Manusia memang tak pernah sempurna, selagi bergelar manusia. Namun, ramai juga yang tak insafi tentang ini, ya lah...ingat diri sendiri tu hebat aje...bagus aje, baik memanjang. Tambah-tambah lagi bila berada di puncak kan....kalau panjat gunung, memanjang je pandang langit cari mustari atau pluto terus, nak pandang ke bumi huhuhuhu gayattttttt!
Allah uji kita dengan macam-macam cara. Ada orang diuji dengan kesenangan, harta bertimbun-timbun tujuh ganerasi bermewah pun tak habis...macam Qarun. Akhirnya...lenyap hartanya ditelan bumi.
Ada orang Allah uji dengan kuasa, semua orang berlumba mengampunya. Semua orang mahukan restunya, mahu dia menyokong...macam Fir'Aun. akhirnya berkubur di tengah Laut Merah.
Ada orang Allah uji dengan Wanita, akhirnya Nabi Yusof ke penjara dek godaan isteri pembesar Mesir. Godaan kita memang tak sehebat Nabi Yusof, namun, setakat mana bersedianya kita menepis godaan si jelita? Tak percaya? Tunggu hampir Ramadhan nanti, berapa ramai sanggup bersesak penuhkan Bangi Sentral menunggu berejam-jam di butik-bukit sekitar Bangi...itu baru satu hal, belum hal lain lagi tu huhuhuhu
Macam-macam ujian lain lagi ada. Allah uji dengan kecerdikan dan pandai, tetapi berapa ramai yang tidak manfaatkan sepenuhnya kebijaksanaan itu? Allah beri sanjungan dan penghormatan, bukan sedikit orang jadi bongkak.
Paling sedih, Allah bagi sedikit sahaja kecerdikan, sedikit sahaja ilmu, sedikit sahaja kesenangan hidup...dan dengan anugerah yang sedikit itu dia bongkak. dia tak amanah. dia gila kuasa. dia lancang menghukum.
Mungkin dia tidak sedar, sebenarnya Allah sedang tarik EQ dia secara perlahan-lahan. Secara tak sedar. Dia tidak lagi memahami keperluan orang lain. Dia tidak lagi menjaga air muka orang lain. Dia tidak lagi pentingkan ummah, sebaliknya sedang membolot isi dunia ke dalam hidupnya.
Semoga kita tidak diuji sebegitu.