Memaparkan catatan dengan label cara komunikasi lisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara komunikasi lisan. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2013

Satu Tarikan Nafas Selamatkan Dari Hasutan Syaitan


Sempena hari Jumaat, moga catatan ini bermanfaat.

Lokasi kejadian: Pejabat penjawat awam
Tempat: Bangi
Masa: jam 4.15 petang

Satu petang yang mendung, telefon sebelah aku bordering. Pada deringnya yang ke dua aku dah angkat. Telinga menangkap bunyi gelak ketawa di hujung sana. Meriah benar!

Cik Kak Suara tak merdu: Ni Fairus ek…bukan ek?

Mmmmm Nampak benar dia tak ada ilmu komunikasi yang sepatutnya. Beginikah cara penjawat awam berkerja? Akupun penjawat awam juga…boleh aje pun berformal untuk urusan rasmi.

Aku yang cuba control ayu: Assalamualaikum, cik nak bercakap dengan siapa ya?
Cik Kak Suara tak merdu: Fairus…Fairus ada?

Kalaulah dia tahu apa itu komunikasi formal, dia akan tahu nada suara bagaimanakah sepatutnya diutarakan, bukannya sama nada dengan berbual dengan rakan-rakan di pasar malam atau semasa acara mencari kutu di tangga.

Aku yang cuba control ayu: Minta maaf, salah nombor…
Cik Kak Suara tak merdu: Ni kat mana? Siapa ni?

Aku yang cuba control ayu: salah nombor ya cik…di sini tak ada sesiapa bernama Fairus.
Cik Kak Suara tak merdu: Ni siapa? Siapa nama? Pejabat dekan? Pensyarah?

Apa yang kalut sangat tu kak? Engkau tu salampun tak bagi, apa lagi kenalkan diri, usah salahkan orang andai tidak selesa untuk nyatakan nama sendiri.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan hingga dada betul-betul kosong. Mulut memang dah terbuka untuk beri syarahan perdana.

Cik Kak Suara tak merdu: Nama pun tak boleh nak bagi tahu? Tak boleh tahu? Apa kes nak bagi tahu nama pun tak boleh?

Aku syak, wajahnya pun tak ayu mana berdasarkan suara dan tuturnya macam makcik jual nasi kerabu kat pasar malam tu. Dan, ketika perkataan pertama mahu kututurkan, otak tiba-tiba menghantar isyarat “tak payahlah melayan makcik tu, kalau ilmu komunikasi lisan pun dia tak ada…apa boleh kita jangka dia ada pHD ke apa yang reti terima syarahan perdana engkau nak bagi tu. Makin layan, engkau yang meroyan nanti,”

Baik tak otak aku? Dengan jasa otak yang pantas itulah makanya aku hanya diam sahaja hingga dia hempas telefon. Ya, dia hempas telefon. Telefon milik Kerajaan Malaysia. Mmmmmm barangkali dia dah tak ada mood nak sambung semula gelak tawanya sebelum telefon aku tu.

Nasib baik hanya di telefon, bukan bersemuka. Kalau tak...mmmm kalau tak aku sendiri tak tahu adakah syaitan yang direjam itu tergoleh kehampaan atau terguling bergelak ketawa meraikan kemenangan bila aku tidak Berjaya mendidik otak sendiri.
 
Alhamdulillah. Dengan satu tarikan nafas, memberi sedikit ruang biarpun hanya beberapa saat dan menyelamatkan aku dari hasutan syaitan yang direjam. Niat asalnya nak bagi syarahan perdana kepada pemanggil yang tak ada ilmu komunikasi itu. Hanya dengan satu jeda melalui tarikan nafas, aku Berjaya mengekang nafsu dari menyakiti minda dan hatinya.

Aminnnn ya Allah. Bila letak gagang telefon, aku bagaikan nampak setan jantan dan setan betina terguling-guling kehampaan. Yeahhhhh! Aku menang kali ni!