Nak tulis tajuk pun rasa semacam. Yang aku tulis ni tentang kampong halaman aku sendiri. Dan mereka, penghuninya berada dalam situasi gawat. Mudharat. Memerlukan terlalu banyak bantuan. Masih mampukah aku kata, sebenarnya ini ujian Allah? Ya, memang ujian kepada hambaNya, namun…adakah aku hanya boleh memandang tanpa buat apa-apa?
Allah memang boleh menarik balik semua kurniaannya termasuk merampas dalam kaedah menyentap begini. Siapa kita nak menafikannya? Namun, aku mengharapkan mereka yang terlibat dengan banjir besar di beberapa tempat terutama Kelantan dan Trengganu serta Pahang, Perlis dan Perak lebih tabah. Lebih kuat. Lebih kental.
Sekarang, Gua Musang dah surut tetapi Kuala Krai pula ranap. Di Manek Urai ada ramai anak sepupuku yang yatim piatu. Tenggelam. Tempat pemindahan banjir pun hampir tenggelam, tetapi akhirnya bantuan tiba juga.
Di Kuala Krai itu ada mak dan pak sedara aku. Ada sepupu sepapat juga. Kaum keluarga yang masih rapat. Boleh ke nak rasa tak risau dan fikirkan langsung tentang banjir ini? Semakin hari, arus terus bergerak. Jambatan sultan Yahya pun dah tutup. Tambatan diraja akan tenggelam jua nanti. Tesco Kota Bharu sejak dua hari lepas dah penbuh air, stadium sultan muhammad ke IV juga dimasuki air teh susu.
Kompilasi beberapa Video banjir di Kelantan 2014 termasuk tragedi menyelamat yang gagal
Selepas Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat yang dah sedia tenggelam akan menerima lebih banyak kapasiti air. Lelah di hulu belum habis, pasukan penyelamat juga perlu bergerak ke hilir dan Kota Bharu pula. Dengan kemudahan yang terhad, alat perhubungan yang terhad dan keperluan asas yang terhad juga.
Video banjir di sekitar Kota Bharu pada 24 Disember 2014
Apa yang aku boleh buat di perantauan ini? Sekadar tengok FB dan komen tentang anwar Ibrahim berada di New Zealand? Najib Razak sedang main golf dengan Obama di Hawaii? Tak akan kemana semua tu. Tak ubah apa-apapun! Musim pilihanraya nanti baru ada ubah, bukan sekarang.
Selain panjatkan doa agar kaum keluarga dan sedara mara dan rakyat negeri Kelantan selamat serta tabah harungi ujian besar ini… marilah sama-sam kita bantu mereka dengan segala daya upaya yang ada. Kalau taka da heli, wang ringgit samah serial boleh hulur. Tak ada duit, kongsikan pakaian lama yang masih boleh pakai. Dermakan air bersih dan bahan makanan. Paling tak ada, siapkan tenaga untuk membantu bila semuanya telah reda nanti. Kalau itupun tak dapat bagi, tadahkan tangan kalian, hulurkan doa agar mereka tabah dan kuat, sabar dan redha jalani semua ujian perit ini.
Duhai anak Kelantan di perantauan, jom kita pakat bantu adik kakok di kampong halaman sana. Mereka sangat memerlukan bantuan kita semua. Bantuan fizikal, mental dan keprihatinan. Bantuan doa jua. Bantulah setakat yang mampu. Moh kiter!