Rabu, 3 Ogos 2011

Nuffnang Kena Hack Lagi Ke? Awatnya Tarik Balik Semua Iklan kat blog aku???


Apaaaaaaaaaaaa????????? tarik balikkkk? kenapaaaaaaaaaaaaaa?????
terjerit sekejab aku bila tengok semua iklan kat blog padam
tak ada satupun yang melekat
apa dah jadi ni?
Ini namanya cabaran @ ujian pada bulan Ramadhan
hek elehhhhhh macamlah besau sangatpun ujiannya la la la

dengan terlompat-lompat kataknya
terlari-lari ungka (ungka berlari ke?)
aku semak status nuffnang: masih lagi Gliterati
bila tengok bawah sikit...
Alamakkkkkkkkkkkkkkkk! macam mana link blog aku
kat bahagian Pengurus blog dah hilang? Dahhhhhh kosongggggggggg!
terbeliak biji mata aku sekejab
(boleh bayangkan tak macam mana beliaknya biji mata aku tu?)
Suspen betul ni
apa dah jadi ni...mulalah dok kalut sensorang
bukan apa, aku ni tak reti nak pasang kat html tu...selalu je kantoi!


Baru je semalam aku gumbira tahap Zirafah jumpa hutan rimba
boleh guna untuk raya
siap taksub, riak, tamak dan penuh haloba lagi
hari ni dah mula dahhhhhhh
malas nak pikir apa,
aku cuba daftar semula
banyaknya kena isi soalan dia
rasanya dulupun tak sebanyak ni
jawab ajelah ya labuuuuuu...asalkan iklan aku berkelip semula
paling penting Nuffnang tak lupuskan visitor blog aku seharian ni
jangan mula balik dari kosong sudahlah
kalau nuffnang letak balik 14 juta kat situ
aku hepi aje
tapi kalau balik ke zero semula
adalah yang nak kena ni
kang tak pasal-pasal Tasik Cempaka bertukar rupa
ada menara Eafel pulak kat situ
payah!

Dah isi form segala, kemudian tekan butang send
tapi yang keluar hanyalah ini;
“This page is under maintenance. Please try again shortly”


Maknanya Nuffnang tahulah kan tengah ada masalah tu

dua tiga saat kemudian aku cuba lagi sekali
haaaaaaaaaa dahpun boleh masuk
Tapi sedihnyaaaaaaaaaaaaa bila nampak ni;


Semua aktiviti, link, jumlah visitor dan bla bla bla dah jadi KOSONG
kan benda tu yang aku pikir tadi
ohhhhhh baru je terfikir, kenapa harus berlaku?
Tolong!!!! Tolong!!!! Tolong!!!

Apapun, kita bagi peluang kepada Nuffnang untuk baiki keadaan
dia orang tengah tungkus lumus dok godek sana sini
Errrr...ada hantu ke bulan Ramadhan macam ni?
Mmmmmm jomlah baca cerita hantu dulu
sementara tunggu Nuffnang siapkan kerja dia orang


Aku nak pi masak cekodok sat
untuk berbuka nanti...huh!!!!! belum jam dua sayang oiiiiiiii!
Lambat lagi nak berbukanya...
Adusssssssssssssss!

Ingatkan aku sorang je yang kena
ada jugak yang senasib
sama-samalah kita sabar ya
walaupun earning Nuffnang turut turun jejak RM0.00 semula
kalaulah earning tu ribu riban, memang menyakitkan minda
maklumlah dah plan nak beli Celica balik raya nanti
tapi sebab earning blog aku tu hanyalah juta-juta rupee sahaja
redha ajelah!



Selasa, 2 Ogos 2011

Hantu Jepun Tampar Imam Muda


Alhamdulillah, dahpun masuk hari ke dua kita berpuasa
Wahhhhh makan besar nampak masa berbuka semalam!
kalau boleh, gajahpun kita nak lapah, siangnya
dah malam...teguk air segelas dua, jamah kuih sebiji dua
terus hadap nasi, dahpun sendat isi perut ya
sampai rasa tak boleh nak bangun
tersandar je kat dinding
hu hu hu aku la tu kan
hadap hanya sepiring cekodok bawang dengan air mineral
campur kurma dua biji
Siap! Berjaya juga aku kurangkan makan untuk hari pertama
esok belum tentu lagi


entri ini adalah sambungan dari

sebelum aku tinggal di asrama sekolah tu
kakak aku memang pernah tinggal situ 2 tahun
banyak cerita hantu aku pernah dengar dari dia sebelumnya
salah satunya tentang rakan sekelasnya sejak tingkatan satu
aku kenal kawan kakak aku tu
tambah pula aku juga berkawan dengan adiknya, Nora
(ni bukan Nora penyanyi pooooojaan ramai tu ya, Nora lain)

Abang kepada Nora ni kira agak warak
berbanding pelajar lelaki lain di sekolah kami
kira lelaki idaman Malaya yang agak hensem,
baik, pendiam dan lebih tahu hal-hal agama
pandai mengaji, dan seumpamanya ciri-ciri lain bagi seorang yang alim
kerana itu dia dilantik sebagai imam di surau sekolah kami
kira imam muda lah ya sebab waktu itu kami masih muda lagi
(sekarang pun masih muda apa la la la)

sebagai Imam yang ada kalanya merangkap Bilal, penyusun sejadah,
tukang cuci dan kemas masjid serta sebagainya
dia ada satu bilik di surau itu
jadinya, dia jarang bermalam di asrama
sebab nak berjaga malam untuk belajar
masa itu musim peperiksaan dah dekat
Orang lain mana boleh berjaga malam di asrama
jam 11 malam semua lampu dah kena tutup
(tetapi ramai juga yang curi-curi belajar dalam gelap,
kira aktiviti subbersif waktu tengah malam sambil kunyah biskut mayat)

satu hari, si Imam Muda yang hensem ini
tidur awal dan bangun semula dalam jam 3 pagi
sebelum belajar, dia nak buat tahajud dulu
jadi kena pergi ambil wuduk kat bahagian belakang surau
bahagian ambil wuduk itu bersifat terbuka
ada paip dan kolah,
sebelah kolah itu pula ada jalan kecil
selalu digunakan pelajar puteri untuk ke bahagian surau perempuan

ketika tengah ambil wuduk itu
dia dengar bunyi orang kawad
mulanya dia buat tak tahu sahaja
dah pukul tiga pagi, orang gila pun tak kawad masa tu kan
apalagi kalau buat aktiviti ko-kurikulum kadet polis
memang tak logik
makin lama makin dekat bunyi pasukan kawad tu
makin lama makin dekat
kemudian dia berpaling ke belakang
memandang arah jalan kecil sebelah kolah itu
dia nampak satu pasukan tentera Jepun tengah kawad
itu dia boleh buat tak tahu lagi
sebab dia memang dah tahu kawasan asrama sekolah kami
memang sangat banyak benda-benda mistik sebegitu
namun, dia terpegun tak terkelip sebab
tentera Jepun yang berkawad itu
tak ada kepala kecuali ketuanya
(heran jugak aku, macam mana suara mereka boleh kuat
kalau tak ada kepala. Mana datangnya suara itu kalau tak ada mulut.
tolong terangkan sikit kat aku bagi yang tinggi imaginasinya ya)

Tengah dia dok terkelip-kelip tengok soldadu Jepun tanpa kepala itu berkawad
dia tak sedar ketua tentera jepun dah ada depannya
siap cakap dan marah-marah dengan dia
dalam bahasa Jepun yang sepatah harampun dia tak faham
yang dia retipun bila hantu tu sebut haizz! haikk! je
mungkin sebab dia tak tunduk hormat
kat hantu Jepun tu
dia dapat penampar free sebelum ketua hantu Jepun tu pergi

Pagi itu, dia tak jadi menelaah
terus sahaja balik asrama dan masuk selimut
esoknya dia demam
dan yang peliknya, pipi sebelah ditampar hantu Jepun itu
kelihatan merah, lekat lima jari kat situ
tak ada siapa mampu jawab
apa yang sebenarnya berlaku
Imam Muda tu sendiripun tak mampu nak jawab
tentang pengalamannya itu.

Orang kata bulan Ramadhan syaitan kena gari
ada tak sesiapa pernah jumpa hantu bulan puasa begini?


Isnin, 1 Ogos 2011

Rezeki Ramadhan dari Nuffnang



Waaaaaaaaaa murah rezeki hari ni
balik rumah dapat cek dari nuffnang
penebusan pertama aku sejak tampal iklan nuffnang kat blog
itupun setahun juga daftar nuffnang tapi tak letak iklan pun
masa tu tak berapa nak tahu caranya
godek sana godek sini pun terburai segala
entah macam mana
akhirnya jadi juga

Dah tampal iklan nuffnangpun
bukannya terus melekat iklan kat situ
selepas sebulan dua baru muncul
itupun sekali sekala sahaja iklan nuffnang ada di blog aku waktu tengah malam buta
namapun tengah malam buta, aku pun tak baca blog
apalagi orang nak datang baca blog aku
berbulan-bulan lamanya dok tunggu je
entah bilalah orang nak klik iklan tu
tak juga masuk syiling dalam akaun aku
maklumlah sekali klik dapat 25 sen
entah berapa ramai nak klik baru boleh masuk tabung tu kan?
Sedih bebenor rasanya ketika itu
maklumlah, dengar cerita dari blogger lain
ribu riban mereka dapat dari iklan nuffnang di blog
asyik bertambah je tabung mereka
selalu tebus je pendapatan iklan mereka tiap bulan
sedangkan aku hanya boleh baca je dengan mata terkulat-kulat

Walaupun selepas itu ada iklan melekat kat blog aku
bukan banyak mana aku boleh dapat
bukan ramai pun orang datang jengah blog ni
aku pulak tak sempat pun nak promosi bagai
atau lakukan blogwalking ke blog orang lain
masa terlalu cemburu buat aku
akhirnya, aku biarkan ajelah
orang kata kalau ada rezeki aku
memang tak akan ke mana.

akhirnya, detik ditunggu-tunggupun sampai
setelah sebegitu lama tampal iklan nuffnang kat blog
dengan harapan nak dapat pendapatan ratus ribu juta sebulan
kemudian boleh beli banglo yang dijaga dek mat Bangla
dapatlah juga merasa penebusan pertama ini
disebabkan jumlahnya sangat banyak angkanya sangat besar
niat asal nak beli kasut kerja terpaksa dipadamkan seketika
(besau bebenor sampaikan nak beli kasutpun kena tangguh!)
makanya, aku akan gunakan duit hari raya yang Nuffnang bagi itu
untuk urusan dan keperluan hari raya dan balik kampung nanti
Tau lah sikit, tapi...kalau guna yang ni,
sikit ajelah aku akan tambah nanti
nampak benar kan BANYAKKKK sangat jumlah tu hu hu hu

Malam ni, aku mimpi peluk nuffnang
sambil mintak bonus tambahan la la la


PsssT: Asalnya aku nak lekat gambar cek HSBC tu dengan penuh riak dan takbur,
selepas Syaitan kena rantai mana-mana orang persi solat terawih
niat yang terkandung riak takbur dan haloba itu aku padamkan sahaja
(baca: aku malas)
jadinya tak ada bukti aku dah dapat cek nuffnang tu hu hu hu

PssssT 2: Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh alam
semoga kita mengejar pengisiannya yang lebih baik
berbandingtahun-tahun sebelum ini.

Ahad, 31 Julai 2011

Resipi Ikan Singgang Kelate Versi Anyss


Hari ni hari skodeng anak bulan
kita akan tahu
Tarikh puasa untuk tahun ni
kita tunggalah ya pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Isnin atas Selasa akan mula puasa Ramadhan
Kalau Isnin kan best…tak sabar ni

Sempena Ramadhan nan mulia ni
Apa kata aku bagi resipi paling mudah seanterio alam ni
Sesuai jugak untuk berbuka puasa;
Hidangan berkhasiat untuk perut yang kekosongan sepanjang hari;
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa resipi Ikan Singgang
versi aku punya (aku je masak ikan singgang gaya gini!)


Yummyyyyyy Hirup kuah hingga menjilat siku!

Bahan-bahan untuk masak Ikan Singgang

2 ekor ikan kembung sederhana besar, Boleh juga guna 4 ketul ikan tongkol (ikan Aya)
5-6 keping lengkuas
2-3 keping asam gelugur
2-3 kuntum bunga kantan (dibelah dua)- aku sorang je buat ikan singgang letak bunga kantan sebab aku memang suka rasa bunga kantan.
1-2 ulas bawang putih (dimayang)
1-2 ulas bawang merah (dimayang)
1 labu bawang besar yang sederhana (dipotong)
Cili padi (sesedap rasa berapa banyak). Boleh juga letak cili besar.
Tomato kalau suka.
Sayur: seperti bendi, karet, putik jagung, cendawan (ikut citarasa)
Air (sesedap rasa berapa banyak)
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasak Ikan Singgang


Masukkan air dalam periuk bersama lengkuas, asam keping (gelugur), bawang merah, bawang putih. Masak hingga mendidih.
Masukkan bawang besar, cili, bunga kantan, garam.
Masukkan sayur (ikut jenis sayur. Kalau karet atau putik jagung perlu masukkan awal supaya empuk. Kalau cendawan dan bendi, dah nak masak baru masukkan).
Masukkan ikan. Didihkan hingga ikan masak dan sayur empuk.
Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.
Tutup periuk. Biarkan tomato masak dengan wap dan air yang panas itu.


Selamat mencuba.

Walaupun orang tak pandang pun masak singgang ikan sebegini, tapi aku paling suka…hingga menghirup kuah srup! srup! Jangan risau kalau ikan tersebut tak dapat dihabiskan terus. Boleh hangatkannya hingga beberapa hari. Kuahnya yang sedikit masam itu akan menyerap masuk ke dalam ikan. Ikan berkenaan sangat sedap kalau digoreng. Dah cuba baru tahu, tapi…awas! Goreng ikan singgang sangat mencabar sebab ikan berkenaan akan meletup-letup masa digoreng. Jadi kena tutup kuali sepanjang masa goring ikan berkenaan. Selamat mencuba!

Sabtu, 30 Julai 2011

Kitar Semula Puisi Ramadhan Tahun Lepas


Ini Entri kitar semula. nak tengok entri asal, sila klik pada tajuknya.



Selamat datang ya Ramadhan,
Kunantimu dalam simpuh malu
dengan wajah tertunduk
dengan pandangan jatuh ke lantai
Sesekali, jemari menyeka hujung selendang
melabuh tutupi muka
selindung duka

Tiada paluan kompang
Menyambut datangmu, Ramadhan
Hanya jendela kecil di sisi tingkap kaca
kukuak luas
menanti teduh rahmatMu pamit
menunggu dingin rahmanMu singgah
Di kamar sepi terselubung rintih ini
setia kutunggu dalam gemuruh memalu dada.

Akulah sang pesalah menunggumu
mohon pengampunan
Akulah sang pelarian menantimu
mohon perlindungan
Akulah musafir sesat dilautan dunia
mohon ditunjuki jalan tanpa liku.

Marhaban ya Ramadhan,
Tanganku terlalu kecil, menadah datangmu
Hati ini terlalu sempit, menanti saat dilapangkan
Jiwa yang terpalit debu ini,
menunggu detik dibersihkan.

Aku rindukan aku yang dulu
Dalam samar Ramadhan
menemukan benderang cahaya
dalam kilau Ramadhan
disuluhi wangi hidayah
Lalunya kali ini
Anugerahilah ia sekali lagi.


Bandar Baru Bangi