Selasa, 16 Ogos 2011

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN

Berikut sedikit maklumat untuk dikongsi bersama: Khusus untuk anak-anak negeri sembilan sahaja, kalau takat melintas sekali sekala di Nilai 3 tu...lupakan sahajalah ya hu hu hu


PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD, SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:-
  
  1. Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
  2. Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1.  Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anag Negeri Sembilan ; atau
  2.  Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan ; atau
  3.  Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Ketua Kampung/Penghulu/ JKKK/Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan).

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri SembiIan dan melaluI laman web www.yns.gov.my.

PERINGATAN

  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup
  3. permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.

PERMOHONAN DIBUKA;-

1 Jun - 31 Julai (bagi peringkat Diploma sahaja)
1 September - 31 Oktober (bagi peringkat PhD, Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda sahaja)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
TKT 11, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
JALAN YAM TUAN
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL:- 06-7628046 Website: www.yns.gov.my Email: admin@yns.gov.my

Isnin, 15 Ogos 2011

TAWARAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2011/2012

Berikut maklumat yang aku peroleh: 

Permohonan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Ijazah Sajana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan bagi sesi pengajian 2011/2012. 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

  1. Mendapat tawaran kemasukan atau mengikut pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan secara sepenuh masa KECUALI kursus Doktor Perubatan, Pembedahan dan Pergigian; 
  2. Sedang dan akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA; 
  3. Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak
  4. TIDAK mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi lain; 
  5. TIDAK mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta; dan 
  6. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.

CARA MEMOHON 
Semua pennohonan hendaklah dikemukakan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui di laman web seperti berikut: 
http://www.sarawak.gov.my 
http://escholarship.sarawak.gov.my 
http://www.psc.sarawak.gov.my 

DOKUMEN-DOKUMEN 

  1. Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal. 
  2. Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga DIWAJIBKAN untuk membawa bersama salinan asal DAN satu salinan fotokopi dokumen dan sijil yang berkaitan seperti yang telah DISAHKAN SEPERTI SALINAN ASAL dikemukakan kepada urusetia: 
  3. Salinan cetak borang permohonan secara dalam talian (Online Form); 
  4. Sekeping gambar berukuran paspot; 
  5. Kad pengenalan (MyKad); 
  6. Sijil kelahiran; 
  7. Salinan bank akaun/surat pengesahan akaun bank pemohon; 
  8. Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapalpenjaga (sila rujuk iklan di lam an web); 
  9. Surat Tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan (disahkan oleh Hal Ehwal Pelajar Institusi masing-masing); 
  10. Slip Elaun BersaralPenyata Pencen (jika berkenaan); 
  11. Sijil Kematian ibubapalSurat Asal Perakuan Cerai (jika berkenaan); 
  12. Sijil Kelulusan persekolahan: SPM/SPMV, STPM; 
  13. Sijil Akuan Ko-Kurikulum; dan 
  14. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti: Sijil pendaftaran pemohon kurang upaya (OKU)/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan MasyarakatI Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan) dan lain-lain. 

TEMPOH PERMOHONAN Tempoh permohonan adalah dari 30 Julai 2011 (Sabtu) sehingga 28 Ogos 2011 (Ahad). 


Ahad, 14 Ogos 2011

BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA 2011

Berikut adalah peluang kepada para pelajar kita yang telah berada di IPT untuk mendapatkan tajaan (biasiswa ya...bukannya pinjaman. Kalau biasiswa, tak payah bayar. Dapat ni memang raya sakan, tapi bila dah dapat...bukan senang nak pikul tanggungjawab. Perlu pertahankan CGPA sepanjang masa).

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama secara sepenuh masa mulai sesi 2011 di institusi pengajian tinggi awam di dalam kursus-kursus di IPTA seperti berikut;

Sarjana Muda Sains Kimia
Sarjana Muda Sains Fizik
Sarjana Muda Sains Biologi
Sarjana Muda Sains Matematik
Sarjana Muda Senibina

Keistimewaan

  1. Peluang mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara jika berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada setiap semester dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara).
  2. Berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi jika sekiranya terpilih menjadi tenaga akademik IPTA.

Syarat-syarat:

(a) Syarat-syarat Umum

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia; 
  2. Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon; 
  3. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1) dalam kursus-kursus IPTA yang ditetapkan; 
  4. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja, pemohon perlu menghentikan tajaan asal; 
  5. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia khususnya IPTA tertakluk kepada kesesuaian dan berjaya dilantik selepas tamat pengajian. 

(b) Syarat-syarat Khas

  1. Pemohon perlu mempunyai kombinasi kelayakan seperti berikut: 
  2. Pelajar baru di tahun pertama, semester satu; 
  3. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A+) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf; 
  4. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.50 di peringkat asasi IPTA/Matrikulasi/STPM; 
  5. Penerima biaya hendaklah memperolehi prestasi akademik sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester mulai semester pertama bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara); 
  6. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan; 
  7. Tertakluk kepada perjanjian, jika sekiranya penerima biaya memperoleh PNGK/CGPA di bawah 2.75 pada dua (2) semester berturut-turut atau melanggar syarat-syarat kontrak pembiayaan akan ditamatkan dan dituntut gantirugi. 


Calon tak layak memohon: 

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan; 
  2. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi; 
  3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Universiti / Foundation; dan 
  4. Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa. 

Perhatian:

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
  2. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan 
  3. Hanya pemohon yang layak sahaja boleh membuat permohonan. 
  4. Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian (on-line) dengan jelas, betul dan teliti. 
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos 2011 (Isnin), jam 12.00 tengah malam. 
  6. Borang yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh pihak universiti (TNC Akademik/Dekan/Timbalan Dekan Fakulti) sebelum dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPT. 
  7. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. 
  8. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang "SIMPAN & CETAK" dan seterusnya mencetak 1 salinan borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT. 
  9. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan hendaklah sampai ke Bahagian Biasiswa tidak lewat dari 13 September 2011 di alamat berikut: 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit IPTA) 

Semakan panggilan temuduga adalah pada 19 September 2011 (Isnin) mulai jam 2.00 petang.

Dapatkan maklumat lanjut tentang biasiswa Khas tenaga akademik IPTA.  

PssT: kepada adik-adik yang sentiasa cemerlang setiap semester, peluang ini sangat rugi untuk dilepaskan. Ini antara cara kementerian pengajian Tinggi melatih tenaga akademiknya semenjak awal lagi. Kalaulah terpilih, memang tak akan rugi  ------> promosi lebih pulak aku kan? macam jual kerepek pulak!

Sabtu, 13 Ogos 2011

BIASISWA SUKAN

Berita baik kepada adik-adik di Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat cergas dalam sukan.

Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
  
Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  
Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
  
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.


Program ini mempunyai objektif seperti berikut:
  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON Warganegara Malaysia;
  1. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah;Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atletIPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
  2. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Lanjutandari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
  3. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu:
  • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
  • Masih dan bergiat aktif sebagai atlet dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.
Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja di laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 19 OGOS 2011. (masih sempat lagi nak mohon)

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA:  mulai 12 - 18 SEPTEMBER 2011 (tertakluk kepada pindaan).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi : tony@mohe.gov.my
  
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5,
62200 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Azwan / Encik Tony / Encik Khuzaimi)
TEL : 03-8870 4794 / 4779 / 6143
FAKS : 03-89394303
Emel : azwan.a@mohe.gov.my / khuzaimi@mohe.gov.my /

OBJEKTIF

Jumaat, 12 Ogos 2011

Peluang Melanjutkan Pelajaran di Politeknik

Mungkin ramai orang ingat aku terlibat secara langsung dalam hal pengambilan pelajar, namun sebenarnya aku tidak tahu menahupun tentang hal ini. Semua maklumat yang aku tampal di blog ini hanyalah sebagai salah satu bentuk khidmat masyarakat yang aku harap dapat membantu adik-adik kita yang sangat bersemangat untuk menimba ilmu ke tahap yang lebih tinggi.

Sejujurnya, kalaulah semua maklumat sebegini tersebar secara meluas pada zaman aku bergelar pelajar macam apa yang ada sekarang ni, aku rasa aku mampu rancang hidup aku sejak awal lagi. Namun, kita tak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku, hidup perlu juga diteruskan. Jadi kepada adik-adik masa kini yang lebih beruntung, sila hargai setiap peluang yang ada.

Kepada adik-adik yang tidak tersenarai untuk mengikuti pengajian di matrikulasi, kolej atau IPT yang lain, (ramai sangat yang nak sambung belajar, tempat pula sangat terhad), peluang untuk belajar masih ada. Politeknik menyediakan peluang yang baik terutama dari segi kemahiran. Usah perkecilkan lulusan Politeknik kerana tidak ramai lepasan Politeknik yang menganggur kerana mereka mempunyai kemahiran teknikal yang tersendiri. Jadi, adik-adik usah gusar untuk mengikuti pengajian di Politeknik (adik aku yang kerja dengan Petronas itupun dahulu belajar di Politeknik, sekarang dah jadi Orang Minyak!).

Masih ada 3 peluang lagi untuk sambung belajar di politeknik iaitu;

Peluang Pertama

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) SESI DISEMBER 2011

Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my/ mulai 8 Ogos 2011.

Sila dapatkan no pin untuk permohonan dengan membeli di Bank Simpanan nasional (BSN) dengan mengemukakan Mykad (bagi mengelakkan kesilapan nombor Mykad).

Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.

Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.


Peluang Kedua

Permohonan Ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2011

Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.

Permohonan hendaklah dibuat melalui:

Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tel: 03-8884 9190

atau

Jabatan Pelajaran Negeri,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.


Peluang Ke Tiga

Permohonan Ke Program Diploma Di Politeknik METrO

Calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik METrO dipohon hadir untuk sesi khidmat nasihat, semakan kelayakan dan proses penawaran di Politeknik METrO yang berkenaan mulai 4 Ogos hingga 12 September 2011.

Tawaran ini tertakluk kepada syarat kelayakan dan kekosongan tempat pengajian.

Keutamaan akan diberikan kepada warga kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Bahru.

Iklan penuh boleh dilihat di sini


Kepada adik-adik yang masih lagi mencari hala tuju masa depan untuk menyambung pengajian, mungkin entri ini dapat membantu. Usah mudah putus asa untuk terus mencari peluang. Semakin sukar peluang itu datang, kita akan semakin hargainya.