Jumaat, 16 Mac 2012

Pesanan Kepada Perempuan Cantik Yang Masuk Surau

Entri hari Jumaat...kisah di sebuah surau di sebuah Pusat beli belah:

Jam dah 2.30 petang, surau agak ramai orang
perlu tunggu telekung dari pengguna lain yang dah siap
perlu juga tunggu ruang untuk solat

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
terus sahaja melangkah ke sejadah yang baru kosong
betul-betul di baris paling hadapan
tersimpuh ayu, dia letakkan beg cantiknya di kepala sejadah
dengan sopan dia bersihkan make up di wajahnya
tenyeh dan tonyoh bedak di wajah
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
tinggalkan selambak tisu sebelah beg cantik di kepala sejadah
ambil wuduk, kemudian tunggu telekung
dengan sopan juga mengadap Allah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Selesai solat terus tenyeh dan tonyoh bedak di muka
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
sekejab tenyeh lipstik, sekejab lain lap dengan tisu
tambah lipstik lagi…ratakan dengan kemut-kemut mulut itik
lukis pelbagai warna di pipi juga
lap sana sini dengan tisu, kemudian longgok lagi sebelah beg cantik
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Anggun dan ayu, manis menawan dia melangkah keluar surau
di kepala sejadah baris paling hadapan,
longgok tisu berceloreng bekas makeup tak terbuangkan

seketika berada di surau sebuah pusat beli belah
betapa ramainya gadis cantik nan comel ayu
lebih mementingkan wajah indah berbanding pengguna surau lain
berbanding insan yang sujud di belakangnya
ingatkan dia seorang sahaja…rupanya;
memang macam tu ya?
Dah jadi trend terkini ya?
Tak kesah ke orang sujud berada di belakang kita?

Betul tak kesah???
Betul????

Tapi...aku kesah.
Aku tak mau orang comel begini kat depan masa tengah solat
boleh tak jangan buat macam ni kat depan aku?
aku insan marhaen yang rendah nilai tawaduknya masa solat
karang jenama lipstik dan bedak apa yang kalian guna
muncul dalam benak masa angkat takbir
karang, tudung kalian yang cantik lawa
berjenama mahal dari butik tersohor singgah di minda
menari-nari menjolok keingin untuk pakai sama
nak jadi lawa comel menawan macam kalian juga,
entah ke mana fatihah aku
entah ke mana tahiyat aku
entah ke mana kusyuk aku...
errr...boleh tak kalian hadap TV alhijrah sesekali tengok
30 minit bersama Ustaz Don Daniyal
sangat terperinci penerangannya bab solat
walaupun hanya penerangan tentang cara berpakaian semasa solat
kalian akan tahu kenapa aku tiba-tiba jadi kesah
bab tanggal make up atau tambah make up depan jemaah ni

kat belakang tak boleh buat eh?
rasanya, kalian akan lebih menawan cantik jelita anggun bergaya
kalau hormati perempuan tak berapa nak menawan macam aku nak solat

Opsssss! Aku dah berleter panjang!
teruja sebab...akan jejak Tanah Serendah Sekebun Bunga hari ni
la la la hati berlagu ria ;)



Khamis, 15 Mac 2012

Borong Sakan Buku Terbitan DBP dengan Voucer Buku 1Malaysia



Aku pernah cerita pasal kedai buku Syabab di PKNS Bangi
akan dapat potongan separuh harga
untuk aku yang ternak ulat buku ni
peluang ni memang tak akan dilepaskan


Dua minggu lepas aku ambil voucer buku 1Malaysia
sangat berkobar-kobar untuk habiskannya serta merta
teruja sangat-sangat sebab akan bertambah koleksi buku
dah lama tak beli buku rasanya
walaupun masa pesta buku KL tahun lepas rasa macam dah nak muflis
akhirnya, inilah yang berjaya aku pancing;


semuanya 16 buah buku berjaya aku sambar
dengan bayaran hanya RM27
terlebih harga...nak buat macam mana teruja!

Opsssss! kalau tanya aku cukup tak jumlah voucer banyak tu
aku akan jawab: Tak Cukup!
nak mintak lagi, boleh?
tahun depan RM500 boleh tak?

Rabu, 14 Mac 2012

Kereta Hijau Siapakah Ini?


Selasa, 13 Mac 2012

Spageti Pedas Resipi Anyss



Hari ni nak tayang-tayang pasal makan
makan ala mamat dan minah Perancis gitu
tepi Menara Besi sebelah sungai Seine
masa bunga-bunga tengah berkembangan
fuhhhhhh romantic gilerrrr

Sebenarnya aku tak suka sangatpun spageti
Tekak tak boleh terima rasa yang mamat ensem perancis makan
Jadinya, aku ubahsuai ikut tekak sendiri
Yang pasti…kenalah ada pedas walaupun sedikit
Nak tahu macam mana buat spageti pedas tu
Berikut resipi spageti pedas citarasa Anyss;


Bahan-bahan Spageti Pedas:
1 bungkus spageti
1 botol sos prego @ reggo
1kg daging kisar @ sepeket daging kisar adabi
(boleh juga guna daging ayam, aku suka guna daging ayam
Sebahagian isi ayam dikisar, sebahagian lagi dipotong kecil)
Cili giling (ikut suka berapa banyak) ikut tahap pedas mana nak
1 inci halia
3-4 ulas Bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar yang kecil sahaja
Asam jawa, gula, garam, sos tomato (kalau nak)
Secubit Arigano yang kering (ditabur masa kuah dah mendidih)
Sedikit minyak untuk menumis
air

Cara Buat

Panaskan air hingga mendidih
masuk batang spageti dan masak hingga lembut
tos. masukkan sedikit minyak, aduk hingga rata
tak nak bagi spageti melekat…Nampak cantik, berkilat

Cara Buat Kuah Spageti:

Halia, bawang putih, merah dan besar dikisar
panaskan minyak, masukkan bahan giling dan cili
goreng hingga garing, masukkan air asam jawa
masukkan daging kisar @ ayam kisar dan ketulan ayam dipotong kecil
masukkan setengah cawan air agar tidak terlalu kering
sentiasa kacau selama 2 minit, masukkan prego
jika suka masam, masukkan tomato sos
bila dah agak nak masak, masukkan gula dan garam
tambah air ikut kepekatan yang disukai
tabur arigano sebelum angkat.



Itulah dia spageti gaya, cara dan rasa ikut tekak aku
daging ayam tu aku kisar separuh, separuh lagi potong sebesar dua jari
bagi nampak macam ada lauk sikit
kalau semua kisar, macam makan tak ada lauk pulak
sebiji macam laksa hu hu hu

Jadinya...sebatlah benda alah ni dua tiga pinggan sepanjang hari
boleh gitu? Kira halallah!
Nak rasa? Mmmmm sila buat sendiri lah!

Isnin, 12 Mac 2012

Patutpun Hujan Sangat Lebat di Nilai...

cerita Ahad nan minggu
paginya terang benderang sangat sesuai sidai baju
selepas gomoi Spagetti Pedas Gaya Anyss yang tak akan ditemu di mana-mana restoren
online sekejab, dah dua ari tak online

usah harap sangat untuk panas hingga ke petang
tengahari dah mendung berarak awan kelabu
dan hujan turun dengan sangat lebat
sangat indah menawan untuk tarik bantal
fuhhhh bukan selalu ada peluang membuta sensiang hari
pada hari minggu pula
tengah hujan lebat lagi tu...
hinggakan bunyi SMS yang masukpun
sayup bunyinya di hujung telinga

sayup petang baru jaga dan baca SMS
"Tiba-tiba Chak kata 'lama tak jumpa makcik Anyss' "
Opsssss! patutpun langit memuntahkan semua tangisannya hari ni
rupanya ada orang rindu!

Chak, InsyaAllah ada waktu kita jumpa lagi ya...
selamat bercuti!