak bersesak dalam perarakan BERSIH tengahari ni yang sangat panas, dah sahlah melekit, penuh dahaga dan kelaparan.

5. Lebuhraya Utara-selatan sesak panjang hingga Tanjung Malim (20km); ada yang sesak 4-5 jam. Petrol cukup tak, mesti ada yang tersadai tengah lebuhraya kehabisan petrol. Adussssss!

6. KHAIRY JAMALUDDIN/KETUA PEMUDA UMNOpun turutlak pulak menyebok sesakkan Kuala Lumpur dengan kumpulannya. Khairy Jamaluddin (Patriot) juga turut ditahan di persimpangan Jalan Pudu siang tadi.



Ibrahim Ali dari PERKASA tak masuklah pulak berita TV.

7. Beberapa pemimpin pembangkang telah ditahan antaranya  Salahuddin Mahfuz.
8. Jangan percaya SMS palsu Parlimen akan dibubarkan Isnin ni.

9. Semua jalan utama Kuala Lumpur mula dibuka kepada semua lalu lintas jam 6 petang kecuali Jalan hang Tuah dan Jalan Maharajalela yang akan dibuka secara berperingkat. Pasar Malam Jalan TAR juga telah beroperasi seperti biasa.  

PssssT: apa kata kita ambil ingatan nasihat Polis diraja Malaysia ni;




PsssT: Kagum betul dengan pasukan keselamatan kita yang MENAWAN KL dengan jayanya.

PsssT: aku nak pergi BERSIHkan Bagan Lalang sat, penatlah tengok TV macam ni. Ada sesiapa nak ikut? Sila bawa bikini polkadot KUNING-MERAH ya...kalau nampak ada orang pakai bikini warna pelagi tu, sila lambai ya!

Jumaat, 8 Julai 2011

Puisi Hari Lahir Untuk Cik Bintang



Puisi ini siar ulang semula
dari entri tahun sudah di sini
sempena ulang tahun kelahiran Cik Bintang

Hari ini, sempena ulang tahun kelahiran Cik Bintang
(ke-18 tahun: entah kenapa angkanya kian mengecil
tahun ke tahun la la la
bukankah usia itu hanya satu angka?)
aku siarkan semula puisi itu
dengan rasa dan doa tetap sama
dengan seluruh kebaikan untuknya
sentiasa berpanjangan seusia kehidupan.


Tatkala Kuaminkan Doa Ini

 
Kalaupun dikau bukanlah bulan yang warnai semesta
dengan kilau emas kala purnama
cukuplah jadi bintang kejora
yang pagari malamku, yang sinari kamar hatiku
kerdipmu bawakan mimpi indah
dalam lena beradu.

Kalaupun dikau bukan mentari yang hangatkan siang
cukuplah jadi sang bayu
yang membelai anak rambutku kala terjuntai di dahi
yang mengelus keningku ketika menahan kerut
yang mengusap pipiku saat airmata menyapa
dengan dinginmu, dengan lembutmu.

Kalaupun dikau bukan bidadari sakti
cukuplah jadi sang pelangi
memberi warna indah
membawa kenangan mewah
menghilang seluruh gundah
kecundanglah nestapa
pergilah duka
larilah lara.

Selamat Ulang Tahun, Cik Bintang
semoga panjang umur untuk mengejar berjuta impian
untuk syukuri segala kurniaan
untuk nikmati kebesaran Ilahi
untuk turuti bisik naluri
untuk dengari kata hati.

Selamat Ulang Tahun, Cik Bintang
semoga murah rezeki untuk dikongsi
dengan insan yang tersayang
dengan orang yang malang
mengisi pengertian dan kasih sayang.

Sekian kalinya kuucapkan
Selamat Ulang Tahun, Cik Bintang
semoga lebih tabah mengharung gelombang kehidupan
lebih sabar tangani tiap ujian
lebih matang depani seluruh cabaran.

Tatkala kulafazkan Selamat Ulang Tahun, Cik Bintang
moga Allah berkati hidupmu
moga Allah lindungi hatimu
moga Allah rahmati dirimu
moga Allah cepatkan jodohmu.

Ya Allah,
sekiranya jodoh Cik Bintang ada di langit
maka turunkanlah ia
jika tempatnya di perut bumi,
keluarkanlah ia
jika di dasar laut dalam,
apungkanlah ia
Sekiranya jodoh Cik Bintang ada di tempat yang jauh,
maka dekatkanlah
jika sukar datangnya,
mudahkanlah
Ya Allah
aturkanlah ia dengan penuh kemuliaan
dengan segala kebaikan
dengan seluruh rahmat
dan berkat.

Ya Rahman,
sejahterakanlah kehidupan sahabatku ini
kekalkanlah kesihatan lahir batinnya
tambahkanlah ilmu pengetahuannya
berikan dia rahmat sepanjang masa
mendapat keampunanMu dunia akhirat
mendapat redhaMu dan syafaat.

Ya Rahim,
sayangi dia ketika siang biarpun malam
kabulkanlah setiap doanya dan impian
elakkan dia tenggelam dengan duniawi tak bertepi
tunjukkan dia hanya jalan yang lurus
jalan yang benar
jalan yang diredhai
lindungi dia tergelincir dari Rahmat dan RahmanMu
ampuni biar sebesar manapun khilafnya

Selamat Ulang Tahun, Cik Bintang
Selamat Hari Lahir, Cik Bintang
Ketika kuaminkan doa ini
Hanya kesejahteraan kumohon jadi miliknya
ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


~annieyss@blogspot~
Julai 2010
Bandar Baru Bangi



Pssst: Gamaknya bila ek aku boleh rasa ayam golek macam ni?

 sumber: doposen

Cik Bintang, sila jawab! la la la

Khamis, 7 Julai 2011

KL Bakal Berubah Jadi Macam Amstardam

Waaaaaaaaaa aku dah berangan naik bot
macam kat Amstardam
bayangkan kalau Kuala Lumpur yang ada sungai Gombak dan Sungai klang tu
tetiba je boleh berbot bagai
macam kat London, Paris, Melbourne, atau Amsterdam
berkayuh berdua boleh tak?
Fuhhhhhhhhh romantik gilaaaaa!
percuma je

jom berkayuh biduk berdua di Amsterdam…romantik!



jelajah seluruh bumi bawah laut ini pun boleh juga


Perdana Menteri kita yang tercinta itu umumkan
Projek pemulihan, pemuliharaan dan mengindahkan
Sungai Klang dan Sungai Gombak dikenali "Sungai Nadi Kehidupan"
di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)
bakal merubah wajah ibu negara secara keseluruhan.

Kononnya projek ni bakal memberi pulangan ekonomi yang tinggi
dan menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada rakyat
nilai hartanah sepanjang koridor sungai akan meningkat,
tambah peluang pekerjaan lagi,
menggalakkan pelancongan dan menyediakan ruang sihat
kepada pengunjung dan penduduk tempatan.
Hah! baguslah tu…nanti boleh ramai-ramai
pakat serbu sungai Gombak dan Klang ni

Tak payah jenguk Sungai Seine macam Pak Samad tulis dalam puisi lagi


Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah ibu negara
boleh menjadi tepian air yang segar dan
penuh dengan pelbagai aktiviti kehidupan.
bayangkan KL jadi macam bandar raya terunggul di dunia
London, Paris, Melbourne, Amsterdam
mempunyai jalan air yang begitu terkenal
menjadi tarikan pelancong dan tumpuan rakyat
dengan pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi
bukannya jadi tempat lepak kaki dadah

Projek ini telah diumumkan pelaksanaannya Oktober tahun lalu
dan salah satu program ETP
bagi Greater Kuala Lumpur-Klang Valley (Greater KL-KV)
dijangka memberi sumbangan RM11.3 bilion sehingga 2020
atau RM1.4 bilion setahun

Sungai Seine boleh jadi contoh


Jomlah sama-sama
Sayangilah sungai yang kita warisi
Ia pusaka yang tidak ternilai
bukannya dicemari dengan sampah
apalagi sisa kumbahan
semua rancangan tu bukanlah angan tak bertepi
boleh direalisasikan
dah lama benda ni aku impikan
pernah baca satu cerpen Fatimah Busu

tentang pembangunan dua sungai ni
yang ada perahu, kapal, bot segala
lagi utama
sungai kita cantik dan indah
tanpa sampah
sama ada sampah sarap
atau sampah masyarakat