kepada guru sekolah Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
yang sedang
berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/
sekolah
bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/
Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian boleh memohon
mengikuti
Program Pensiswazahan Guru
Mod
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
ni kira
program disediakan JPN kepada para guru
untuk
sambung belajar ke peringkat ijazah
secara
separuh masa
ini
antara usaha pihak JPN untuk naiktaraf para guru
dari
kelulusan diploma (dulu-dulu masuk maktab perguruan 3 tahun)
ke
peringkat ijazah (maknanya gaji akan naik juga).
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ini selama Empat (4) Tahun
Guna
kaedah Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
di Institut Pendidikan Guru (IPG)/
Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) je
maksudnya, kuliah hanya pada hujung minggu sahaja
baguslah pihak JPN dah terima mod PJJ ni
dulu jadi isu besar juga
cikgu sekolah rendah bukannya teruja
nak mengajar sekolah menengah
sangat bila dah dapat ijazah nanti
cukuplah sekadar guru naik gaji dan peluang kembangkan kerjaya
maklumlah sekarang ni semua benda dah naik harga
Syarat dan Kelayakan Asas:
Warganegara
Malaysia.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) sedang
berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah
kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas
1965).
PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara
wajib 58 tahun.
Telah disahkan dalam jawatan.
Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan
mana-mana universiti
sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan
tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.
Syarat Tambahan: pengalaman mengajar berterusan lebih daripada 3 tahun.
aktif
dalam aktiviti kokurikulum.
kesihatan
fizikal dan mental mental yang baik
purata
markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik 3 tahun mutakhir
Calon Tidak Layak Memohon:
masih
dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.
gagal
menamatkan kursus di bawah tajaan tanpa kelulusan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
(contoh : Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)/PJJ KPM-OUM)
Permohonan online di Kementerian
Pelajaran Malaysia
di http://www.moe.gov.my mulai 17
Oktober 2011 (Isnin)
bermula jam 10.00 pagi.
Panduan Permohonan
terdapat di laman sawang kementerian
hanya satu permohonan sahaja dibenarkan
Tarikh
Tutup Permohonan: 27 November 2011 (Ahad)
sebelum 11.59 malam
nak
tanya apa-apa boleh hubungi;
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)
No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270
Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu Sabah
No. Telefon : 088-236804
Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej, 93259 Kuching Sarawak
No.
Telefon : 082-258045
maklumat
lanjut boleh lihat di iklan dan permohonan