Kepada
adik-adik yang menduduki SPM 2011, anda berpeluang untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melanjutkan pelajaran nanti. Kepada yang berminat,
permohonan telah dibuka dan ditutup permohonannya pada 10
Oktober 2011 yang
lalu. Walau bagaimanapun, tempoh berkenaan
telah dilanjutkan hingga 30 November 2011.
Program Matrikulasi ini dijalankan di 13 buah kolej
Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang
ditetapkan. Permohonan
Melalui internet (PMI) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan
sesi 2004/2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pelajaran Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara
Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012
dan menghantar borang permohonan sebelum
atau pada 30 November 2011. Perlanjutan
Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13 boleh dilihat di SINI. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata
pelajaran tertentu dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
Pembelian
nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN
dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet. Semua pelajar
SPM 2011 boleh membuat permohonan online
Talian
bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari
jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).
Semakan
permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat di www.moe.gov.my pada awal atau
pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang
dibenarkan sekiranya perlu.
Semakan
keputusan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat pada awal atau pertengahan bulan April 2012
untuk mengetahui status permohonan.
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon
yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada
bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi
kolej yang ditetapkan.
Bagi pemohon
yang tidak berjaya boleh membuat rayuan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibuka selama dua (2) minggu
bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April
2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan