Khamis, 19 Disember 2013

Puting beliung Melanda Johor Bahru?


Tengah malam ni tersebar gambar-gambar puting beliung yang melanda Johor Bahru dan Singapura. Awalnya hanya sekeping sahaja aku nampak di facebook...gambar puting beliung berhampiran masjid sultan abu bakar Johor Bahru.

Tengah malamnya aku mula baca dan saksikan lebih banyak gambar dan video puting beliung yang melanda sekitar Johor Bahru. Silalah ke link berkenaan untuk tengok lebih banyak gambar. 

Semoga negara kita sentiasa aman dari malapetaka dan bencana alam. Setakat ini hanya tempias sahaja kita terima...

Rabu, 18 Disember 2013

Jangan Memain Sensiang Buta Ni Boleh Tak?


Tengah khusyuk atur ayat, telefon bunyi. Nombor tak kenal, tapi angkat jugak. Kot-kot ada orang nak sewa bilik kosong tu.

Dia: hello… (bukan salam ya)
Aku: ya…nak cakap dengan siapa?

Suara kena professional walaupun jawab telefon bimbit sendiri. Motifnya, masa kerja. Mana tahu kot bos kepada bos kepada bos kepada bos yang entah mana-manapun yang buat panggilan. Kang kantoi jawap tak professional payah pulak nak menjawab.

Dia: (gagap-gagap dan jawab dengan suara perlahan tak jelas dek telinga pekak badak aku ni)
Aku: ya…nak cakap dengan siapa?
Dia: Dengan awak boleh? (dengan suara perlahan dok tahan kentut gamaknya)
Aku: Awak ni siapa? (Suara nak mula naik…dah lah aku tengah banyak kerja. Ada la pulak nak main-main siang buta ni. Siang ke malam, tak payah nak main dengan aku, boleh? Masa untuk main-main dah lama habis dari hidup aku)
Dia:…errr…errr (gelabah dok fikir…kalau gelabah tu maknanya nak auta lah tu. Kalau betul, jawab je terus)
Aku: Saya tengah kerja ni…jangan main-main boleh tak? (Kang suara dah naik!)
Dia: Errr…sori…

Tau nak menikus!

Kalaupun kalian rasa nak buat surprise main cak! Cak! Tengoklah masa. Masa terlalu cepat berlalu untuk meneka siapa anda kecualilah anda tu Fahrin Ahmad ka, Ady Putra ka, Azlee Khairi ka, Sharnaz Ahmad ka...Anuar Zain ka…Remy Ishak ka, Khairy Jamaludin ka, lainlah nak romantic sensiang buta pun.

Haaaaa kan tak pepasal dah masuk entri!

Komen aku: Tak payah nak saperais bagai kalaupun dikau rasa macam nampak romantik bagai, biasanya benda-benda saperais ni kantoi tengah jalan kecuali saperais Cik Bintang nengok Hobit je nampak comey tak boleh kesan huh u huh u itupun selepas dua tiga kali kantoi!



Rindu Yang Tak Terkata


Yaaaa...sangat rindu anak tekak ini untuk makan benda ni;

katanya Durian Tangkak Tembaga...errr betul ke tu?


Alahai tekak, boleh tak saboooo sikit? Durian sedap ni tak ke mana larinya kalau dah musim. Sekarang ni musim durian ke?


Selasa, 17 Disember 2013

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aminnn.

PRIMODANA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini, setelah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Orang Lama macam aku…ceeewahhhhh macam lama benar tu, pasti akan mengingati bakat allahyarham yang asalnya nama sebagai penyanyi pada era 70-an. Sampai sekarang aku paling suka lagu ni;



Lagu ni agak kerap juga diputarkan di radio Klasik Nasional. Klasik tak aku? Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem lain lakonan allahyarham adalah Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, manakala filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Di skrin televisyen banyak drama lakonannya seperti drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah, tapi aku paling suka lakonannya dalam drama Orang Gaji yang berjaya menggeletek urat perut aku.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Semakin ramai artis veteran meninggalkan kita seperti S.Samsuddin, Noreen Nor, Din Beramboi…bla bla bla


Komen aku: Arwah seorang yang kuat dan sangat memotivasikan orang disekelilingnya. Aku sangat kagum. Dan kita tak pernah tahu bila akan dijemput. Bersediakah?

Kebakaran Besar di Tawau


Kebakaran besar pernah berlaku di Sibu Sarawak bulan Jun lalu, hari ini kejadian tragis seperti itu terjadi di Tawau, Sabah pula.

Di Tawau, orang ramai hanya mampu melihat rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang memusnahkan 80 pintu daripada 10 blok rumah di Jambatan 1, Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di Tawau kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dan mengakibatkan ratusan penduduk di situ tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kebakaran tersebut, Api dikatakan bermula daripada sebuah kedai runcit yang terletak di bahagian hadapan kampung terbabit sebelum merebak ke hampir keseluruhan kampung daripada blok A hingga ke blok H kampung berkenaan.

Tiga jentera bomba dan tiga kenderan utiliti serta 30 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Kebakaran dapat dikawal hampir dua jam. Bomba mengalami kesukaran memadam api disebabkan kedudukan rumah yang rapat dan keadaan berangin ketika kejadian, tetapi keadaan air sungai pasang banyak membantu.