Khamis, 3 November 2011

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012


kepada guru sekolah Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/
sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian boleh memohon
mengikuti Program Pensiswazahan Guru
Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
ni kira program disediakan JPN kepada para guru
untuk sambung belajar ke peringkat ijazah
secara separuh masa
ini antara usaha pihak JPN untuk naiktaraf para guru
dari kelulusan diploma (dulu-dulu masuk maktab perguruan 3 tahun)
ke peringkat ijazah (maknanya gaji akan naik juga).

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ini selama Empat (4) Tahun
Guna kaedah Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
di Institut Pendidikan Guru (IPG)/
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) je
maksudnya, kuliah hanya pada hujung minggu sahaja
baguslah pihak JPN dah terima mod PJJ ni
dulu jadi isu besar juga
cikgu sekolah rendah bukannya teruja
 nak mengajar sekolah menengah sangat bila dah dapat ijazah nanti
cukuplah sekadar guru naik gaji dan peluang kembangkan kerjaya
maklumlah sekarang ni semua benda dah naik harga

Syarat dan Kelayakan Asas:
Warganegara Malaysia.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965).
PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.
 Telah disahkan dalam jawatan.
 Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti 
sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

Syarat Tambahan: pengalaman mengajar berterusan lebih daripada 3 tahun.
aktif dalam aktiviti kokurikulum.
kesihatan fizikal dan mental mental yang baik
purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik 3 tahun mutakhir

Calon Tidak Layak Memohon:
masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.
gagal menamatkan kursus di bawah tajaan tanpa kelulusan Kementerian Pelajaran
Malaysia. (contoh : Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)/PJJ KPM-OUM)

Permohonan online di Kementerian Pelajaran Malaysia
di http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) 
bermula jam 10.00 pagi.
Panduan Permohonan terdapat di laman sawang kementerian
hanya satu permohonan sahaja dibenarkan
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam
nak tanya apa-apa boleh hubungi;

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)
No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270

Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu Sabah
No. Telefon : 088-236804

Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej, 93259 Kuching Sarawak
No. Telefon : 082-258045


maklumat lanjut boleh lihat di iklan dan permohonan



Rabu, 2 November 2011

Nampak Macam Rajin Padahal Semuanya SLOWWW gilerrr!


Mengenang Pejuang Kemerdekaan Mengunjungi Tugu Negara

Dah 54 tahun Malaysia merdeka
pernah tak sekali dalam hidup ni
pergi tengok berhala di sebelah Taman Tasik Perdana di Jalan Parlimen?
dah sampai Tugu Negara?

Tugu Negara ini didirikan sebagai monumen
mengenang para pejuang yang gugur saat perang
Terdapat 7 patung pejuang Malaysia
terbuat dari perunggu yang dibuat oleh Felix De Weldon

Jenguk dari jauh je!

aku secara personal, belum pernah lagi
terpacak tegak menengoknya berhala patung Tugu Negara tu
masa sekolah menengah dahulu
tak sempat nak melompat-lompat terlari-lari anak kangroo
kat depan tu sebab masa itu
banyak sangat tempat rombongan kami pergi
bas pula parking entah mana-mana
dek teruja terkagum terjakun segala dengan kehebatan negara
tak sedarpun tak terpergi Tugu Negara.

bila berkesempatan bawa budak-budak empat orang tu
melawat sambil belajar jelajah KL pada hujung minggu
sebagai hadiah berkelakuan baik dan senonoh
sepanjang minggu, maka berkelanalah
menjelajah segenap ceruk dan lokasi
termasuk Tugu Negara nan terpacak kaku sejak dulu.

“Angah nak tengok je, tak mahu ambil gambar…
dosa ambil gambar dengan patung” tuuuuuuu dia,
hambek, kau! tak terkata mak cik!

mereka sahaja pergi tengok berhala Tugu Negara tu
aku pergi beli minuman
penat seharian jelajah semua tempat
terlari-lari dalam kepanasan cuaca
hanya 10 minit sahaja singgahan kami di sini
cukup sekadar pembelajaran di lapangan
setelah menelaah buku teks.
sesuailah kan untuk kanak-kanak sekolah kan?

Isnin, 31 Oktober 2011

Pengawal Berkuda Segak Di Depan Istana Negara

Dah lalu lalang entah berapa juta kali
depan Istana Negara
hanya pandang sahaja ramai pelancong berhenti
dan ambil gambar kat situ
hati memang teringin jugak nak singgah
namun tak pernah tercapaipun hasrat itu
sehinggalah hari minggu lepas

Segak tak?

terima kasih kepada cik Bintang
yang sudi dan berbakat jadi pemandu pelancong
budak-budak tu sangat seronok tengok
pak pengawal berkuda yang tegak berdiri
nak bergambar dengan kuda tapi takut-takut
terpaksalah makcik dia orang nan manis ini
ikut serta tercongok bergambar dengan kuda lalala

Ahad, 30 Oktober 2011

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 Dilanjutkan

Kepada adik-adik yang menduduki SPM 2011, anda berpeluang untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran nanti. Kepada yang berminat, permohonan telah dibuka dan ditutup permohonannya pada 10 Oktober 2011 yang lalu. Walau bagaimanapun, tempoh berkenaan telah dilanjutkan hingga 30 November 2011.


Program Matrikulasi ini dijalankan di 13 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan. Permohonan Melalui internet (PMI) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004/2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.


Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 30 November 2011. Perlanjutan Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13 boleh dilihat di SINI. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran tertentu dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.

 
Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.  Semua pelajar SPM 2011 boleh membuat permohonan online 
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Semakan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat di www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan keputusan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).