Sabtu, 15 Oktober 2011

Seminggu Telah Berlalu


macam tak percaya je
siap mop rumah jam 12 tengah malam
Ohhhhhh macamlah dah tak ada siang
memang tak ada pun!

kalau sekeras itu usaha aku
di rumah sendiri
tak perlulah ada cermin
lantai yang kilat merelip-relip boleh guna
menilik muka!
bukan sebab aku terlalu cerewet
tapi memang alah dengan habuk

hari pertama berkampung kat sini
seluruh badan aku gatal
menggaru ajelah kerjanya
Cik Bintang sangat tahu macam mana rupanya
bila aku asyik dok menggaru
akhirnya, aku punggah cadar dan bantal sendiri
nasib baik tak angkut tilam sekali ya hu hu hu

seminggu dah berlalu, aku akui agak kelam kabut
banyak benda nak kena buat terutama kemas rumah
maklumlah, agak ramai saudara mara datang minggu lepas
agak banyak yang tak sempat kemas
dek kelam kabut masa untuk buat persiapan
bila tinggal hanya 5 orang (termasuk aku)
mana yang tidak berkaitan semua aku sumbat dalam mesin basuh
dah kering nak kena lipat dan simpan pula
mana yang bersepah nak kena kemas
mana yang kotor nak kena cuci
mana yang tak guna nak kena simpan

dek terkurung dalam habuk seminggu ini
sejak dua hari lepas bersin tak berhenti
hidung dah berair tapi tak rasa macam selsema
tekak perit suara dah garau
namun, tak rasa macam nak demam
macam sihat aje, namun gangguan berlaku tang batuk
kat tekak yang perit
dan mata yang teramat mengantuk.

Yaaa tersangat mengantok.
tersangat penat dan letih
namun, perlu memaksakan diri juga
kalau tak, lagi huru hara jadinya.

Sabtu: ikut undang-undang rumah  ni
hari kemas rumah, cuci apa yang patut
sental mana yang berlumut
4 orang tu kena kerah
harapnya ringan sikit kerja aku
walaupun tiap saat ada aje idea kreatif depa tu
untuk sepahkan dan semakkan rumah
OOOOhhhhhhh daku menderita!!!!

Tetiba rindu nak balik Bangi!
rindu kat bantal peluk
rindu nak golek-golek atas tilam bucuk sambil layan lagu Hindi
rindu nak tidur pulas dalam ekon sampai terlupa nak bangun
Kalau aku cabut lari setengah hari
dan nikmati semua tu sensorang
aci tak?
apa-apa jadi kat depa yang tak reti nak duduk diam tu macam mana?
siapa nak jawab?
Ohhhhhhh kalaulah aku sampai hati nak  buat begitu
kan bagusss!!!!!
masalahnya
aku memang tak akan sanggup
bukankah semu ni amanah?
Jadinya???????
Wehhhhhh jangan dok nak melalut
nak jawab apa kat Padang Mahsyar nanti?
Tidur Semenyih tak leh?
Banyaklahhhhhh rindunya!!!!
Alasannnnn!!!!!

Haaaaa kan dah kena marah?
nasib baik setan KALAH hu hu hu



Jumaat, 14 Oktober 2011

Masih Haru Biru


rutin hidup aku dah berubah 360 darjah
sejak Jumaat lepas
bila kakak dan abang IpaQ dah berlepas Isnin hari tu
setiap hari waktu tidur semakin menipis
biasanya tidur jam dua tiga pagi
bangunnya jam 6.30
bermula Isnin lepas, tidur tetap jam dua tiga pagi
bangun 10 minit sebelum enam pagi
sepanjang hari pula terlari terlompat terkedek-kedek
uruskan segala mak nenek.

celik mata, kejutkan semua anak buah
liat bukan main nak bangun
sediakan sarapan dan terus buat kerja rumah
mesin basuh terus bergerak sejak mata aku terbuka
sebelum keluar, sidai kain
hantar beg dan pakaian ganti untuk sekolah petang di pusat transit
dalam perjalanan hantar along ke sekolah
baru ke pejabat dengan kelam kabut dan baru teringat
belum sarapan lagi

terlompat sana sini di pejabat pula
siapkan sebanyak kerja yang boleh
tetap juga langgar tarikh mati segala
kemudian lari lagi ambil along di sekolah
sebelum balik rumah.

asal masuk sahaja rumah, mesin basuh akan berputar
pi mai sana pi mai sini sedar-sedar dah pun pagi semula
tanpa sempat aku jenguh tesis setengah ayatpun
Ohhhhhh!

hari-hari awal, agak stress
memang sangat stress sebenarnya
dah lah tetiba je dapat anak pakej sampai 4 orang
anak manja yang semua benda ummi buat
bukannya makan saman, ikut sua dia je nak buat apa
apa tak mendidihnya aras darah.

hari Selasa jemput Cik Bintang di LCCT
sempat terlelap tepi jalan entah berapa minit
lebih dua minggu sangat sangat kurang tidur
memandupun macam baru dapat lesen L
bila balik rumah
ruang tamu yang aku kemas subuh buta
dah pecah macam tongkang karam
tahan je hati tengok

masuk bilik, tabung jadi kosong
darah meruap ke  muka
tahap didih meningkat 50 peratus
bila tanya, seorangpun tak mengaku dah songlap syiling tu
bukan soal berapa banyak
tapi nilai moralnya tu menyedihkan aku
naik atas nak kutip baju kotor
toaster yang aku ambil di Bangi hujung minggu lepas
ada dalam bilik jadi barang mainan
mereka dah biasa main barang-barang bukan mainan
tanpa tegahan
jadi, mereka tak anggap benda tu salah
hanya aku yang sakit hati
bila tanya siapa yang buat
semua menafikan. Lagi sakit hati
Ada hantu apa rumah ni?

bila suara dah meninggi tahu pula mereka menikus
gosok baju sekolah, makan malam kemudian tidur
aku jugak perlu mengadap timbunan kain
lipat dan simpan. Lama lagi depa nak balik
kalau tak cuci hapak pula
sakit mata juga nak tengok bersepah begitu.

Bila balik pejabat petang semalam
tabung aku terisi semula dengan syiling
mmmmmm garang jugak aku ni ek? hu hu hu

sebelum makan malam, 4 orang itu aku panggil
bagi PERATURAN dan UNDANG-UNDANG nak kena ikut
sorang baca dengan kuat yang lain dengar
hu hu hu ada gaya cikgu skulah la l ala
tampal satu salinan kat dinding
mereka janji akan ikut
sebab hadiahnya: Setiap Ahad ada aktiviti jalan hu hu hu

Harapnya, cara itu menjadi
legalah sikit kerja aku
tak perlu terlolong satu taman bagi arahan,
hanya kena selalu ingatkan
takat ni kejayaan hanya: mereka dah pandai basuh pinggan sendiri
 uhhhhhhhh! payah betul kalau ummi dah biasakan manja begitu!

Rabu, 12 Oktober 2011

Ummi Tak Ada Anak Teruna menJahit Sendiri Baju Sekolah Koyak


Selasa, 11 Oktober 2011

Tuan Rumah Kelam Kabut Aku Gila Kuasa Memerintah


Ahad kelam kabut dengan macam-macam benda nak kena buat
keluarga abang ipaQ penuh rumah,
aku dan adik je yang jenguk kakak
dia pula kelam kabut nak siapkan banyak benda
malam pun masih keluar
ramai tetamu terpaksa tunggu

aku tetiba terpaksa jadi tuan rumah
kena kendalikan semua perkara
dari hal basuh membasuh sidai menyidai
makan minum masak memasak
hingga ke depan layan tetamu
ooohhhhhh badan rasa macam dah terlebih masam

orang lain masuk tidur
aku baru nak mula buka lap top
buat kerja untuk persediaan meeting siang esoknya
belum siap apa-apa lagi
entah bagaimana jadi nanti,
usah terkantoi depan khalayak sudahlah ya…
sempat tempah tiket MAS (airasia dah habis tiket)
untuk mereka balik kampung bila kembali dari haji nanti

Sekarang ni, MAS pun dah caj harga tempat duduk
sama macam airasia dah
maklumlah, ideologi airasia dah 20 peratus diserapkan dalam pengurusankan?
hu hu hu namun masih juga lebih murah harganya
tempah online berbanding beli di kaunter
sebab siangnya abang ipaQ belikan tiket untuk Mek Ayah
balik kampung terus setelah landing di KLIA
asalnya diapun nak balik begitu juga
bila tiket sedikit mahal
dia cadang beli online bila ada tawaran
nak buat macam mana
semua tiket airasia ke KB musim cuti sekolah tu
dah habis ditempah
dahsat betul ore Kelate balik kampung
ke bukan orang Kelate pergi melancong?

kalau abang ipaQ aku tau
harga online lebih murah dari pi beli sendiri di kaunter
gamaknya dia menyesal tak? hu hu hu

akhirnya, aku tak tidurpun biar setengah detik
sebab, kerja aku belum siap
depa semua dah bangun untuk bersiap ke Kelana Jaya
adusssssssssss mengantokkkkk ni!

Isnin, 10 Oktober 2011

Peralihan Kuasa

Khamis malam, tugas ambil alih berada pada tahap pra-ujian 
kisahnya dah aku papar dalam entri  
kakak dan abang ipaQ balik kampung pagi-pagi Jumaat 
hantar dua orang anak paling kecil 
Mek yang jaga 
ambil pula ayah dan mek mertua kakak
yang akan sama-sama ke Tanah Haram. 

Hari Jumaat, budak 4 orang tu mudah aje bangun,
bersiap dan pergi sekolah
kalau dengan ummi depa, payah benar nak bangkit dan mandi
tapi aku yang alami “kejutan budaya” sejak malam
tak terkata apa bila tengok rumah macam kapal pecah
sepanjang hari Jumaat aku lencun mandi peluh
belum sempat siap kemas dan masak, mereka dah balik tengahari
nasib baik hari Jumaat kelas agama mula lewat
petang, hantar Along ke sekolah; ada jamuan kelas
angkut Fahmi sama; kena tinggal van
baliknya singgah Econsave; beli sayur

sambil masak, sambil mengemas lagi
tak sedarpun malam dah tiba
tapi, rumah belum kemas juga
kemudian masak mehun goreng untuk makan malam

Sabtu pagi: kerah semua orang bersih rumah setelah tutup TV
kalau tak tutup, jangan harap nak bangun
depa semua berat punggung sikit,
biasanya ummi yang buat segala
liat buat semua perkara kecuali makan
baru hari pertama, aku dah semput nafas
40 hari masih lagi belum bermula
bagaimana nanti?

akhirnya: guna kerahan tenaga ala tentera Jepun
Fahmi dan Fahim kemas depan rumah
kemudian sental bilik air
entah berapa lama masa diambil
kena kerapkali jenguk dan pantau
bilik air belum bersih tapi sabun entah berapa banyak habis
akhirnya, bersih juga
siap budak berdua tu mandi sebab dah lencun

Along lipat baju yang dah aku cuci kemarinnya;
4 kali putar, nasib baik mesin yang buat
kemudian kemaskan ruang tamu
Angah kemas ruang keluarga kat atas
semua bilik di atas aku dah kemas kemarin
malamnya, apa yang aku kemas bersepah semula
kemas ruang sejemput itupun dia dah merungut
“Kan ummi dah bayar...tak kan kami kena buat?”
apalagi, hangin satu badanlah aku
kalau betul Ummi dia bayar, lainlah halnya
menjawab itu yang aku pantang sikit

suara aku yang ayu manis comel lemak berkrim
dan disukai ramai itu akhirnya BERTUKAR (ingat kartun Jepun je boleh?)
jadi monster, keluar kaler hijau muncul api menyala-nyala
depa ingat aku tak ada suara gamaknya
dan tak tahu berleter,
rupanya... satu taman perumahan boleh dengar

Ohhhhhh ada sesiapa berkenan nak buat Mak Tiri tak? hu hu hu

Akhirnya, misi tercapai. Bersih. Kemas. Macam rumah.
sebelum tu macam kapai karam
namun…hanya kekal untuk 30 minit pertama sahaja
bila mak bapak depa sampai dari kampung malamnya
dah bersepah semula!
Huh!
SESAK nafas aku!