Anda Juga Mungkin Berkenan

Selasa, 4 Jun 2013

S. Shamsuddin Meninggal Dunia


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aminnn.

Sejak tengah hari tadi lagi, dah menular banyak status di FB tentang kematian pelakon komedi S. Shamsuddin atau lebih di kenali sebagai Sudin dalam filem-filem melayu. Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Masa tu aku kena kurung dan kena serang hendap dengan pelbagai lontaran komen, kritikan dan penambahbaikan projek, jadi tak sempat nak buat entri baru. Baru sekarang sempat, selepas bengkel berkenaan siap awal dari jadual asal. Esok belum tentu boleh balik awal.



Berita kematian S.Samsuddin
dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin. Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus. Selain keempat-empat filem itu, banyak juga filem dibintangi Pak Sudin seperti menjadi penyamun bersama-sama Aziz Sattar dalam Nujum Pak Belalang atau sebagai pencerita menerusi filem Tiga Abdul.

Biarpun terkenal dengan watak komedi, Pak Sudin sebenarnya pernah memegang peranan serius dan berat seperti menjadi Hang Lekir dalam filem Hang Tuah atau menjadi kawan serumah Ghazali (P.Ramlee) bernama Sudin dalam filem Antara Dua Darjat.

Malah, dalam pembabitan awal sebagai pelakon, Pak Sudin tidak ditampilkan sebagai pelakon komedi. Misalnya, dalam filem Istana Impian arahan V.Girimaji pada 1953, Pak Sudin memegang watak bernama Sulung iaitu seorang yang baru memiliki kekayaan menjadi bongkak dan sering menghina orang yang tidak setaraf dengannya terutama terhadap Salim (lakonan Allahyarham Ahmad Mahmud) dan Sapiah (Allahyarham Saadiah).

S. Shamsudin atau Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, pada 1 Januari 1929. Bapanya, Dali Kechik berasal dari Melaka, manakala ibunya pula, Khatijah Ahmad dari Geylang, Singapura. Sebelum menceburi lakonan, S.Shamsudin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi buruh kasar. Arwah memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka arahan B S Rajhans pada 1948 sebagai pelakon tambahan. Selepas itu ditawarkan berlakon dalam filem Aloha pada 1950 dengan peranan sebagai kawan baik P Ramlee (Allahyarham Tan Sri).

Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950. Daripada pekerja biasa di di Studio Malay Film Production (MFP), Sudin dinaikkan taraf sebagai pelakon dengan kontrak awal selama tiga tahun.

Bintang Sudin terus bersinar apabila menjadi pelakon utama dalam filem Tas Tangan Wanita arahan L.Krishnan (Datuk) pada 1952 yang turut membariskan Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak. Lakonannya terus meningkat apabila P.Ramlee untuk pertama kalinya mengarahkan filem komedi pada 1957 iaitu Bujang Lapok. Dalam filem itu, Sudin adalah antara tunjang utama selain P.Ramlee sendiri dan Datuk Aziz Sattar. Selepas kejayaan besar Bujang Lapok, P.Ramlee melanjutkan watak Bujang Lapok dengan tiga filem seterusnya iaitu Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.



Sebuah lagi yang menampilkan kekuatan Sudin ialah Antara Dua Darjat pada 1960. Filem itu menampilkan watak Sudin yang agak serius walaupun masih ada unsur komedi. Apabila MFP di Singapura di tutup, Sudin berlakon dalam filem Keluarga Si Comat arahan kawan akrabnya, Aziz Sattar pada 1975. Sehingga kini Pak Sudin sudah berlakon hampir 40 filem dengan filem terakhir yang dibintanginya ialah Pontianak Harum Sundal Malam pada 2005.

Allahyarham S.Shamsudin telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak dan 14 cucu. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa.

Baru semalam tengok lakonan arwah di TV2 kan, tetiba hari ni dia dipanggil pulang. Sebutir lagi bintang seni gugur. Sebuah kehilangan yang tiada gantinya.

3 ulasan:

Marina Monroe @Nanie berkata...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Alfatihah

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,

bunda dapat tahu pun tengahari semalam bila terbaca dalam blog...

Tihara berkata...

al Fatihah..