Ahad, 4 Disember 2011

Terkilan dengan Jaclyn Victor


PEINGATAN: Ini entri terlebih tarikh luput!
Semalam kelam kabut
macamlah aku yang berenang segala
selamatkan wanita yang terperangkap dalam banjir di Kajang
kelam kabut bila bandar Kajang tenggelam dek banjir
macamlah aku yang terperangkap kat Pasar Kajang yang tenggelam tu
ataupun tak boleh keluar masa shoping sakan
masa banjir kilat masuk hingga ke dalam bangunan Plaza Metro Kajang

masuk rumah dah jam sepuluh, makan roti serat Gardenia je
kunyah gitu sahaja dengan air sejuk, bolehlah tahan hingga pagi
sebelum lompat cari nasi lemak sambil datang pejabat
Oppppps! daku kerja semalam ya,
sampai petang...penat tau!

masa balik malam tu, tak sedarpun dah peringkat separuh akhir
Muzik-Muzik ke 26
nasib baik Cik Bintang cakap
dahlah ari tu, masa mereka umumkan 30 lagu
yang bersaing peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26, 2011
aku tak tahu bila (oooooohhhhh entah kenapa bab pertandingan nyanyi gini
kurang ambil berat sangat, tak pun masa tu
aku tengah berkelana di Semenyih dengan budak-budak tu
tak tahu apa berlaku dengan dunia

Kita tengok dulu 30 lagu yang bersaing
di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26, 2011 hari Jumaat lepas;




 



masa mengadap TV tu pun, sebenarnya semua dah selesai
aku tengok keputusannya ajelah diumumkan Cheryl Samad yang seksi itu
ini ajelah yang aku dapat pun;
senarai 12 lagu yang akan bertanding di peringkat akhir 
Muzik Muzik 26;



Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
(Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)




tau tak apa yang terkilan sangat?
nak dengar Jaclyn Victor nyanyi lagu Sedetik Lebih
terkilan nak dengar suara merdu Jaclyn Victor...bukannya apa!
Errrr Anuar Zain merajuk ke?
tak kan gara-gara lagu ini tidak diumum menang masa 
Anugerah AIM ke 18
lelaki kacak idaman Malaya tu merajuk
errrr patutnya Yuna yang merajuk kan
ye lah Lagu Penakut ditarik balik kemenangan 
AIM ke 18
apa-apa pun kedua-dua artis ni memang patut pun nak rasa hati
tak pernah berlaku dalam sejarah
kemenangan Anugerah AIM ditarik balik
kira cipta rekodlah tu
Errrrr...kenapa tah aku nak ulas panjang-panjang
pasal benda yang dah basi ni
macamlah ada orang nak baca dah.


hu hu hu ni dia yang aku terlepas sensangat nak tengok tu...




sebelum Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
goyang lagu Kalau Berpacaran di pentas Juara Lagu AJL 26 
apa kata kita gelek dulu kat sini

 

Gelek, jangan tak gelek! yeeeehahhhhh!

Sabtu, 3 Disember 2011

Demam “Ombak Rindu” Dah Melanda




Dulu Nur kasih The Movie sekarang ni pulak Filem Ombak Rindu
merata tempat orang berbicara tentang filem ini
apa lagi bagi yang dah baca novel Ombak Rindu
dikarang penulis tersohor Fauziah Ashaari, keluaran Alaf 21
ramai dah meroyan nak masuk panggung
maklumlah novel ni memang tangkap leleh punya
nak juga bezakan dengan filemnya pula;
lagi meleleh ke ataupun kering kontang
ala samalah macam ramai-ramai serbu panggung sebab
tersampok dek filem Budak Setan yang diadaptasi dari novel tersohor
Lagenda Budak Setan ditulis penulis paling kacak Ahadiat Akashah
itu zaman kami dulu, masa Dafi belum muncul hu hu hu
Ahadiat baca ni karang, tak pepasal dapat selipar Jepun percuma
melantun atas kepala la la la



Kenapa ramai orang nak serbu panggung siap bawa tisu segala?
nak hayati filem Ombak Rindu ke nak tengok Maya Karin berkemban?
kalau aku...nak tengok Maya Karin bertudung litup ayu sopan
naik basikal tepi sawah yang tengah menguning tu...fuhhhhh!
nampak manis sangat, comel...rasa nak pinang buat kakak ipar pulak
nak juga tengok Lisa Surihani yang jelita tu
biasanya dia berlakun jadi gadis melayu ayu yang sopan santun
penuh tradisi dan lentok anggun
kali ni...wahhhhhhhh lain sekali wataknya
itu yang bagi suspen sikit tu
adakah si ayu manis cantik Lisa Surihani yang menjadi pujaan jejaka Malaya itu
bukan Yusri KRU je memuja Lisa ya dek non...satu Malaya tu
berjaya memberontak dan menjiwai watak keji Mila Amylia?
errr...tak lah keji sangatpun, tapi kalau banding watak Izzah tu
yang semuanya baik mengalahkan kain yang putih
dah pasti watak Mila Amylia ni penuh dengan nilai negatif

Comel ayu manis je Maya Karin kayuh basikal kan?
Filem Ombak Rindu dah masuk pawagam Khamis (1hb Disember 2011) lepas
hujung minggu begini mesti ramai beratur masuk panggung
sambil lepas lelah penat kerja, sambil jalan-jalan tukar mood
sambil juga bersosial bersama rakan taulan
eratkan silaturrahim…apa salahnya, jangan tambah gejala sosial
buat wayang dalam panggung wayang sudahlah ya

“Cinta tak kejam, hanya manusia yang tak pandai menghargai cinta”
betul kan? ngapalah cinta aku ni tak reti dihargai
best tak OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira ni?
tangkap leleh wa cakap sama lu!





Berikut maklumat tentang filem ni;
Tajuk Filem: Ombak Rindu
Pengarah: Osman Ali
Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tarantella Pictures
Dipawagam: 01 Disember 2011

Pelakon Ombak Rindu: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani

Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri


Sinopsis filem Ombak Rindu dah tau ka?
kalau ikutkan novel asal, ginilah ceritanya;
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu bila ibubapanya meninggal
dalam kemalangan
bapa saudaranya (Taha), yang banyak hutang jaga Izzah
dijualnya Izzah kepada seorang tauke kelab malam sebab nak duit

Sinematografi dah cantik, tapi...Maya Karin nampak  macam takut  jatuh dalam sungai. 

Izzah berkenalan dengan Hariz (Aaron Aziz) anak Datuk Sufiah,
pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG sanggup beli Izzah
dengan harga yang mahal, maklumlah anak datuk...banyak duit
Hariz nak miliki Izzah sebagai perempuan simpanan sahaja
tetapi sebab Izzah ni memang bukan bercita-cita nak jadi jalang @ pelacur
atau jenis perempuan murahan, maka dengan pujuk rayu goda manjanya
(itu aku yang tambah nak bagi sedap cerita la la la...pengarah tak bertauliah!)
Hariz setuju berkahwin dengan Izzah syaratnya: perkahwinan itu dirahsiakan
Izzah juga tak boleh tuntut sebarang hak sebagai isteri
huh! perkahwinan apakah ini?
ayat marah manja aku je tu hu hu hu
akhirnya, Hariz jatuh cinta gila bayang juga teringatkan Izzah
ego je nak mengaku la la la

Akhirnya...hero dan heroin dating bawah pokok taugeh!

Hariz terpaksa menikahi Mila Amylia (Lisa Surihani),
anak Tan Sri Rashdan, seorang model dan pelakon terkenal
zaman mana-mana pun tetap ada kahwin paksa
hanya aku je tak sudi dikahwin paksa hu hu hu 
bukan hanya dalam novel Rumah Ini Dunia Aku je yang ada
bila Hariz koma akibat kemalangan jalan raya
Datuk Sufiah telah menghalau Izzah, kemudian beritahu Hariz
Izzah ada hubungan dengan lelaki lain
masa tu Izzah menumpang rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah
Pak Dollah pula sangat marah dengan Datuk Sufiah telah pecahkan rahsia
rupanya Hariz tu anak dia, diserahkan kepada suami Datuk Sufiah jadi anak angkat
masa ni baru Hariz tahu  Izzah tidak bersalah.
Hambek kau! Kang dah menyesal!
Kang dah rindu cari Izzah hingga ke kampung
tapi...akhirnya mereka bahagia juga
kalau novel tak happy ending, nanti pembaca boikot pulak
....errrr tu Sinopsis Novel Ombak Rindu
bila dah difilemkan, tak tahulah macam mana jadinya
entah berombak entah bergelora entahkan muncul taufan
sama-samalah tengok kat pawagam nanti kalau nak tahu


PsssT: selamat kesat air mata Cik Bintang....hu hu hu sensorang melayan badai rindu, mana best (errr...tu statement orang tak leh tengok Filem Ombak Rindu hari ni)

Jumaat, 2 Disember 2011

GEMPAR!!! Video Wanita Diselamatkan Semasa Banjir Di Kajang





ni cerita TERKINI. Cerita GEMPAR ooohhhh sangat SADIS
tak sangka betul boleh berlaku

Hujan sangat lebat petang tadi
Sejam dua sahaja tetapi sangat lebat
Siap dengan petir segala
Sebab banyak kerja nak buat
Aku terperuk sahaja di pejabat tak pandang kiri kanan
Tak hiraukan dunia kecuali keluar masuk bilik air
Dah minum neskepe ais berkoyan
Sejuk dingin begini sangat seronok ulang alik
Masuk bilik air
Kalau boleh nak angkut mangkuk tandas letak sebelah meja
Senang!

Cik Bintang kata Kajang dilanda banjir besar
Metro Kajang dimasuki air
Nak kata tak percaya, memang hal begitu pernah berlaku
Dua tiga tahun lepas beberapa buah kereta masuk sungai
Di belakang metro Kajang
Terus saja aku masuk Facebook
Dah ramai yang update pasal banjir yang melanda Kajang ni
Aku kongsikan dua video kejadian banjir yang berlaku di Kajang ni
sebagai tontonan kalian

Nak tengok video banjir ni?
Video tentang seorang wanita yang terperangkap dalam banjir
Dia panjat bumbung van, tetapi arus deras buatkan van itu juga senget
Nasib baik ada orang prihatin
Hulurkan tangga untuk dia panjat ke dalam bangunan
Silalah ke Facebook sedara siayawchong kita ni untuk menontonnya

Mmmmm dah masuk youtube pun...boleh jengah sini ya





banyak gambar-gambar pasal banjir di Kajang ni juga ada
kat wall dia
nak tengok kat youtube pun dah ada
sangat cepat berita musim sekarang ni
tak payah tunggu TV3 buat Berita Terkini
lebih terkini dari berita di tv pulak






Bila bencana begini
Susah sebab banjir tu satu hal, libatkan nyawa juga
Susah nak balik rumah juga hal yang lain
Tapi, dah lepas banjir pun masih juga susah
Bayangkan harta benda kena tenggelam air begitu
Kereta dah sah tak boleh hidup
Motor salah hari hanyut masuk longkang
yang penting nyawa ya...sila selamatkan dulu




Aku Dah Makin Tua Gamaknya!


Huh! sangat payah untuk buat pengakuan sebegitu
setiap tahun, aku hanya sambut ulangtahun kelahiran ke 18
tak pernah berubah sejak entah berapa tahun lepas
sentiasa sahaja 18, hinggakan bila orang tanya pasal umur
aku seringnya terlupa berapa umur aku
teruk tak?
Ohhhh tahulah umur itu hanya satu angka
namun, tetap bertambah saban tahun

entri ini masih juga tentang
hal-hal berkaitan anak dara a.k.a gadis Melayu
berkaitan teropong, skodeng dan intai anak dara
bilik anak dara, ragam anak dara
serba serbi tentang anak dara
ini yang sering orang nak jengah
nak tahu, nak kenal nak cari juga
entah apa bestnya skodeng anak dara sana sini tu

setelah sering keluar tengah malam dan balik dah pagi
entah ke dunia mana mereka melakukan Qiamulail
dan berskandal dengan suami orang
yang takutkan isterinya, lalu perlu berdolak dalih bagai
ketika akhir bulan maka berpindahlan dia ke Shah Alam
alhamdulillah, mata aku dah tak sakit lagi
kepala pun ringan sedikit
tak perlu fikirkan berapa masjid mereka Qiamulail
sepanjang malam cecah dinihari dan kembali ke rumah esoknya.

kala masuknya dahulu
agak sopan juga dia bersalam kenal dengan semua orang
namun, bila keluar dengan semua barang-barangnya
entah kenapa sopan itu lain pula nilainya
tanpa salam tanpa ucap selamat tinggal
tak sabar benarkah dia untuk berlalu dari sini
sedangkan datangnya dahulu
diterima sebaiknya biarpun yang terdesak itu dia
bukan aku
selain dari curi-curi guna barang aku
curi-curi masak habiskan gas yang aku beli
curi-curi keluar waktu malam
kini, adakah dia curi-curi cabut dari rumah  ni?
hmmmmm budak-budak zaman sekarang!

aku dah makin tuakah
atau sebenarnya dah semakin cerewet?
makin cerewet? Huh! itu dah ada petanda BAHAYA!

Khamis, 1 Disember 2011

Hidup Normal Semula


setelah lebih 40 hari mengubah alunan hidupku
dengan pelbagai kerenah dan songeh budak-budak tu
adakala rasa macam tak waras dibuat dia orang
ada ketika sangat letih dan rasa nak balun orang
bila mereka buat perangai hingga menguji tahap sabar seorang aku
pemberontakan mereka aku atasi dengan kuasa diktaktor
ohhhhh aku pengamal aliran Nazi sejak berzaman,
bukan tahun ini sahaja
ada juga rasa puas biarpun penat memasak
apa sahaja yang terhidang akan licin kena bedal
biarpun komen yang keluar dari mulutmereka buatkan bertimbun rasa geram
namun mangkuk sebesar itu tetap kosong juga kemudiannya
dah tentulah bukan sebab aku memasak dengan sangat sedap
namun, mereka tak ada pilihan lain kecuali terpaksa makan

geram memang sepanjang masa akan timbul
tak siapa akan tahan dengan gelagat mereka ni
diakui oleh ramai orang termasuk mak bapak mereka sendiri
namun, bila mereka kata “lapar” dan “belum makan”
hati mudah benar cairnya
penatpun tetap juga aku masak
tak sampai hati pula bagi makan roti je
sebab aku tahu benar “bagaimana rasa lapar tanpa makanan”
atau hati tersentuh kala sedari mereka terasa dipinggirkan
tetiba je salahkan ayah sebab tak bawa berkubang dalam sungai
syahdu tau!

bila segalanya kembali normal
aku masuki dan diam kembali dalam corak hidupku semula
hanya qada tidur yang tidak begitu cukup sebelumnya
sambil bermalas-malas
baru terasa seperti hidup dan syukuri apa yang aku ada
ya…aku ada sangat banyak masa untuk diri sendiri
berbanding 40 hari sebelumnya
nak syampu rambutpun tak sempat
(hingga kini kegatalan di kepala menjadi masalah yang perlu diatasi
dek tak sempatnya menyental rambut)
nak sapu losyen muka sebelum tidurpun tak dan,
apalagi losyenkan satu badan bak puteri menadah jatuhnya embun ke kulit pipi
asal letak sahaja kepala ke bantal
entah ke alam mana nyawa merantau
nasib baik kembali ke badan semula hu hu hu

kini, biarlah aku manjakan diri seketika
walaupun masa dah sangat suntuk
biarlah aku qada tidur sehabisnya,
losyenkan muka kembalikan keremajaan 18 tahun
losyenkan badan tambah tegangkan tiap inci kulit
atau kemudiannya ke salun manjakan kulit kepala
cuci, urut kepala atau potong pendek rambut
yang sudah mengerbang bak pontianak menyundal tika malam
aku hanya ingin nikmati tiap detik dalam hidup ini sebaiknya
aku hanya ingin selami indahnya perjalanan waktu
sebelum bergerak dengan gear lima TURBO semula.

ya…gear TURBO. Lima plus, perlu memecut dengan momentum paling laju
hingga tesis itu siap sepenuhnya.
aku dah abaikan dia lebih 40 hari.
moga-moga halangan kali ini mampu aku hadapi
moga-moga rintangannya nanti aku berjaya tangani
doakan aku juga ya…hanya ini perkara terakhir yang aku kejar
untuk bekalan dunia
selebihnya, daku mahu bersedia untuk alam yang lain pula
dah habis isi dunia yang aku nak kejar
kerna ferari atau vila agam itu hanya hiasan duniawi
kalaupun aku mahu, bukanlah dari peluh yang kutitikkan
melainkan…PERCUMA dianugerahkan.
ada sesiapa sudi nak derma tak? Tanpa apa-apa syarat semestinya!

mmmm usahlah buang masa bermimpi siang hari oiiiii!
sesekali berangan memang boleh
kerap sangat berangan, buang masa juga
baik isi dengan tulis blog
betul tak?