Selasa, 13 Februari 2018

Ending Kekasih Paksa Rela



Demam Kekasih Paksa Rela dah habis kan? Haaaaaaa petang semalam, 12hb Februari 2018 slot Akasia TV3 ni dah menamatkan siri ini. Dah ending pun Kekasih Paksa Rela. Dah gembira pun peminat-peminat Remy Ishak Abang Am kesayangan semua tu. Dah kebah ke demamnya?
Ini edisi akak nak tegur. Ingat Abang Terlajak Laris sahaja ke reti Nak Tegur?

Tak payahlah aku tulis sinopsis Kekasih Paksa Rela ni...kalian lagi tahu dari aku pun! 
Cantik kan Pulau Belitung? Haaaaa Kekasih Paksa Rela buat penggambaran hingga ke Belitung kau!


Ni bukan kes cemburukan Abang Am Kekasih Paksa Rela tu. Remy Ishak tak bersalah pun, dia hanya berlakon dan lakukan kerja dia je. Namun, kita juga kena tengok jugalah masej apa yang disampaikan dalam sesuatu drama tu terutama bila drama berkenaan jadi trending dan kegilaan ramai. Bukan salah Kekasih Paksa Rela pun…nasib drama ni baguslah, jadi kegilaan dengan ikon Abang Am kacak bergaya itu.

Dalam setiap drama yang muncul sekarang ni, macam dah jadi trend pulak memaparkan tentang isteri yang nusyuz. Kekasih Paksa Rela tak adalah paparkan watak isteri yang terjerit-jerit tarik rambut terguling guling mintak cerai bila tahu dimadukan, namun…tetap juga wujud situasi “mintak cerai daripada suami”. Memang masyarakat kita seronok ke tengok drama yang sebegini? Asal bermadu je kena mintak cerai, asal bermadu aje kebahagiaan isteri dah tamat? Termasuk dalam Kekasih Paksa Rela? 

Kau tak kena mudahlah cakap!
Bukan soal dah kena, bukan soal belum kena. Kalau Abang Am tu macam Yusman, si bapak tiri Hanan Kaira, memang wajarlah isteri pergi tuntut fasak mintak cerai sebab dia sendiri ke laut lepas perangainya. Namun, bila watak Abang Am itu dibentuk sebagai seorang lelaki yang segak, bergaya, kaya raya, hebat cintanya....diterjemahkan sebagai lelaki yang sempurna serba serbi, makanya...atas dasar apa isteri yang dimadukan wajar minta cerai?

memanjang aje Abang Am pakai kot kan...kat tepi pantai pun pakai kemeja dan slack bagai huhuhuhu

Konflik dalam Kekasih Paksa Rela episod-episod menuju ke ending tu nampak mudah. Nampak tak adalah tegang sangat isteri mengamuk dalam Kekasih Paksa Rela. Hanya memberontak dalam jiwa je. Namun, kita kena akui, bermadu dalam Islam tu tak salah. Hukumnya memang dibolehkan. Dalam kes Kekasih Paksa Rela ni juga, Abang Am kegilaan korang tu juga mampu. Mampu dari sudut material. Mampu dari sudut jiwa dan kasih sayangnya. Persoalannya: kenapa nak kena cerai salah seorang isteri?

KOnonnya pengorbananlah kan? Bagi ambo, itu bukan pengorbanan. Itu pentingkan diri. Itu ego. Antara Hanan Kaira dan Kak Ros tu, tak ada seorangpun nak kembali dan merujuk kepada hukum al-Qur’an ke? Buruk benarkan poligami tu dalam masyarakat kita hinggakan situasi sebegini pun isteri nak kena mintak cerai daripada suami? Tak ada siapapun sedar ke hukum seorang isteri yang mintak cerai daripada suami tanpa sebab yang kukuh? Ataukah, sebab hati itu sudah dikira kukuh? Hanan Kaira atau Kak Ros tu pernah kena lempang Abang Am ke hingga boleh mintak cerai?

Bagi ambolah, kat sini kita boleh ketengahkan masej murni. Dek kerana Kekasih Paksa Rela dah jadi kegilaan ramai, makanya penyudah yang kemas dan baik boleh pengaruhi penonton. Tak perlupun drama berwatakkan kupiah dan jubah macam Tanah Kubur baharu kita boleh ketengahkan masej yang indah.

Watak Kak Ros boleh diindahkan lagi dengan secebis insaf untuk menelaah sikit hukum Al-Qur’an. Penonton tak marahpun kalau watak itu “pergi umrah”, kemudian balik bawa cara hidup baru. Balik dengan perubahan baru. Balik dengan rasa lebih redha dengan apa yang dah tertulis. Kemudian hidup bahagia selama-lamanya macam dalam filem hindi tu. Penonton tetap gembira asal Abang Am tak mati. Ya dak?

Yang utama, kita tetap tinggalkan masej positif tanpa langgar hukum hakam Islam sebab itu landasan pertama hidup kita. Namun, drama-drama kita jarang merujuk apa yang patut dan apa yang tak patut untuk bagi dimensi baharu dalam masyarakat melainkan temanya ke arah keislaman. Adakah nilai Islam dalam drama atau filem hanya difahami melalui jubah dan serban semata-mata? inti patinya mana?

Tak bolehkah sesiapa ingatkan Kak Ros hukum seorang isteri mintak cerai tanpa alasan kukuh tu? Sebegitu sahaja kita boleh terima sifat isteri sebegitu? Dah moden sangatkah cara hidup kita hinggakan hal sepenting ni kita abaikan. Ke ambo sorang je anggap "isteri minta cerai" itu sebagai sesuatu yang besar? Eh, banyak pulak soal ambo ni kan?

Eh, panjang pulak aku berleter hari ni huhuhuhuhu ampunnnnn! Abang Am punya pasal huhuhuhu

PsssT: Ambo bukan penyokong tegar poligami, ambo juga bukan anti poligami. Ambo sokong atau bantah poligami berdasarkan kes dan situasi. Bukan semua kes sesuai untuk poligami. Yang utama, hukum Allah tetap kena jadi nombor satu. 



Rabu, 31 Januari 2018

Sejam Menunggu untuk Mesyuarat


Ini kisah hari Isnin.

Ini tempoh paling lama aku alami. Mesyuarat dijadualkan jam 9 pagi, tetapi hingga jam 10 pagi masih lagi belum mula, bos kena kidnap di tangga dalam perjalanan ke bilik mesyuarat. Jadinya, apa kami buat untuk sejam tu? Apalagi…makanlah!

Malas nak sembang dan buang masa, aku buat kerja dulu, conteng-conteng atas kertas je apa yang nak dibuat sebab memang tak bawak laptop pun. Ya lah, mananya nak tahu penangguhan mesyuarat selama itu, biasanya kalau lambat pun dalam 15 minit je.

Bila mula mesyuarat, tak pepasal kami pulak kena leter. Sahhhh lah tu bos kena leter sejam tadi, tempiasnya kami yang kena. Akulah yang paling terasa kot walaupun dia tak sebut nama pun. Tapi bila dia cakap, “Kerja setiap hari balik lambat, hari minggu pun dating kerja… tapi KPI tak capai pun.  Apa buat pun tak tahu,”

Sentap ceQ tau!

Tau lah ceQ kerja mati-matian pun bukannya ada siapa bayar OT, bukannya kaya pong….tapi bila sebut macam tu umpama kata “Apa hal kau kerja rajin berganda banting orang lain….tapi tadak hasil?” gitulah lebih kurang.

Jadi, azam aku tahun ni adalah TAK NAK LAGI KERJA RAJIN!

Baiklah aju joli je sepanjang tahu…kalau KPI tak capai pun memang dah kenalah kan. Huh!




Selasa, 23 Januari 2018

Kemah Keming Tu Gapo Dia Maksudnya?



Dua hari ni ambo terkurung kat dalam bilik mesyuarat berbengkel dan gotong royong menyiapkan soalan kaji selidik yang bakal diedarkan kepada graduan hujung tahun nanti. Haaaaaaa ada 10 bulan lagi masanya tapi dah mula buat soalan ya kawan-kawan…sape kata orang gomen buat kerja saat-saat akhir huhuhuhu

Nak kata stress memang stresslah gotong royong begini sebab bila banyak kepala, banyak pulaklah ragamnya. Namun kalau kerja dalam suasana stress, memang akan tambah meletuplah kepala nak jana idea. Jadinya, awal-awal tu masing-masing sivik sikitlah. Formal. Sebab Pengarah ada. Lama-lama sikit, mulalah jadi huru hara. Macam-macam perangai ada.

Semasa bincang itu ini untuk buat keputusan atau baikpulih ayat sesama sendiri itu, macam-macam ayatlah keluar. Ragam pun macam-macam. Bila ada rakan-rakan utarakan idea bernas ketika kepala dah berat dan ting tong, makanya keluarlah ayat-ayat memuji segunung fuji seperti “Kemah keming, boh!”

Tetiba adalah pulak rakan yang lain bertanya kembali maksud ayat “Kemah Keming” yang selalu dituturkan oleh orang Kelantan atau Trengganu itu. Beginilah jawapannya;


Haaaaaa boleh faham tak agaknya? 

Dapat sakit hati jualah adanya rakan yang berasal dari Johor itu, kerana makna “kemah Keming” itu tetap diterangkan dalam Bahasa Kelantan juga. Makin peninglah si penanya. Berikut ada lagi perkataan yang sama makna dengan “kemah Keming” tu, diutarakan rakan FB ambo;


Jadi, apa maknanya “Kemah Keming” itu?

Jawapan yang rakan ambo berikan tu betul juga. Tak salah pun. “Kemah Keming dan “Tak Googet” itu adalah sinonim, iaitu sama maksud sahaja. Ataupun dipanggil juga sama erti.

Sebenarnya, kata “Kemah Keming” merujuk kepada "jawapan yang jitu, padu, bernas, padu, tepat…itulah yang dikatakan “Tak Googet” yang bermakna, “tak dapat dah nak digerakkan lagidek kerana jawapan padu berkenaan.

Itulah lebih kurangnya. Ambo bukan pakar Bahasa. Ambo cuba untuk membantu rakan-rakan yang tertanya-tanya tentang makna perkataan itu sahaja. Jika ada maklumat lain nanti ambo tambah lagi ya.

Selasa, 16 Januari 2018

Drama Diculik Van Putih



Alhamdulillah, akhirnya Datok Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 selepas lima hari berada dalam tahanan reman. Aku kagum dengan jawapan beliau, "Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya. Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya," katanya sebaik dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kalau anda berada di tempatnya, mampukah ayat itu dilafazkan? Hanya anda yang mampu menjawabnya. Dan, kita doakan DFK mampu normalkan semula kehidupannya. Berikan masa untuk dia bertenang dan selesaikan mana-mana masalah yang timbul tu, tak payahlah kita pulak nak Macham Macham. 

Ambo sebenarnya tertarik dengan drama yang dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang viral sejak minggu lepas. Aku terimanya dalam grup WA keluarga. Ya lah tu…kisah pelajar tingkatan satu yang buat laporan polis mengatakan dia telah diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman Pandan Indah.

Dalam laporan polis yang tersebar di media sosial, pelajar itu mendakwa kononnya diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah, kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika berada dalam van itu kira-kira 10 minit, pelajar itu mendakwa menggigit tangan lelaki yang berada di sebelahnya, dipercayai untuk melepaskan diri, sebelum seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang depan turun membuka pintu van. Mangsa kemudian mendakwa menendang lelaki terbabit sebelum melarikan diri ke sekolah menaiki bas henti-henti.

Hari ini, setelah proses soal siasat dilakukan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, berkata mangsa akhirnya mengaku mengadakan cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.

Alahai! Seronok rupanya bermain ni. Kalau tak main boleh jadi stress ya, dik!

Kecederaan di tangan/lengan itu pula akibat terlanggar pintu sekolah. Dalam juga luka tu, dik. Tak sakit ke? Ambo ni, tergeseh sikit pong dah berkerut dahi, dik!


Arwind Kumar Kecek Kelate

Arwind Kumar ni glamer di dunia maya, pengikutnya lebih 70 ribu di chanel youtube dan muncul sebagai watak Makcik ROAST-Mah huhuhuhuhu sebelum dengar dia mengarut cakap kelate, apa kata tengok video ni dulu. Arwind Kumar komen pasal lagu Abang Nak Tegur nyanyian Dato Terlajak Laris Alif Syukri dengan Sajat tu…



Aku bukan nak sokong atau nak kata komen pasal Lagu Abang Nak Tegur atau apa-apalah berkaitan lagu ni, sama ada pasal kesedihan Datok Terlajak Laris Alif Syukri yang dok heran kenapa ramai orang tak suka a.k.a dislike lagu tu, atau pasal Sajat gaduh-gaduh manja kena marah dengan Datok Terlajak Laris tu...hanya letak video tu sebagai pengenalan bagi sesiapa yang tak kenal Makcik ROAST-Mah aka Arwind Kumar ni kan... aku pun jarang-jarang jugak tengok, suka sebab dia boleh cakap laju berderet menembak semua perkataan sampai lupa nak letak nokhtah. Tak semput pulak dia ni kan...

Ni dia Arwind Kumar kecek Kelate…jom sama-sama gelak huhuhuhu



Bukan mudah untuk faham dialek Kelate, apalagi bagi orang bukan Melayu. Kagum tak dengan dia? Ishhhh! Tak payahlah dok bandingkan masyarakat India di Kelate yang kecek kelate tu…mereka dah lama dok sana hishhhh!