Ahad kelam kabut dengan
macam-macam benda nak kena buat
keluarga abang ipaQ penuh rumah,
aku dan adik je yang jenguk kakak
dia pula kelam kabut nak siapkan
banyak benda
malam pun masih keluar
ramai tetamu terpaksa tunggu
aku tetiba terpaksa jadi tuan
rumah
kena kendalikan semua perkara
dari hal basuh membasuh sidai
menyidai
makan minum masak memasak
hingga ke depan layan tetamu
ooohhhhhh badan rasa macam dah
terlebih masam
orang lain masuk tidur
aku baru nak mula buka lap top
buat kerja untuk persediaan
meeting siang esoknya
belum siap apa-apa lagi
entah bagaimana jadi nanti,
usah terkantoi depan khalayak
sudahlah ya…
sempat tempah tiket MAS (airasia
dah habis tiket)
untuk mereka balik kampung bila
kembali dari haji nanti
Sekarang ni, MAS pun dah caj
harga tempat duduk
sama macam airasia dah
maklumlah, ideologi airasia dah
20 peratus diserapkan dalam pengurusankan?
hu hu hu namun masih juga lebih
murah harganya
tempah online berbanding beli di
kaunter
sebab siangnya abang ipaQ belikan
tiket untuk Mek Ayah
balik kampung terus setelah
landing di KLIA
asalnya diapun nak balik begitu
juga
bila tiket sedikit mahal
dia cadang beli online bila ada
tawaran
nak buat macam mana
semua tiket airasia ke KB musim
cuti sekolah tu
dah habis ditempah
dahsat betul ore Kelate balik
kampung
ke bukan orang Kelate pergi
melancong?
kalau abang ipaQ aku tau
harga online lebih murah dari pi
beli sendiri di kaunter
gamaknya dia menyesal tak? hu hu
hu
akhirnya, aku tak tidurpun biar
setengah detik
sebab, kerja aku belum siap
depa semua dah bangun untuk
bersiap ke Kelana Jaya
adusssssssssss mengantokkkkk ni!