Memaparkan catatan dengan label peluang belajar lepasan SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peluang belajar lepasan SPM. Papar semua catatan
Selasa, 10 April 2012
Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti di Sekolah Sukan
Kepada adik-adik yang aktif dalam sukan
Masih ada masa 5 hari lagi untuk memohon ke program pra Universiti Malaysia
Di sekolah sukan.
Berikut adalah maklumat berkaitan:
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012
Perhatian:
1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
Panduan Permohonan:
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN
2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
c. Ruang G. Perakuan
d. Ruang H. Pengesahan
3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
sebelum tarikh tutup permohonan 15 April 2012.
Borang permohonan ke sekolah Sukan 2012
Nota penting:
Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal.
Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Peluang Melanjutkan Pelajaran di Politeknik
Mungkin ramai orang ingat aku terlibat secara langsung dalam hal pengambilan pelajar, namun sebenarnya aku tidak tahu menahupun tentang hal ini. Semua maklumat yang aku tampal di blog ini hanyalah sebagai salah satu bentuk khidmat masyarakat yang aku harap dapat membantu adik-adik kita yang sangat bersemangat untuk menimba ilmu ke tahap yang lebih tinggi.
Sejujurnya, kalaulah semua maklumat sebegini tersebar secara meluas pada zaman aku bergelar pelajar macam apa yang ada sekarang ni, aku rasa aku mampu rancang hidup aku sejak awal lagi. Namun, kita tak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku, hidup perlu juga diteruskan. Jadi kepada adik-adik masa kini yang lebih beruntung, sila hargai setiap peluang yang ada.
Kepada adik-adik yang tidak tersenarai untuk mengikuti pengajian di matrikulasi, kolej atau IPT yang lain, (ramai sangat yang nak sambung belajar, tempat pula sangat terhad), peluang untuk belajar masih ada. Politeknik menyediakan peluang yang baik terutama dari segi kemahiran. Usah perkecilkan lulusan Politeknik kerana tidak ramai lepasan Politeknik yang menganggur kerana mereka mempunyai kemahiran teknikal yang tersendiri. Jadi, adik-adik usah gusar untuk mengikuti pengajian di Politeknik (adik aku yang kerja dengan Petronas itupun dahulu belajar di Politeknik, sekarang dah jadi Orang Minyak!).
Masih ada 3 peluang lagi untuk sambung belajar di politeknik iaitu;
Peluang Pertama
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) SESI DISEMBER 2011
Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my/ mulai 8 Ogos 2011.
Sila dapatkan no pin untuk permohonan dengan membeli di Bank Simpanan nasional (BSN) dengan mengemukakan Mykad (bagi mengelakkan kesilapan nombor Mykad).
Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.
Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.
Peluang Kedua
Permohonan Ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2011
Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
Permohonan hendaklah dibuat melalui:
Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tel: 03-8884 9190
atau
Jabatan Pelajaran Negeri,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Permohonan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.
Peluang Ke Tiga
Permohonan Ke Program Diploma Di Politeknik METrO
Calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik METrO dipohon hadir untuk sesi khidmat nasihat, semakan kelayakan dan proses penawaran di Politeknik METrO yang berkenaan mulai 4 Ogos hingga 12 September 2011.
Tawaran ini tertakluk kepada syarat kelayakan dan kekosongan tempat pengajian.
Keutamaan akan diberikan kepada warga kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Bahru.
Iklan penuh boleh dilihat di sini
Kepada adik-adik yang masih lagi mencari hala tuju masa depan untuk menyambung pengajian, mungkin entri ini dapat membantu. Usah mudah putus asa untuk terus mencari peluang. Semakin sukar peluang itu datang, kita akan semakin hargainya.
Langgan:
Catatan (Atom)