Sabtu, 16 November 2013

Perlu Ke Drama TV Tayang Adegan Gaduh Bunuh Dan Rogol?


Apa pengajaran yang penonton boleh dapat? Supaya tak merogol? Supaya tak gaduh? Supaya tak bunuh orang?

Selesa ke ibu bapa tonton drama di TV yang ada adegan gaduh-gaduh, belasah orang, ada kekerasan, ada adegan rogol bersama anak-anak?

Bila anak-anak Tanya; “Mak, kenapa perempuan tu jerit?”, adakah kita sebagai ibu bapa akan jawab “dia kena rogol, nak”.

Maka bertanyalah lagi anak-anak kecil ni “Rogol tu apa?”

Mak atau bapa nak jawab apa?

Bila budak-budak sekarang dok bergaduh bantai orang, dok merogol anak dara orang atau dok bunuh orang, kita nak salahkan siapa? Jangan dok kata TV tak salah bila tayang dengan terperinci bagaimana cara nak rogol perempuan (setakat ni belum ada lagi adegan rogol lelaki), cara bagaimana nak bunuh orang, cara bagaimana nak bantai budak, cara laki bantai bini.

Seni memanglah seni, namun bukankah ada batasnya. Dan…hanya akukah yang kurang daya seni?



Jumaat, 15 November 2013

Satu Tarikan Nafas Selamatkan Dari Hasutan Syaitan


Sempena hari Jumaat, moga catatan ini bermanfaat.

Lokasi kejadian: Pejabat penjawat awam
Tempat: Bangi
Masa: jam 4.15 petang

Satu petang yang mendung, telefon sebelah aku bordering. Pada deringnya yang ke dua aku dah angkat. Telinga menangkap bunyi gelak ketawa di hujung sana. Meriah benar!

Cik Kak Suara tak merdu: Ni Fairus ek…bukan ek?

Mmmmm Nampak benar dia tak ada ilmu komunikasi yang sepatutnya. Beginikah cara penjawat awam berkerja? Akupun penjawat awam juga…boleh aje pun berformal untuk urusan rasmi.

Aku yang cuba control ayu: Assalamualaikum, cik nak bercakap dengan siapa ya?
Cik Kak Suara tak merdu: Fairus…Fairus ada?

Kalaulah dia tahu apa itu komunikasi formal, dia akan tahu nada suara bagaimanakah sepatutnya diutarakan, bukannya sama nada dengan berbual dengan rakan-rakan di pasar malam atau semasa acara mencari kutu di tangga.

Aku yang cuba control ayu: Minta maaf, salah nombor…
Cik Kak Suara tak merdu: Ni kat mana? Siapa ni?

Aku yang cuba control ayu: salah nombor ya cik…di sini tak ada sesiapa bernama Fairus.
Cik Kak Suara tak merdu: Ni siapa? Siapa nama? Pejabat dekan? Pensyarah?

Apa yang kalut sangat tu kak? Engkau tu salampun tak bagi, apa lagi kenalkan diri, usah salahkan orang andai tidak selesa untuk nyatakan nama sendiri.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan hingga dada betul-betul kosong. Mulut memang dah terbuka untuk beri syarahan perdana.

Cik Kak Suara tak merdu: Nama pun tak boleh nak bagi tahu? Tak boleh tahu? Apa kes nak bagi tahu nama pun tak boleh?

Aku syak, wajahnya pun tak ayu mana berdasarkan suara dan tuturnya macam makcik jual nasi kerabu kat pasar malam tu. Dan, ketika perkataan pertama mahu kututurkan, otak tiba-tiba menghantar isyarat “tak payahlah melayan makcik tu, kalau ilmu komunikasi lisan pun dia tak ada…apa boleh kita jangka dia ada pHD ke apa yang reti terima syarahan perdana engkau nak bagi tu. Makin layan, engkau yang meroyan nanti,”

Baik tak otak aku? Dengan jasa otak yang pantas itulah makanya aku hanya diam sahaja hingga dia hempas telefon. Ya, dia hempas telefon. Telefon milik Kerajaan Malaysia. Mmmmmm barangkali dia dah tak ada mood nak sambung semula gelak tawanya sebelum telefon aku tu.

Nasib baik hanya di telefon, bukan bersemuka. Kalau tak...mmmm kalau tak aku sendiri tak tahu adakah syaitan yang direjam itu tergoleh kehampaan atau terguling bergelak ketawa meraikan kemenangan bila aku tidak Berjaya mendidik otak sendiri.
 
Alhamdulillah. Dengan satu tarikan nafas, memberi sedikit ruang biarpun hanya beberapa saat dan menyelamatkan aku dari hasutan syaitan yang direjam. Niat asalnya nak bagi syarahan perdana kepada pemanggil yang tak ada ilmu komunikasi itu. Hanya dengan satu jeda melalui tarikan nafas, aku Berjaya mengekang nafsu dari menyakiti minda dan hatinya.

Aminnnn ya Allah. Bila letak gagang telefon, aku bagaikan nampak setan jantan dan setan betina terguling-guling kehampaan. Yeahhhhh! Aku menang kali ni!



Khamis, 14 November 2013

Berdebar-Debar Sejak Minggu Lepas


Hari ni ramai ibu bapa tak sedap duduk. Tak lena tidur sejak minggu lepas pun ada. Memasing lebih berdebar-debar berbanding anak-anak yang berada di tahun enam dan telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013. Anak-anak mereka ni Nampak tak kesahpun. Mak ayah yang lebih ya!

Itu mak bapak. Macam mana pulak dengan makciknya ni? Sama lah jugak berdebarnya. Berdebar ada makna tu!

Hari ni, pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013 akan mendapat keputusan peperiksaan itu di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Masa si Angah dapat keputusan UPSR tahun 2011, aku yang pergi teman dia, kali ni giliran si Fahmi pulak. Dah tentulah ummi dan abah depa yang ambik.

Selain mendapatkan keputusan peperiksaan UPSR 2013 menerusi sekolah masing-masing, calon boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui sistem pesanan ringkas MySMS 15888 dengan menggunakan format penghantaran seperti berikut;

Taipkan: UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888

Contoh

UPSR AZ1211221 sms ke 15888


Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 November dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 November 2013


Kenapa pulaklah makcik ni pulak yang berdebar lebih?

Kalau baca entri aku yang lepas di tajuk Graduasi Pada Hari Terakhir Sesi Persekolahan akan tahu sebabnya. Tahun ni pula, seorang anak buah aku duduki peperiksaan UPSR iaitu si Fahmi, manakala Syafik pula duduki peperiksaan PMR. Gamaknya berapa banyak makcik kena sediakan imbuhan untuk mereka ya?

Harap-harapnya, bonus setengah bulan gaji penjawat awam dapat ketika pembentangan Bajet 2014 lepas boleh menampung kos tu. Mmmmmm bayangkan kalau si Syafik tu dapat 9A dan si Fahmi pula dapat 5A…harus terjelepek makcik nak cari RM1400 ni…berdebar-debar tak? Dah tentulah makcik akan terlebih debarnya huh u huhuhu

Apapun, kena tunggu petang lah ya untuk tahu keputusan UPSR 2013 Fahmi.


Rabu, 13 November 2013

Aksi Panjat Memanjat!


Gigih tak dia?


Lantai Kompleks KDN Air Keroh merekah


Alamak! Berita panas ni! Berita gempar ni!

Tak sabar nak tunggu hari sing baca berita ni.

Di AIR KEROH, Kira-kira 1,000 orang kakitangan termasuk orang awam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan mengosongkan bangunan itu, petang semalam setelah didapati sebahagian jubin lantai di sebuah bilik di tingkat empat bangunan KDN itu didapati merekah.

Kejadian berlaku di sebuah dewan makan apabila jubin lantai retak dan pecah sepanjang tiga meter. Ketika kejadian 2.30 petang itu, kira-kira 20 pekerja yang berada di dewan tersebut terdengar bunyi letupan kecil menyebabkan mereka berlari meninggalkan dewan di tingkat empat kompleks berkenaan.

Semua kakitangan dan orang awam diarahkan mengosongkan bangunan terbabit kira-kira jam 3.15 petang. Berdasarkan pemeriksaan pasukan bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di kompleks itu kemudian mendapati tiada kerosakan serius pada struktur bangunan. Kesemua lapan jabatan di kompleks itu dibenar beroperasi seperti biasa hari ini.

Walau bagaimanapun, pakar forensik JKR akan menjalankan pemeriksaan lanjut bagi menilai keselamatan bangunan itu. Kena tunggu berita ni!