Alhamdulillah, akhirnya Datok
Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 selepas lima hari
berada dalam tahanan reman. Aku kagum dengan jawapan beliau,
"Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam
hidup saya. Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya
untuk saya," katanya sebaik dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya,
Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.
Kalau anda berada di
tempatnya, mampukah ayat itu dilafazkan? Hanya anda yang mampu menjawabnya.
Dan, kita doakan DFK mampu normalkan semula kehidupannya. Berikan masa untuk
dia bertenang dan selesaikan mana-mana masalah yang timbul tu, tak payahlah
kita pulak nak Macham Macham.
Ambo sebenarnya tertarik
dengan drama yang dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang viral
sejak minggu lepas. Aku terimanya dalam grup WA keluarga. Ya lah tu…kisah pelajar
tingkatan satu yang buat laporan polis mengatakan dia telah diculik tiga
lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman
Pandan Indah.
Dalam laporan polis yang
tersebar di media sosial, pelajar itu mendakwa kononnya diculik tiga lelaki
menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah, kira-kira jam 12 tengah
hari. Ketika berada dalam van itu kira-kira 10 minit, pelajar itu mendakwa
menggigit tangan lelaki yang berada di sebelahnya, dipercayai untuk melepaskan
diri, sebelum seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang depan turun membuka
pintu van. Mangsa kemudian mendakwa menendang lelaki terbabit sebelum melarikan
diri ke sekolah menaiki bas henti-henti.
Hari ini, setelah proses
soal siasat dilakukan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, berkata mangsa akhirnya
mengaku mengadakan cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian
terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.
Alahai! Seronok rupanya
bermain ni. Kalau tak main boleh jadi stress ya, dik!
Kecederaan di
tangan/lengan itu pula akibat terlanggar pintu sekolah. Dalam juga luka tu,
dik. Tak sakit ke? Ambo ni, tergeseh sikit pong dah berkerut dahi, dik!