Selasa, 10 Julai 2012

Tiket Perlawanan QPR Vs Kelantan Dibuka Untuk Jualan


Fuhhhhh nama pasukan pun macam atromen taro pulak
Satu QPR, Queens Park Rangers, satu lagi TRW, Kelantan The Red Warriors
Perlawanan melibatkan juara Liga Super dan Piala FA 2012
fuhhhh mana boleh lupa meriahnya bila Kelantan menang piala FA
Pasukan mana lagi kalau bukan Kelantan kan
dan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers
akan berlangsung pada 20 Julai di Stadium Shah Alam
pada pukul 9.15 malam

perlawanan antara Kelantan menentang Queens Park Rangers
boleh mendapatkan tiket berharga RM73 (utama), RM53 (terbuka)
dan RM33 (tingkat atas)
Tiket boleh didapati di AirAsia RedTix
di laman web, www.airasiaredtix.com
atau beli terus di KL Live Centre, Rock Corner Gardens,
Mid Valley, Suria KLCC, Subang Parade, The Curve, One Utama
dan Victoria Music di Sungai Wang Plaza, Amcorp Mall,
Tropicana City Mall dan Bangsar Shopping Centre.

Mahal gilerrrrrr! Dah boleh beli baju raya tu
ada sesiapa dah beli?
ada siaran langsung tak?
apa-apapun, gomo tetap gomo ya
kalau TRW Berjaya libas QPR…Fuhhhh!!! Gempak gilerrr!

PssssTTTT:
Seorang pembeli tiket yang membeli tiket awal iaitu sebelum 15hb Julai 2012
berpeluang untuk memenangi sekali seumur hidup iaitu:

1) Naik taraf tiket kepada tiket VIP
2) Penginapan satu malam di hotel Saujana bersama pasukan TRW dan QPR
3) Sarapan pagi bersama pasukan TRW dan QPR

Pemenang akan diumumkan pada 17hb Julai 2012
dan hanya mereka yang membeli tiket SEBELUM 15hb sahaja layak.
Apa tunggu lagi??????

Nota: No siri tiket pemenang akan diumumkan dalam Facebook page ini;
Kelantan TRW vs Queens Park Rangers

BR1M kali kedua? Vaucer Buku Kali Kedua Tak Ada?


cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua
sedang dipertimbangkan, kata Menteri Kewangan Kedua,
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Pada 7 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mencadangkan kepada Kabinet untuk BR1M kedua
pemberian BR1M lalu dimanfaatkan oleh 4.33 juta isi rumah
dengan peruntukan berjumlah hampir RM2.16 bilion.
penerima BR1M masih boleh menebus baucar yang sebelum ini
sah laku sehingga 15 April tetapi dilanjutkan hingga 31 Julai ini.
Baucar itu boleh ditunaikan di kaunter bank,
Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan
Maybank di seluruh negara.

Errrr… BR1M je ke? Macam mana dengan Baucer buku?
memanglah aku bakal menjadi antara penerima KDS1M,
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang dianugerahkan kepada pelajar IPT
tapi kad tu lama lagi…lagi pula tak banyak sangat manfaatnya
diskaun buku kat MPH pun 10 peratus je
kalau bagi vaucer buku macam dulu tu
bebas sikit nak pilih kedai buku terutamanya terbitan DBP
diterima pakai pulak tu walaupun dah ada diskaun
tu baru betul-betul murah, paling tidakpun,
biarlah tersenarai juga barangan computer
macam pembelian computer ke, toner ke…
sebab pelajar macam aku ni lebih banyak guna kertas,
guna toner bertan-tan…dah lah mahal tu!
nampak macam tak bersyukur kan? bukan tak syukur
tapi kalau betul nak bagi, biarlah keperluan utama pelajar
diskaun 50% untuk kertas tulis, kertas cetak, toner,
alatan computer…berbanding 45% untuk songket
aku belum nak kahwin lagi untuk pakai songket bagai
opsssss! Nak kahwin…nak kahwin,
Cuma tak dan je huh u hu gedik! Gelenyar!



Golongan Kenamaan Layak Terima Nombor Pendaftaran Percuma


Terdapat 7 golongan kenamaan di negara ini layak mendapat nombor pendaftaran kenderaan percuma, iaitu;

1. Sultan termasuk Raja Perlis dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,
2. Yang Dipertua Negeri,
3. Raja Muda/Tengku Mahkota,
4. Perdana Menteri,
5. Timbalan Perdana Menteri,
6. Menteri Persekutuan dan
7. Menteri Besar/Ketua Menteri.


Komen aku: Errrr kalau aku nak dapat nombor pendaftaran percuma jugak macam mana ek?


Isnin, 9 Julai 2012

Rumah Ahli Korporat Dihujani Tembakan


Antara amukan suami isteri di Putrajaya dengan pedang samurai
yang berakhir dengan tembakan, cedera dan kematian
dan hujan peluru di rumah seorang ahli korporat
kepala jadi pening sekejab…macam mabuk neskepe ais pulak!

Polis telah temui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm
di rumah seorang ahli korporat akibat tembakan rambang suspek bertopeng
melepaskan tembakan secara rawak dalam kejadian di Subang Jaya SS19
kira-kira jam 4.45 pagi.
ahli korporat itu bersama keluarganya, dua orang tetamu
dan tiga pekerja sedang tidur.

Siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV),
seorang suspek bertopeng dilihat melepaskan tembakan rawak
mengakibatkan kerosakan dua buah kereta mewah dan
kesan tembakan pada dinding, tingkap rumah pula telah pecah.

Pengawal keselamatan bertugas di rumah mangsa menyangka
bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun sebelum menyedari
itu adalah amaran daripada suspek dan terus menghubungi polis

Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat
mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

Komen aku: semenjak dua menjak ni aku rasa sangat tak selamat
risau kalau-kalau kejadian sebegini perlu aku depani
walaupun aku tak punya rumah mewah, kereta mewah atau
tak pernah hidup mewah…


Amuk Dengan Pedang Samurai Di Putrajaya Nak Gulingkan Kerajaan. Seorang Meninggal


Seorang lelaki dan wanita [dipercayai] pasangan suami isteri,
cedera ditembak selepas membuat kecoh dan cuba menceroboh Kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri sambil bawa pedang samurai jam 2.30 petang tadi
lelaki bertubuh sasa itu berseluar jeans dan tidak berbaju,
pasangannya yang berhijab hitam masuk ke pondok pengawal keselamatan
pada pukul 2.30 petang, dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan
dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,
namun mereka bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil
dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas
tidak diendahkan memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya
cedera dibahagian peha kiri
mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Terkini 5.45 petang:
salah suspek lelaki yang mengamuk di Putrajaya meninggal dunia di hospital


Kemaskini 11.25 malam:

polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan
kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B,
suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta
jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
[laporan awal kata wira milik orang awam]

Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,
anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian
dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang
oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan
turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota
melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,

suspek lelaki, Khalil Afandi Hamid, 47 seorang penganggur berasal dari Petaling Jaya
cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan
manakala suspek wanita juga seorang penganggur,
berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita
menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mempunyai seorang anak
mengaku dirinya 'Imam Mahadi',"
maklumat yang diperoleh daripada suspek lelaki mengatakan,
isterinya yang bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
mempunyai dua orang anak, baru seminggu saling mengenali
[hebatnya dia, kenal seminggu dah kahwin…opsss!]

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis