Memaparkan catatan dengan label TRW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TRW. Papar semua catatan

Selasa, 10 Julai 2012

Tiket Perlawanan QPR Vs Kelantan Dibuka Untuk Jualan


Fuhhhhh nama pasukan pun macam atromen taro pulak
Satu QPR, Queens Park Rangers, satu lagi TRW, Kelantan The Red Warriors
Perlawanan melibatkan juara Liga Super dan Piala FA 2012
fuhhhh mana boleh lupa meriahnya bila Kelantan menang piala FA
Pasukan mana lagi kalau bukan Kelantan kan
dan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers
akan berlangsung pada 20 Julai di Stadium Shah Alam
pada pukul 9.15 malam

perlawanan antara Kelantan menentang Queens Park Rangers
boleh mendapatkan tiket berharga RM73 (utama), RM53 (terbuka)
dan RM33 (tingkat atas)
Tiket boleh didapati di AirAsia RedTix
di laman web, www.airasiaredtix.com
atau beli terus di KL Live Centre, Rock Corner Gardens,
Mid Valley, Suria KLCC, Subang Parade, The Curve, One Utama
dan Victoria Music di Sungai Wang Plaza, Amcorp Mall,
Tropicana City Mall dan Bangsar Shopping Centre.

Mahal gilerrrrrr! Dah boleh beli baju raya tu
ada sesiapa dah beli?
ada siaran langsung tak?
apa-apapun, gomo tetap gomo ya
kalau TRW Berjaya libas QPR…Fuhhhh!!! Gempak gilerrr!

PssssTTTT:
Seorang pembeli tiket yang membeli tiket awal iaitu sebelum 15hb Julai 2012
berpeluang untuk memenangi sekali seumur hidup iaitu:

1) Naik taraf tiket kepada tiket VIP
2) Penginapan satu malam di hotel Saujana bersama pasukan TRW dan QPR
3) Sarapan pagi bersama pasukan TRW dan QPR

Pemenang akan diumumkan pada 17hb Julai 2012
dan hanya mereka yang membeli tiket SEBELUM 15hb sahaja layak.
Apa tunggu lagi??????

Nota: No siri tiket pemenang akan diumumkan dalam Facebook page ini;
Kelantan TRW vs Queens Park Rangers

Selasa, 1 Mei 2012

Kelantan dan Sime Darby Ke Final Piala FA


Akhirnya……………
Dahpun tahu keputusan perlawanan separuh akhir
Piala FA yang akan menentukan dua pasukan
Bakal bertarung ke peringkat akhir @ final piala FA

Setelah berlangsung perlawanan antara Kelantan-Kedah dan
Trengganu- Sime Darby malam tadi,
Akhirnya diputuskan bahawa:
Kelantan dan Sime Darby akan bertarung ke final Piala FA
Bila Kelantan dan Kedah seri di Alor Setar dengan dua jaringan gol
[sebab Kelantan ada kelebihan jaringan di tempat lawan,
Gol dalam perlawanan pusingan pertama (seri satu gol)]

Di Stadium Selayang, Terengganu dan Sime Darby juga terikat,
tetapi tidak menjaringkan sebarang gol malam ini
Sime Darby layak ke pusingan akhir dengan agregat 2-1
kerana berjaya mengatasi Terengganu dalam pusingan pertama

Huh u hu nanti kita tunggu perlawanan akhir @ final piala FA
Antara Kelantan dan Sime Darby ya…jom sokong ramai-ramai!

Gomo Kelate Gomo!
Gomo Kelate Gomo!
Gomo Kelate Gomo!