Jumaat, 4 Oktober 2013
Kalau hati selembut kapas...
Ada orang suka bergurau
Macam-macam gurauannya termasuk kutuk keji kaw kaw jatuhkan air muka orang
Kononnya gurau kasar itu tanda kemesraan, lambang keakraban
Maka kitapun buat-buat tidak kesah
Maklumlah dia kan kawan akrab kita, kawan mesra kita
Rasa hati letak tepi, kasar guraunya pun kita gelak juga
Sambil tutup guris calar di hati
Karang kata tak sporting pula
Namun orang yang itu juga
Tiba-tiba sentap bila kita bergurau
Sama kasar macam guraunya…ingatkan kebal hatinya
Selama ini dok bergurau tahap carut maki dan hina
Belum sempat kita kutuk, apalagi maki dan hina,
Carut apatah lagi…
Kalau hati selembut kapas
Patutnya lidah sehalus sutera
Kalau terhempas, tidaklah hati retak serpih!
Khamis, 3 Oktober 2013
Gigih Qada Tidur Yang Tertunda
Sekarang tengah usaha untuk stabilkan semula waktu tidur. Dah bertahun-tahun aku makan tak menentu tidur tak macam orang. Nak kata macam burung hantupun tak juga, sebab burung hantu akan tidur siang hari dan berjaga malam. Tapi kes aku, siang dan malam memang paksa diri untuk tak tidur.
Akhirnya, memang susah nak stabilkan semula. Ingatkan seminggu dah boleh okey, rupanya telahan aku tak benar sama sekali. Kalau dah biasa tidur dua jam sahaja sehari dan tiga kali seminggu tak akan tidur semalaman, makanya…mata akan keras kejung untuk lelap walaupun tanpa bantuan kafein. Sangat rindu untuk minum neskefe dan kopi puteh tau!
Biasanya, bila tahap ketidakcukupan tidur itu terlalu tinggi, aku akan lebihkan tidur selama dua hari. Lebih tidur di sini bermaksud tidur selama empat ke lima jam sehari. Selepas dua hari, akan kembali semula tidur dua jam sehari. Gitulah kekdahnya. Bila nak betulkan semula waktu tidur itu…nak tidur empat jam sehari macam orang lain….(errrrr berapa jam ya kalian tidur? Betul ke empat jam?) mata tetap tak mahu lelap walaupun aku dah mula elak kafein bagai. Akhirnya, paling awal tidur jam 1.30 pagi. Awal lah tu kan?
Masalahnya, tidur yang tidak menentu itu menyebabkan siangnya aku jadi terlebih mengantuk. Fuhhhhh! Masa tak cukup tidur ari tu, tak adalah mengantuknya sebegini hu huhuhu dugaan!
Malamnya pula mata celik besar tak mahu lelap. Lagi satu masalahnya adalah: kemalasan telah melanda pada aras paling maksimum. Rasa nak golek-golek tak mau buat apa-apapun sepanjang masa. Kalau boleh, makan pun tak mau suap. Boleh gitu?
Jadinya, produktiviti telah menjunam. Tak suka macam tu!
Tidur itu nikmat yang tak terhingga, silalah hargainya sebelum hilang...
Rabu, 2 Oktober 2013
Pencuri Kasut di Bangi
Subhanallah...semua bendapun nak curi?
Kasutpun dah jadi barang berharga semenjak dua menjak ni. Nasib baik selipar Jepun aku kat luar rumah tu tidak mengundang iri hati sang pencuri.
Perangai Tak Senonoh
Aku selalu anggap apa yang orang lain buat semua tak kena;
Bila orang diam, aku anggap dia setuju
Padahal dia dah malas nak layan keras kepala aku tu
Bila orang pot pet pot pet aku anggap dia banyak songeh
Padahal dia hanya ceritakan situasi dirinya
Agar aku lebih memahami dirinya
Bila orang bagi saranan aku anggap dia perasan pandai
Nak berlagak tunjuk hebat depan akulah tu,
Padahal dia sebenarnya sedang berusaha untuk membantu aku
Bila orang nasihat aku anggap orang tu perasan baik
Tunjuk alim berlagak penghuni syurga
Padahal dia dah cemuih tengok lagak aku ni
Macam tak sedar hidup akan mati kemudian hari
Kalau sebut begitu, aku tempelak pulak “kubur asing-asing”
Memang ya pun kubur masing-masing, hebat macam manapun
Bila mati bukannya aku boleh gali kubur sendiri
Bukan boleh golek masuk kubur sendiri atau timbus sendiri
Tapi perasan termalu punya pasal, cakap aje macam tu…kaverline konon!
Bila orang kritik, aku anggap dia sengaja cari pasal
Padahal dia sedang cuba beri pandangan dari sisi yang aku tak Nampak
Nanti bolehlah aku betulkan keadaan semula
Bila orang marah, aku anggap dia kurang ajar
Kot ya pun ada masalah takkan tak boleh sabar sikit?
Padahal, dah berkurunpun dia sabar dengan kerenah kita
Makin dia sabar, makin pelik pulak perangai kita tegakkan benang yang basah
Bila orang tak komen apa-apa aku anggap dia tak produktif,
Jenis tak boleh pakai punya orang tau harapkan orang lain saja,
Hanya reti terima seadanya sahaja apa yang berlaku
…spesies redha tanpa usaha, sedangkan aku sebenarnya tak tahu
Dia sedang menahan perasaan dengan kerenah perasan betul aku ku
Akhirnya, aku tetap juga anggap aku sahaja yang betul
Tak kira apa tindak balas orang, apa komen orang apa nasihat orang
Yang penting aku nak rasa terhormat dan hebat.
Apa nak buat!
Nampak gayanya setan memang dah berjaya jalankan tugas dia
Selasa, 1 Oktober 2013
Kena Boikot Secara Beramai-Ramai
Balik dari acara makan-makan rumah auntie nanie (acara makan-makan berkenaan telah ditulis Kakcik Seroja, tengah tunggu Auntie Nanie pulak tulis entri), banyak sms dan miscal ada kat telefon. Sampai rumah, nak buat panggilan tak boleh. Nak reply sms tak dapat. Bila masuk panggilan, nak jawab pun tak boleh. Pendek kata, semualah tak boleh. Tak ada yang boleh!
Semua tak berfungsi. Facebook tak boleh buka. Pendek kata semua bendalah tak berfungsi. Keras kejung lagu tu je. Nak off pun bukan main siksa lagi. Penat dok tekan pun tak mahu shut down.
Dah dapat matikan, bila dah on semula masih juga wengggg! Hishhhh! Rasa nak baling je…dan, memang baling je pun lepas tu! Terbukti kan aku baran! Bukan mudah nak kawal baran ni, kena tahu juga apa nak buat bila jiwa kacau.
Akhirnya dapat guna dengan kecacatan mental 50%. Hanya beberapa program sahaja masih okey, yang lainnya kena buang dan install semula. Kiranya, habislah semua program games yang jadi kegemaran anak-anak buah aku tu, iQuran dan terjemahan juga kena download semula.
Akhirnya, hanya candy crush saga sahaja yang aku download semula…games yang lain dah tak ada. Malas dah nak download walaupun nanti kesian lah pulak bila anak buah mintak nak main nanti, tetiba semua game dah tak ada. Mmmmm kena download jugak kot satu dua, tak sampai hati nak tengok mata kecewa dia orang tu.
Bukan hanya telefon cap ayam ini je buat perangai, tab pun buat hal jugak. Baru hari tu perasan ada beberapa komponen tak berfungsi. Sebelum ni tak kerap guna sangat sebab lebih banyak guna telefon cap ayam dan laptop. Aduhaiiiiii! Macam mana nak buat?
Akhirnya, aku tarik bantal. Tarik selimut. Qada tidur yang belum berbayar huh u huh u
Mmmmmm sentiasa hepi ya auntie, moga auntie sentiasa sihat ya.
Langgan:
Catatan (Atom)