Alamak! Berita panas ni! Berita gempar ni!
Tak sabar nak tunggu hari sing baca berita ni.
Di AIR KEROH, Kira-kira 1,000 orang kakitangan termasuk orang awam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan mengosongkan bangunan itu, petang semalam setelah didapati sebahagian jubin lantai di sebuah bilik di tingkat empat bangunan KDN itu didapati merekah.
Kejadian berlaku di sebuah dewan makan apabila jubin lantai retak dan pecah sepanjang tiga meter. Ketika kejadian 2.30 petang itu, kira-kira 20 pekerja yang berada di dewan tersebut terdengar bunyi letupan kecil menyebabkan mereka berlari meninggalkan dewan di tingkat empat kompleks berkenaan.
Semua kakitangan dan orang awam diarahkan mengosongkan bangunan terbabit kira-kira jam 3.15 petang. Berdasarkan pemeriksaan pasukan bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di kompleks itu kemudian mendapati tiada kerosakan serius pada struktur bangunan. Kesemua lapan jabatan di kompleks itu dibenar beroperasi seperti biasa hari ini.
Walau bagaimanapun, pakar forensik JKR akan menjalankan pemeriksaan lanjut bagi menilai keselamatan bangunan itu. Kena tunggu berita ni!