Memaparkan catatan dengan label membazir makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membazir makanan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Disember 2014

Bongkak Dengan Makanan

Bila makan secara buffet, selalu nampak tak sesetengah orang jenis punggah makanan penuh pinggan, cuit cuit dan kais kais sikit, kemudian tinggalkan dan pergi ambil makanan lain pulak. Pernah?

Aku memang hilang respek dengan orang perangai begini. Walaupun namanya buffet, ambillah takat nak makan. Jangan dok kebokbong (tamak) ambil semua banyak-banyak kemudian membazir. Kalau mampu habiskan, ambillah berapa banyak pun, aku tak kesah. Yang aku kesah adalah buang makanan. Buang rezeki.


Aku dah lama dok perati seorang rakan sekerja ni. Gitulah perangai dia. Bila acara buffet musim kena hadiri seminar, bengkel atau sewaktu dengannya, dia akan begitu. Punggah makanan sampai penuh meja. Kuis-kuis sikit sebanyak, kemudian ambil yang lain pula. Padahal yang ditinggalkan di pinggan itu, seorang makan pun boleh kenyang.



Kita mungkin mengetahui hukum hakam tentang banyak perkara, namun…kita barangkali terlupa untuk aplikasikannya dalam hidup.


Silalah jangan membazir. Janganlah buang makanan. Berapa ramai lagi manusia di muka bumi ini kekurangan makanan, sedang kita mentang-mentang dapat merasa buffet sekali sekala tu pun dah bongkak.

Bila berdepan dengan rezeki, biar tak sedap macam manapun, usahlah dihina. Kita tak pernah tahu bahagian makanan manakah yang benar-benar menjadi rizeki kita. Tiap kali nak rasa bongkak dengan makanan, aku akan selalu ingat kata-kata adik ipaQ aku yang hensem tu “Alhamdulillah, ni rezeki yang tertulis untuk kita,”

Fuhhhhhh!!! Bertuah tak aku dapat adik ipaQ sebegitu? Mmmmmm adik aku lagi bertuahlah kannnn!!!