Rabu, 4 Julai 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Diberi Automatik, Tak Perlu Mohon


Boleh tak kalau pilihanraya setiap tahun?
Hu hu hu semalam balik rumah dah 10.55 malam
Belum makan malam, belum lunch pun sebenarnya
Fuhhhhh bila nak kurus kalau makan pun tak teratur?
Hanya singgah 7E dan beli roti inti kaya (moga2 cepat kaya)
Sampai rumah terus melahap…fuhhhh kebuloQ ok!

Belum sempat mandi, terus lompat katil dan buka blog
Kemudian baca akhbar online…kemarinnya ada dengar pasal
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diumumkan tapi kabur lagi apa ke benda
Mmmmm Alhamdulillah, dianggarkan 1.5 juta pelajar IPT
dapat kad diskaun ni pada semester depan
diberikan secara automatik, dikeluarkan Bank Rakyat
tak payah mohon…bagus! Bagus! Tak perlu isi borang
aku paling malas nak isi borang...leceh!

Idea tentang Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) ini dari
mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
turut diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.
yang bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk
dengar ceritanya termasuk mydin….wahhhhhh bestnya
kalau nak lagi best, masukkan sekali kedai buku dan kaca mata
paling awesome kalau letak sama kedai computer, tiket kapal terbang
nak masukkan untuk beli rumah, kereta, jet pun tak apa
aku sudi aje terima…dah boleh pasang angan-angan beli jet sendiri tu
kalau termasuk dalam senarai tu jet peribadi, nanti tolong derma serial samah
bolehlah aku buka tender siapa nak carter pergi Mekah
Fuhhhhh sila abaikan segala idea mengarut tu ya
Imaginasi aku memang sangat tinggi, aku tahu!

KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja
pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik
maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.
Kerana Kad KDS1M ni akan dikeluarkan Bank Rakyat secara percuma
Pelajar akan nikmati diskaun 5 hingga 60%
sebanyak 51 syarikat akan sertai projek ni
bagilah diskaun banyak-banyak ya…terutama buku tu
ok sangatlah kalau spek pun ada diskaun,
bolehlah aku tukar spek baru…yang sekarang ni dah kabur
nak buat macam mana, aku memang dok melongo depan computer je
dah makin rabun ni!

Kenapa lambat sangat ek? Aku dah tak sabar nak soping menyoping ni la la la!



Tiada ulasan: