Memaparkan catatan dengan label artis veteren. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis veteren. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aminnn.

PRIMODANA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini, setelah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Orang Lama macam aku…ceeewahhhhh macam lama benar tu, pasti akan mengingati bakat allahyarham yang asalnya nama sebagai penyanyi pada era 70-an. Sampai sekarang aku paling suka lagu ni;



Lagu ni agak kerap juga diputarkan di radio Klasik Nasional. Klasik tak aku? Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem lain lakonan allahyarham adalah Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, manakala filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Di skrin televisyen banyak drama lakonannya seperti drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah, tapi aku paling suka lakonannya dalam drama Orang Gaji yang berjaya menggeletek urat perut aku.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Semakin ramai artis veteran meninggalkan kita seperti S.Samsuddin, Noreen Nor, Din Beramboi…bla bla bla


Komen aku: Arwah seorang yang kuat dan sangat memotivasikan orang disekelilingnya. Aku sangat kagum. Dan kita tak pernah tahu bila akan dijemput. Bersediakah?