Selasa, 16 Januari 2018

Drama Diculik Van Putih



Alhamdulillah, akhirnya Datok Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 selepas lima hari berada dalam tahanan reman. Aku kagum dengan jawapan beliau, "Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya. Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya," katanya sebaik dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kalau anda berada di tempatnya, mampukah ayat itu dilafazkan? Hanya anda yang mampu menjawabnya. Dan, kita doakan DFK mampu normalkan semula kehidupannya. Berikan masa untuk dia bertenang dan selesaikan mana-mana masalah yang timbul tu, tak payahlah kita pulak nak Macham Macham. 

Ambo sebenarnya tertarik dengan drama yang dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang viral sejak minggu lepas. Aku terimanya dalam grup WA keluarga. Ya lah tu…kisah pelajar tingkatan satu yang buat laporan polis mengatakan dia telah diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman Pandan Indah.

Dalam laporan polis yang tersebar di media sosial, pelajar itu mendakwa kononnya diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah, kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika berada dalam van itu kira-kira 10 minit, pelajar itu mendakwa menggigit tangan lelaki yang berada di sebelahnya, dipercayai untuk melepaskan diri, sebelum seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang depan turun membuka pintu van. Mangsa kemudian mendakwa menendang lelaki terbabit sebelum melarikan diri ke sekolah menaiki bas henti-henti.

Hari ini, setelah proses soal siasat dilakukan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, berkata mangsa akhirnya mengaku mengadakan cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.

Alahai! Seronok rupanya bermain ni. Kalau tak main boleh jadi stress ya, dik!

Kecederaan di tangan/lengan itu pula akibat terlanggar pintu sekolah. Dalam juga luka tu, dik. Tak sakit ke? Ambo ni, tergeseh sikit pong dah berkerut dahi, dik!


Tiada ulasan: