Memaparkan catatan dengan label atlet sukan boleh mohon biasiswa pengajian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label atlet sukan boleh mohon biasiswa pengajian. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Ogos 2011

BIASISWA SUKAN

Berita baik kepada adik-adik di Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat cergas dalam sukan.

Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
  
Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  
Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
  
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.


Program ini mempunyai objektif seperti berikut:
  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON Warganegara Malaysia;
  1. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah;Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atletIPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
  2. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Lanjutandari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
  3. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu:
  • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
  • Masih dan bergiat aktif sebagai atlet dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.
Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja di laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 19 OGOS 2011. (masih sempat lagi nak mohon)

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA:  mulai 12 - 18 SEPTEMBER 2011 (tertakluk kepada pindaan).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi : tony@mohe.gov.my
  
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5,
62200 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Azwan / Encik Tony / Encik Khuzaimi)
TEL : 03-8870 4794 / 4779 / 6143
FAKS : 03-89394303
Emel : azwan.a@mohe.gov.my / khuzaimi@mohe.gov.my /

OBJEKTIF