Khamis malam, tugas ambil alih berada pada tahap pra-ujian
kisahnya dah aku papar dalam entri
kakak dan abang ipaQ balik kampung pagi-pagi Jumaat
hantar dua orang anak paling kecil
Mek yang jaga
ambil pula ayah dan mek mertua kakak
yang akan sama-sama ke Tanah Haram.
Hari Jumaat, budak 4 orang tu
mudah aje bangun,
bersiap dan pergi sekolah
kalau dengan ummi depa, payah benar nak bangkit dan mandi
kalau dengan ummi depa, payah benar nak bangkit dan mandi
tapi aku yang alami “kejutan
budaya” sejak malam
tak terkata apa bila tengok rumah
macam kapal pecah
sepanjang hari Jumaat aku lencun
mandi peluh
belum sempat siap kemas dan
masak, mereka dah balik tengahari
nasib baik hari Jumaat kelas agama
mula lewat
petang, hantar Along ke sekolah;
ada jamuan kelas
angkut Fahmi sama; kena tinggal
van
baliknya singgah Econsave; beli
sayur
sambil masak, sambil mengemas
lagi
tak sedarpun malam dah tiba
tapi, rumah belum kemas juga
kemudian masak mehun goreng
untuk makan malam
Sabtu pagi: kerah semua orang
bersih rumah setelah tutup TV
kalau tak tutup, jangan harap
nak bangun
depa semua berat punggung sikit,
biasanya ummi yang buat segala
liat buat semua perkara kecuali
makan
baru hari pertama, aku dah
semput nafas
40 hari masih lagi belum bermula
bagaimana nanti?
akhirnya: guna kerahan tenaga
ala tentera Jepun
Fahmi dan Fahim kemas depan
rumah
kemudian sental bilik air
entah berapa lama masa diambil
kena kerapkali jenguk dan pantau
bilik air belum bersih tapi
sabun entah berapa banyak habis
akhirnya, bersih juga
siap budak berdua tu mandi sebab dah lencun
siap budak berdua tu mandi sebab dah lencun
Along lipat baju yang dah aku
cuci kemarinnya;
4 kali putar, nasib baik mesin
yang buat
kemudian kemaskan ruang tamu
Angah kemas ruang keluarga kat
atas
semua bilik di atas aku dah
kemas kemarin
malamnya, apa yang aku kemas bersepah semula
malamnya, apa yang aku kemas bersepah semula
kemas ruang sejemput itupun dia dah
merungut
“Kan ummi dah bayar...tak kan
kami kena buat?”
apalagi, hangin satu badanlah
aku
kalau betul Ummi dia bayar,
lainlah halnya
menjawab itu yang aku pantang
sikit
suara aku yang ayu manis comel
lemak berkrim
dan disukai ramai itu akhirnya BERTUKAR
(ingat kartun Jepun je boleh?)
jadi monster, keluar kaler hijau
muncul api menyala-nyala
depa ingat aku tak ada suara
gamaknya
dan tak tahu berleter,
rupanya... satu taman perumahan
boleh dengar
Ohhhhhh ada sesiapa berkenan nak
buat Mak Tiri tak? hu hu hu
Akhirnya, misi tercapai. Bersih.
Kemas. Macam rumah.
sebelum tu macam kapai karam
namun…hanya kekal untuk 30 minit
pertama sahaja
bila mak bapak depa sampai dari
kampung malamnya
dah bersepah semula!
Huh!
SESAK nafas aku!