Memaparkan catatan dengan label tempahan kerepek ubi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempahan kerepek ubi. Papar semua catatan

Selasa, 12 Julai 2011

Aktiviti Baru Yang Mengujakan


Memang mengujakan. Sekarang ni aku dah tak ada sangat masa yang boleh digunakan untuk melapang waktu dan ikut aktiviti berarak sana sini bersihkan persekitaran Kuala Lumpur dari sampah sarap dan sampah masyarakat. Masa aku penuh dari pagi sampai tengah malam, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan. Waaaaa letak je kepala kat bantal...yupppppp! Kejab je dah lena. Biasanya akan ambil masa untuk golek kiri golek kanan menung pandang dinding, kira putaran kipas, atau kena kira biri-biri putih sampai sejuta kali sebelum tenggelam dikacau hantu dalam mimpi. Nak mimpi pun tak ada masa, apalagi nak berangan walaupun berangan tu tak payah nak bayar.

Hari minggu lepas masa semua orang dok kalut pasal jalan tutup dan banyak sekatan jalan raya tu, aku tengah kalut tak cukup tangan dok packing benda ni:

Meruku Homemade


Kerepek Ubi Kayu pedas kering


Ni contoh je lah kan. Kasi clear sikit gambar. Nampak tak betapa nipis dan garingnya keropok ni? Sangat rangup dan rapuh kuruk kruk je memanjang tak mau nak berenti dah bila mengunyah. Sekelip masa sahaja dah ghaib satu plastik la la la. betul ni...tak tipu. Aku makan kerepek ubi pedas kering ni sampai sakit lidah hu hu hu pecah rahsia.

Maaflah, lupa langsung nak ambil gambar yang dah siap packing. Sebabnya, sangat kalut kejar masa untuk operasi membungkus. Ahad petang tu, aku kena hantar kepada Mas kat Serdang. Dia ni memang suka sangat menjual barang. Apa-apa barang ajelah. Kalau musim raya tu, kuih raya memang sah dia akan jual. Tikar buluh tu pun dia boleh jual berpuluh bidang, apalah sangat takat kuih raya. Jadi menu dia tahun ni bertambah dengan kerepek dan meruku yang aku bekalkan ni.

Janjinya jam 6.30 petang sebab dia ada kursus hari Sabtu dan Ahad tu. Aku kena kejar juga hantar hari Ahad sebab dia nak bawa ke pejabat hari isnin. Kacau bilau jugalah dua hari tu aku bungkus, sebab bukan untuk dia sorang je. Agen kami kat Semenyih juga ada mintak hantarkan sementara nak tunggu datang yang baru untuk jualan hari raya. Akhirnya berjaya juga aku hantar kepadanya beberapa jenis kerepek seperti Kerepek Pisang Abu, Opak BBQ, Kerepek Kacang Dhal, kerepek Ubi Pedas dan Meruku. Setiap jenis tu semuanya 10 pack kecuali Ubi pedas, 20 bungkus.Minggu depan hantar yang lain pulak.

Jam 7.15 baru sampai kat rumahnya. Jalan sibuk sikitlah walaupun tak sesak. Maklumlah semua orang dah nak mula kerja hari Isnin setelah penat lelah lari dari sekatan jalan raya sepanjang Perhimpunan Bersih Sabtu tu. Nasib baik sempat hantar.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, sekarang ni aku dah jadi agen mengedar kerepek dan meruku. Aku jadi egen mengedar pelbagai jenis kerepek dan Meruku di kawasan Bandar Baru Bangi, UKM, Kajang, semenyih, Putrajaya, Nilai 3 dan Nilai tu, bolehlah buat tempahan kalau berminat. Untuk tempahan yang banyak bagi kawasan ini, insyaAllah aku boleh hantar kat tempat tertentu. Maksudnya, janji nak jumpa mana-mana, stesen petrol ke, Kedai makan ke, atau simpang-mana-mana bolehlah hantar sekejab.

Sekarang ni jualan lebih kepada jualan pra-Ramadhan. Kalau nak mengunyah kat pejabatpun boleh, tak ada hal punya, Cuma jangan terbabas kunyah masa Ramadhan nanti sudahlah ya.

Tempahan raya pun dah boleh buat. Tempah awal-awal memang insyaallah ada stoknya. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang hingga 15 Ogos 2011 (untuk kegunaan Aidilfitri) bergantung kepada stok. Biasanya kalau musim raya, stok mudah habis. Jadi, harganya akan meningkat secara mendadak kecualilah nak beli pada malam raya di Chow Kit, tu lain kiralah. Masa tu aku dah gantung langsir kat kampung dah, tak maulah usung kerepek raya lagi.

Tempahan boleh dibuat terus ke email kerepekrembow@gmail.com  atau ke email aku di annieyss@gmail.com  Boleh juga tinggalkan pesanan di bahagian komen entri ni. komen yang ada nombor telefon aku tak akan siarkan, karang tak pepasal hotline pulak nombor orang kan.

Maklumat lain pasal kerepek raya ni (tak semestinya makan kerepek musim raya je...aku hari-hari makan kerepek hingga lidah pun dah tercedera), nanti aku bagi tau dalam entri yang lain. Nak sambung buat kerja dulu ya...esok nak mesyuarat, kerja aku belum sempurna lagi. Kerepek tu kerepek juga, kerja kena siapkan ikut masa.