Memaparkan catatan dengan label poligami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poligami. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2019

CINTA SUAMI ORANG


Semalam dan hari ni, ambo ada muatnaik hantaran berikut di facebook:



Ya, dah lima kali (yang ambo sempat bilang), dia si suami orang ajak kahwin. Statusnya suami orang. Ada anak 4 orang dan seorang isteri berkerjaya. Dahulunya perkahwinan mereka jarak jauh (tak jauh manapun takat Bangi dan Kuala Selangor), isterinya yang lebih jelita dari ambo itu seorang akauntan. Setiap kata si suami orang nan lebih muda dari ambo ini bak gula batu, manis sentiasa. Kalau ikut katanya, dia seorang yang baik. Kata dialahhhhhhh, bukan ambo kata!

Ambo faham ini isu sensitif. Isu panas. Isu hot meletup letup kebambommmm. Namun, kita perlu berlapang dada melihatnya dari banyak sudut.

Bila ambo letak hantaran itu untuk rakan-rakan undi, bukan bermakna ambo dah pening kepala sangat dah nak fikir hingga kemurungan, bukan juga ambo dalam dilema atau tengah keliru, tidak juga nak usi-sik pendirian rakan-rakan semua. Bukan ambo nak kahwin dengan suami orang. Itu hanya pendapat masing-masing, tidak menggambarkan pun pendirian ambo dalam bab poligami ni.

Maaflah andai rakan-rakan perempuan yang berstatus isteri atau rakan lain yang pernah berada dalam situasi begini sama ada sebagai isteri, anak, bakal isteri dan sebagainya rasa status tu menyentap hati. 

Kerapkalinya, bila seseorang perempuan itu mula menua (macam ambo) dan belum ada tanda-tanda nak ubah status jadi Puan, maka, ramai yang beranggapan golongan ini perempuan tak laku. Ambo pun pernah dapat cop tu. Maklumlah muka tak berapa nak pulih melepak, kulit tak berseri-seri atau tak reti nak mekap berinci tebal. Orang selekeh katanya lambat laku. Kalau paras rupa yang jadi perkara pertama, maaflah…tak pilih ambo pun ambo tak kecil hati.

 Dah lah tak laku, memilih pulak tu. Memilih sangat hingga jodoh lari. Itu cop biasa ambo dapat. Katanya, sebat ajelah sesiapapun asal ubah status. Sekali lagi, maaflah. Ambo hanya akan kahwin dengan orang yang ambo boleh hormat je, sebab ambo nak masuk syurga. Janganlah sebab seorang lelaki bergelar suami, ambo tercampak jauh dari pintu syurga. Kahwinilah lelaki yang boleh kita hormat. Kelak, kita tak akan ingkar, melawan dan durhaka.

Ambo bukan anti poligami. Bermakna, ambo boleh terima pun sebab itu hukum Allah. Memang wajib terima. Namun, kalau menerimanya hanya sebab nak ubah status itu, baiklah tak payah. Banyak factor lain yang mempengaruhi. Ia tetap berbalik semula kepada “hanya akan kahwin dengan orang yang boleh dihormat”. Hormat itu bukan mudah datangnya. Kalaupun anda ustaz yang sentiasa mengalir ayat Qur’an di bibir sepanjang masa tetapi tidak aplikasikan dalam kehidupan, asyik dok ugut “lawan saya awak masuk neraka”, maaflah…itu bukan pilihan ambo. PANG kang! Haaaa kan dah muncul semangat pendekarnya tu!

Kepada rakan-rakan yang prihatin beri pendapat dan nasihati ambo dalam kedua-dua hantaran tersebut, terima kasih daun keladi. Ambo sangat hargainya. Buat masa ini, ambo belum ada niat nak terlibat dalam poligami lagi. Ayat bergulanya belum cukup manis untuk membius emosi ambo. Ambo juga tak pernah terfikirpun untuk ganggu gugat ketenteraman keluarga orang. Jadi, biarlah ambo duduk jauh-jauh, teruskan hidup macam biasa.

Kita tunggu kali ke 40 dia ajak kahwin baru ambo fikir, baru ambo pergi jumpa isteri terchentanya, jumpa keluarga mertuanya, keluarganya juga…kalau selepas tu masih juga TERACUN dengan janji manisnya, baru lah ambo bawak dia jumpa wali ambo, kemudian buat istiharah mohon petunjuk dan buat keputusan. Jauhhhh lagi perjalanannya.

Mentang-mentang ambo ni BUKAN golongan antipoligami, janganlah anggap semudah itu caranya. Walaupun ambo dah nak pencen, tapi ambo masih ada wali tau, jangan dok buat tak tentu hala. PANG kang!

PsssT: Sesiapa yang ada suami tu, jangan risau suami anda skandel dengan ambo sebab ambo akan mintak izin anda untuk kahwin, janji...ambo tak sorok-sorok kahwin kat Thailand. Janji, ambo tak sondol tak tentu hala.



Selasa, 13 Februari 2018

Ending Kekasih Paksa Rela



Demam Kekasih Paksa Rela dah habis kan? Haaaaaaa petang semalam, 12hb Februari 2018 slot Akasia TV3 ni dah menamatkan siri ini. Dah ending pun Kekasih Paksa Rela. Dah gembira pun peminat-peminat Remy Ishak Abang Am kesayangan semua tu. Dah kebah ke demamnya?
Ini edisi akak nak tegur. Ingat Abang Terlajak Laris sahaja ke reti Nak Tegur?

Tak payahlah aku tulis sinopsis Kekasih Paksa Rela ni...kalian lagi tahu dari aku pun! 
Cantik kan Pulau Belitung? Haaaaa Kekasih Paksa Rela buat penggambaran hingga ke Belitung kau!


Ni bukan kes cemburukan Abang Am Kekasih Paksa Rela tu. Remy Ishak tak bersalah pun, dia hanya berlakon dan lakukan kerja dia je. Namun, kita juga kena tengok jugalah masej apa yang disampaikan dalam sesuatu drama tu terutama bila drama berkenaan jadi trending dan kegilaan ramai. Bukan salah Kekasih Paksa Rela pun…nasib drama ni baguslah, jadi kegilaan dengan ikon Abang Am kacak bergaya itu.

Dalam setiap drama yang muncul sekarang ni, macam dah jadi trend pulak memaparkan tentang isteri yang nusyuz. Kekasih Paksa Rela tak adalah paparkan watak isteri yang terjerit-jerit tarik rambut terguling guling mintak cerai bila tahu dimadukan, namun…tetap juga wujud situasi “mintak cerai daripada suami”. Memang masyarakat kita seronok ke tengok drama yang sebegini? Asal bermadu je kena mintak cerai, asal bermadu aje kebahagiaan isteri dah tamat? Termasuk dalam Kekasih Paksa Rela? 

Kau tak kena mudahlah cakap!
Bukan soal dah kena, bukan soal belum kena. Kalau Abang Am tu macam Yusman, si bapak tiri Hanan Kaira, memang wajarlah isteri pergi tuntut fasak mintak cerai sebab dia sendiri ke laut lepas perangainya. Namun, bila watak Abang Am itu dibentuk sebagai seorang lelaki yang segak, bergaya, kaya raya, hebat cintanya....diterjemahkan sebagai lelaki yang sempurna serba serbi, makanya...atas dasar apa isteri yang dimadukan wajar minta cerai?

memanjang aje Abang Am pakai kot kan...kat tepi pantai pun pakai kemeja dan slack bagai huhuhuhu

Konflik dalam Kekasih Paksa Rela episod-episod menuju ke ending tu nampak mudah. Nampak tak adalah tegang sangat isteri mengamuk dalam Kekasih Paksa Rela. Hanya memberontak dalam jiwa je. Namun, kita kena akui, bermadu dalam Islam tu tak salah. Hukumnya memang dibolehkan. Dalam kes Kekasih Paksa Rela ni juga, Abang Am kegilaan korang tu juga mampu. Mampu dari sudut material. Mampu dari sudut jiwa dan kasih sayangnya. Persoalannya: kenapa nak kena cerai salah seorang isteri?

KOnonnya pengorbananlah kan? Bagi ambo, itu bukan pengorbanan. Itu pentingkan diri. Itu ego. Antara Hanan Kaira dan Kak Ros tu, tak ada seorangpun nak kembali dan merujuk kepada hukum al-Qur’an ke? Buruk benarkan poligami tu dalam masyarakat kita hinggakan situasi sebegini pun isteri nak kena mintak cerai daripada suami? Tak ada siapapun sedar ke hukum seorang isteri yang mintak cerai daripada suami tanpa sebab yang kukuh? Ataukah, sebab hati itu sudah dikira kukuh? Hanan Kaira atau Kak Ros tu pernah kena lempang Abang Am ke hingga boleh mintak cerai?

Bagi ambolah, kat sini kita boleh ketengahkan masej murni. Dek kerana Kekasih Paksa Rela dah jadi kegilaan ramai, makanya penyudah yang kemas dan baik boleh pengaruhi penonton. Tak perlupun drama berwatakkan kupiah dan jubah macam Tanah Kubur baharu kita boleh ketengahkan masej yang indah.

Watak Kak Ros boleh diindahkan lagi dengan secebis insaf untuk menelaah sikit hukum Al-Qur’an. Penonton tak marahpun kalau watak itu “pergi umrah”, kemudian balik bawa cara hidup baru. Balik dengan perubahan baru. Balik dengan rasa lebih redha dengan apa yang dah tertulis. Kemudian hidup bahagia selama-lamanya macam dalam filem hindi tu. Penonton tetap gembira asal Abang Am tak mati. Ya dak?

Yang utama, kita tetap tinggalkan masej positif tanpa langgar hukum hakam Islam sebab itu landasan pertama hidup kita. Namun, drama-drama kita jarang merujuk apa yang patut dan apa yang tak patut untuk bagi dimensi baharu dalam masyarakat melainkan temanya ke arah keislaman. Adakah nilai Islam dalam drama atau filem hanya difahami melalui jubah dan serban semata-mata? inti patinya mana?

Tak bolehkah sesiapa ingatkan Kak Ros hukum seorang isteri mintak cerai tanpa alasan kukuh tu? Sebegitu sahaja kita boleh terima sifat isteri sebegitu? Dah moden sangatkah cara hidup kita hinggakan hal sepenting ni kita abaikan. Ke ambo sorang je anggap "isteri minta cerai" itu sebagai sesuatu yang besar? Eh, banyak pulak soal ambo ni kan?

Eh, panjang pulak aku berleter hari ni huhuhuhuhu ampunnnnn! Abang Am punya pasal huhuhuhu

PsssT: Ambo bukan penyokong tegar poligami, ambo juga bukan anti poligami. Ambo sokong atau bantah poligami berdasarkan kes dan situasi. Bukan semua kes sesuai untuk poligami. Yang utama, hukum Allah tetap kena jadi nombor satu.