Memaparkan catatan dengan label 30 minit bersama ustaz don. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 30 minit bersama ustaz don. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mac 2012

Pesanan Kepada Perempuan Cantik Yang Masuk Surau

Entri hari Jumaat...kisah di sebuah surau di sebuah Pusat beli belah:

Jam dah 2.30 petang, surau agak ramai orang
perlu tunggu telekung dari pengguna lain yang dah siap
perlu juga tunggu ruang untuk solat

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
terus sahaja melangkah ke sejadah yang baru kosong
betul-betul di baris paling hadapan
tersimpuh ayu, dia letakkan beg cantiknya di kepala sejadah
dengan sopan dia bersihkan make up di wajahnya
tenyeh dan tonyoh bedak di wajah
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
tinggalkan selambak tisu sebelah beg cantik di kepala sejadah
ambil wuduk, kemudian tunggu telekung
dengan sopan juga mengadap Allah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Selesai solat terus tenyeh dan tonyoh bedak di muka
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
sekejab tenyeh lipstik, sekejab lain lap dengan tisu
tambah lipstik lagi…ratakan dengan kemut-kemut mulut itik
lukis pelbagai warna di pipi juga
lap sana sini dengan tisu, kemudian longgok lagi sebelah beg cantik
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Anggun dan ayu, manis menawan dia melangkah keluar surau
di kepala sejadah baris paling hadapan,
longgok tisu berceloreng bekas makeup tak terbuangkan

seketika berada di surau sebuah pusat beli belah
betapa ramainya gadis cantik nan comel ayu
lebih mementingkan wajah indah berbanding pengguna surau lain
berbanding insan yang sujud di belakangnya
ingatkan dia seorang sahaja…rupanya;
memang macam tu ya?
Dah jadi trend terkini ya?
Tak kesah ke orang sujud berada di belakang kita?

Betul tak kesah???
Betul????

Tapi...aku kesah.
Aku tak mau orang comel begini kat depan masa tengah solat
boleh tak jangan buat macam ni kat depan aku?
aku insan marhaen yang rendah nilai tawaduknya masa solat
karang jenama lipstik dan bedak apa yang kalian guna
muncul dalam benak masa angkat takbir
karang, tudung kalian yang cantik lawa
berjenama mahal dari butik tersohor singgah di minda
menari-nari menjolok keingin untuk pakai sama
nak jadi lawa comel menawan macam kalian juga,
entah ke mana fatihah aku
entah ke mana tahiyat aku
entah ke mana kusyuk aku...
errr...boleh tak kalian hadap TV alhijrah sesekali tengok
30 minit bersama Ustaz Don Daniyal
sangat terperinci penerangannya bab solat
walaupun hanya penerangan tentang cara berpakaian semasa solat
kalian akan tahu kenapa aku tiba-tiba jadi kesah
bab tanggal make up atau tambah make up depan jemaah ni

kat belakang tak boleh buat eh?
rasanya, kalian akan lebih menawan cantik jelita anggun bergaya
kalau hormati perempuan tak berapa nak menawan macam aku nak solat

Opsssss! Aku dah berleter panjang!
teruja sebab...akan jejak Tanah Serendah Sekebun Bunga hari ni
la la la hati berlagu ria ;)