Rabu, 19 November 2014

Sembunyikan Kebenaran

Bukan semua orang mampu untuk berkata benar, apalagi jika kebenaran itu berkaitan dengan kesilapan sendiri. Dan diam itu menyebabkan orang lain terfitnah.


Orang yang terfitnah itu pula, ada ketikanya membisu...seakan mengiakan. Tidak menepis, atau suaranya tidaklah selantang mana mencari ruang untuk membela diri. Satu dunia menganggap dia bersalah.

Tak pasal-pasal ramai orang mengumpat dia. Diaibkan. Dan dia, mengaut sebegitu besar pahala dengan redha dan sabar menelan fitnah itu. 

Pernah terfikir tak, kita juga antara orang yang memberi pahala percuma kepada orang lain gara-gara percayakan fitnah? Ataukah, kita antara orang yang terfitnah itu?
 

2 ulasan:

Unknown berkata...

entry yAng buat kita berfikir dengan lebih jauh.mengenang kesalahan diri berbanding kesalahan orang lain..

azieazah berkata...

Moga moga kita terhindar dari dengki hasad dan fitnah orang...