Memaparkan catatan dengan label permohonan program matrikulasi kementerian pelajaran malaysia 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permohonan program matrikulasi kementerian pelajaran malaysia 2012. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 Dilanjutkan

Kepada adik-adik yang menduduki SPM 2011, anda berpeluang untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran nanti. Kepada yang berminat, permohonan telah dibuka dan ditutup permohonannya pada 10 Oktober 2011 yang lalu. Walau bagaimanapun, tempoh berkenaan telah dilanjutkan hingga 30 November 2011.


Program Matrikulasi ini dijalankan di 13 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan. Permohonan Melalui internet (PMI) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004/2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.


Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 30 November 2011. Perlanjutan Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13 boleh dilihat di SINI. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran tertentu dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.

 
Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.  Semua pelajar SPM 2011 boleh membuat permohonan online 
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Semakan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat di www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan keputusan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).