Ahad, 19 Januari 2014

Ketika Malam Dan Siang Bertukar Silih Berganti

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa (Yunus 10: 5-6).

Semoga pada usia yang baru ini, lebih banyak kebaikan boleh dilakukan. Lebih banyak keberkatan dilimpahiNya. lebih banyak kegembiraan mengiringi setiap langkah. Lebih baik kesyukuran dizahirkan. Moga-moga usia tidak dibazirkan dengan sesuatu yang sia-sia. Aminnn.

Jumaat, 17 Januari 2014

Laluilah Ujian Dengan Sabar

Bukan setiap saat kita berada dalam kebahagiaan, kegembiraan dan kebahagiaan. Hidup ibarat roda, sekali berada di atas, sekali berada di bawah. Usahlah berduka kerana Allah hanya menguji hambaNya mengikut kemampuan kita sahaja. Lalunya, usahlah bersedih!


Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!





Kuatkanlah semangat. Cekalkan hati. Melangkahlah ke hadapan biarpun terasa sangat payah dan tiada daya upaya lagi. Sesunguhnya itulah dinamakan ujian. Ujianlah akan kuatkan kita dari kerapuhan.

Inilah namanya ujian;



Kita insan biasa yang sentiasa rasa lemah dan tiada upaya. Namun, andai kita berserah kepada Dia yang Esa, insha Allah…langkah kita tidak tersasar.

Doa menghilangkan keresahan dan dukacita




Semoga kita tergolong antara golongan yang sentiasa mendapat hidayahNya dan melangkah ke hadapan di jalan yang lurus.

Yaaa teorinya memang begitu, andai kita berjaya laluinya dengan sabar, pada suatu masa kita akan dapati betapa kuatnya kita. Betapa tabahnya kita. Betapa gigihnya kita, tanpa kita sedaripun. Jadi, sentiasalah berfikir positif dengan diri sendiri.


Rabu, 15 Januari 2014

Nak On Boleh Nak Off Pun Boleh

Alhamdulillah, sempena maulidur rasul S.A.W, jom kita sama-sama selawat;




Pada tarikh penuh barakhah ini juga, Cik Bintang telah melancarkan hari pembukaan Sihat Store yang selama ini dijalankan secara online dan kini boleh dikunjungi secara offline juga. Tahniah Cik Bintang. Semoga langkah ini maju setapak lagi ke hadapan.

Berikut antara gambar yang sempat diambil sepanjang persediaan kemunculan Sihat Store secara offline ni.

acara menyusun barang di rak

Sihat Store...abaikan kesilapan ejaan yang ada hhu hu hu hu

masih banyak ruang belum isi

gigih menyusun memalam buta

adik hensem ini bantu kami memanjat gantung bunting

atas sikit lagi...okehhhh, cantikkk!

Jamuan ditaja oleh Hidangan Selera Katering yang menyediakan mehun goreng, nasi impit kuah kacang dan dua jenis kuih selain teh tarik yang sedap. Hari tu juga Cik Anyss Je tetiba terrajin masak mi goreng, selain rakan-rakan yang datang membawa lebih banyak hidangan seperti puding roti, puding buah-buahan, dan macam-macam kuih muih hingga meja perlu disambung. Jamuan berlangsung hingga makanan habis menjelang petang.

ustaz kecik tunggu giliran ambil makanan untuk bonda...calon menantu ni!

antara hidangan terhidang

antara tetamu yang hadir menjamu selera...anak dara semua makan kat dalam ;)

bila jejaka hensem datang beri semangat...memang berapi-rapi kobaran semangat itu

yang Terlajak Laris juga dia intai ;)

pilih....jangan tak pilih

antara pelanggan awal Sihat Store

Masih banyak yang belum lengkap dan belum siap. Masih banyak produk masih belum masuk terutama produk Terlajak laris seperti Harum Malam dan beberapa produk lain. Namun begitu, semua produk yang ditawarkan Sihat Store secara online boleh didapati secara offline di Sihat Store B2-G Acacia Avenue, Taman Jati, Bandar Baru Nilai. Dekat dengan USIM ya…bagi rakan-rakan yang berada di kawasan sekitar, bolehlah ke Sihat Store untuk dapatkan barangan keperluan. Antara produk yang sempat aku tangkap adalah;




Maklumnlah, semua orang kelam kabut bersimpang siur, terlupa pulak nak ambil gambar dengan jelas setiap produk yang ada. Namun, antara produk yang panas adalah produk Anugerah dan Terlajak Laris itulah! 

Sedikit masa lagi satu produk istimewa akan muncul iaitu;


Yaaaa sangat lazat itu Lasangsa. Boleh dipanaskan di Sihat Store dan terus makan atau bawa balik. Memang berbaloi-baloi dengan harga pengenalan Lasangna Sedap Sihat Store menawarkan hanya RM11.90 sahaja dengan isinya yang kaya dengan daging itu. Aku suka yang daging, yang ayam aku tak boleh komen sangat sebab belum sempat nak rasa lagi. 

Silalah ke Sihat Store dan like page tersebut beramai-ramai. Boleh order online bagi produk tertentu, Lasangna tu macam tak sesuai je nak guna Pos Laju huhuhuhu karang habis aku yang makan dulu huhuhuhu ataupun boleh juga datang sendiri ke kedai yang terletak di B2-G Acacia Avenue, Taman Jati, Bandar Baru Nilai.

Kepada Cik Bintang, langkah kedua dah diatur...teruskanlah melangkah dan berlarilah. Kalaupun daku tak larat nak berlari, daku akan jadi tukang tiup wisel untuk pastikan dikau tidak terbabas dari garisan. Boleh gitu? Kira halallah ya...selamat berjuang. Chaiyokkkk!!!!



Isnin, 13 Januari 2014

Suka Kerja Pejabat Tanah

Makcik ada cerita pengalaman dia berurusan di kaunter pejabat tanah di Kota Bharu. Ketika itu, arwah pakcik Ya dah meninggal setahun tetapi urusan harta pusaka masih juga tertangguh-tangguh. Macam-macam alasan. Belum campur lagi dengan gaduh-gaduh rebut dikalangan waris.

Menurut makcik, dia terlewat ke pejabat tanah itu kerana perlu sabit rumput untuk kambingnya dahulu. Kang kebulur kambing tu, mati ke apa…siapa yang susah? Dah tentulah dia jugak!

Makcik sampai di pejabat tanah tu lebih kurang jam 12.15 tengahari, tetapi grill di kaunter tersebut sudah diturunkan separuh menandakan kaunter dah tutup. Walaupun begitu, masih terdapat seorang anak muda kusyuk membaca akhbar di situ.

Bila makcik beritahu nak dapatkan tanda tangan pegawai, terus sahaja anak muda itu beritahu “makcik mari semula pukul dua deh,” tanpa memandangpun orang tua ni, tanpa ambil dan bacapun surat yang makcik bagi. Maklumlah, makcik aku tu orang kampong, pakai pun macam cara orang kampong juga. Macam aku jugaklah tu kan…berserabai.

“Lamonya nak tunggu pukul dua anok weh…makcik nok sign sikit jah eh,” kata makcik lagi.
“Makcik…pukul dua pong belum tentu bos masuk. Esoklah makcik mari pagi-pagi lagi,” sambungnya semula. Masa tu dia pandang muka makcik.
“Nak mari pagi-pagi lagu manolah makcik ni…payah kenaikan (kenderaan). Rumah jauh masuk dalam. Kena jalan kaki dua tiga batu anak oiii. Sapa jalan besar baru buleh naik bas. Kalu mari esok pun, masa lagu ni jugak makcik sampai,” makcik mula buat muka kesian.

Anak muda itupun ambil dan baca borang apa benda yang makcik bawa. Menurutnya borang tu tak lengkap dan perlukan borang tambahan yang lain. Tanpa bangun dari kerusi, dia tolak kaki ke meja dan gerakkan kerusi beroda dia tu ke arah kotak berisi borang. Kemudian dia tunjal pula kaki rak tersebut hingga gerakkan badannya yang berada atas kerusi itu merapat ke kaunter setelah dia ambil borang tersebut.
“Kalu makcik ngaji tinggi, makcik pun nak kija sini…tak payah jalan. Duduk atas kerusi pun boleh gi rata riti,” kata makcik (menurutnya masa cerita dengan kami, dia sebenarnya perli budak tu).

“Makcik patutnya mari dengan semua waris ni…bawak semer anak-anak, baru bos buleh sign,” katanya kemudian.
“Lagu mano makcik nak bawak…anak-anak makcik kija jauh belaka. Sorang tu pegawai JKR dok Labuan, sorang pegawai JPJ di Sungai Petani, anak nombor lima tu cikgu di Kuala Lumpur. Payahlah nak buleh semer cuti…musim raya je buleh balik,” balas makcik sengaja memancing.

Akhirnya makcik dapat juga tanda tangan pegawai yang diingini tanpa tunggu jam dua. Adalah pulak bosnya…tadi kata tak ada! Dah kisah itu berlaku lebih 5 tahun lepas, aku tulis ekoran dari entri kerja orang kaunter di entri lepas.

Sebenarnya, aku memang tak mampu untuk kerja di kaunter. Aku tak boleh nak melayan pelanggan sangat. Karang adalah orang kena hu huh u hu tapi, aku sangat kagum dengan beberapa orang yang aku pernah jumpa. Dia memang berbakat untuk berada di kaunter.

Orang yang berada di kaunter bukan sahaja perlu cekap berkerja dan manis senyumnya, tetapi tinggi ilmu komunikasinya. Tinggi tatatertibnya. Hebat pemahaman sosio budaya setempat. Kalau jenis hangin putting beliung macam aku ni, baiklah pergi cuci jamban je. Jangan nak mengada dok di kaunter.


Jumaat, 10 Januari 2014

Cerita Warga Antarabangsa Di Malaysia


Ada dua cerita berlaku petang semalam masa balik kerja. Selepas waktu kerja, aku ke Warta sekejap, selain bayar bil brukban, pergi jenguk kalau-kalau milo dan Nescafe tawarkan harga murah di Giant. Buah tangan untuk balik kampong nanti.

Ceritera 1

Balik dari warta aku singgah Petronas bila lampu merah menyala. Petrol dah nak kering. Aku disapa oleh seorang pakcik asal Thailand yang jual keropok ikan.

Pakcik: Kak…beli keropok. Macam-macam ikan ada blab la bla…
Aku: Taka pa, terima kasih…esok ambo kelik kampong, buleh beli
Pakcik: Tak ser tolong saudara sana ka?

Aku senyum sahaja. Tak beli bukan sebab dia panggil aku “kakak” tapi buat masa ini tidak diperlukan sangat. Musim semua barang keperluan NAIK walaupun ada operasi TURUN dijalankan, tetiba aku rasa terlalu pentingkan diri sendiri sedangkan di selatan Thai sana bom meletup sana sini. Subhanallah! Hati sedang diuji ketika itu.


Ceritera 2

Masa aku buka pintu pagar nak masuk rumah, aku disapa dengan ramah oleh seorang bibik yang sedang menolak anak asuhannya dalam kereta sorong bayi.

Bibik: Buk! Ada pakai bibik tak?

Awalnya aku kehairanan, hati kecil mula syak kalau-kalau ada orang perasan yang aku selalu balik lambat. Bahaya maaaaa kalau dah diperhatikan!

Bibik: Kalau misalnya ibuk mau bersih-bersih, boleh aje mintak sama bibik

Ayat keduanya buatkan aku rasa lega. Ohhhh dah kerja pun masih juga mahu buat kerja sampingan.

Aku tunda tawaran Bibik itu bukan sebab dia panggil aku “ibuk”, mungkin akan digunakan juga suatu hari nanti. Rumah majikannya selang sebuah rumah sahaja dengan rumah aku duduk ni. Kalau rasa malas, bolehlah aku pergi ketuk rumah tu.


Berdasarkan dua peristiwa yang aku alami dalam masa tidak sampai 10 minit antara keduanya itu, aku terfikirkan sesuatu. Mmmmm mereka gigih mengumpul dana hari tua. Di tempat asing pula.