Memaparkan catatan dengan label kisah hantu di sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah hantu di sekolah. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

Hantu Jepun Tampar Imam Muda


Alhamdulillah, dahpun masuk hari ke dua kita berpuasa
Wahhhhh makan besar nampak masa berbuka semalam!
kalau boleh, gajahpun kita nak lapah, siangnya
dah malam...teguk air segelas dua, jamah kuih sebiji dua
terus hadap nasi, dahpun sendat isi perut ya
sampai rasa tak boleh nak bangun
tersandar je kat dinding
hu hu hu aku la tu kan
hadap hanya sepiring cekodok bawang dengan air mineral
campur kurma dua biji
Siap! Berjaya juga aku kurangkan makan untuk hari pertama
esok belum tentu lagi


entri ini adalah sambungan dari

sebelum aku tinggal di asrama sekolah tu
kakak aku memang pernah tinggal situ 2 tahun
banyak cerita hantu aku pernah dengar dari dia sebelumnya
salah satunya tentang rakan sekelasnya sejak tingkatan satu
aku kenal kawan kakak aku tu
tambah pula aku juga berkawan dengan adiknya, Nora
(ni bukan Nora penyanyi pooooojaan ramai tu ya, Nora lain)

Abang kepada Nora ni kira agak warak
berbanding pelajar lelaki lain di sekolah kami
kira lelaki idaman Malaya yang agak hensem,
baik, pendiam dan lebih tahu hal-hal agama
pandai mengaji, dan seumpamanya ciri-ciri lain bagi seorang yang alim
kerana itu dia dilantik sebagai imam di surau sekolah kami
kira imam muda lah ya sebab waktu itu kami masih muda lagi
(sekarang pun masih muda apa la la la)

sebagai Imam yang ada kalanya merangkap Bilal, penyusun sejadah,
tukang cuci dan kemas masjid serta sebagainya
dia ada satu bilik di surau itu
jadinya, dia jarang bermalam di asrama
sebab nak berjaga malam untuk belajar
masa itu musim peperiksaan dah dekat
Orang lain mana boleh berjaga malam di asrama
jam 11 malam semua lampu dah kena tutup
(tetapi ramai juga yang curi-curi belajar dalam gelap,
kira aktiviti subbersif waktu tengah malam sambil kunyah biskut mayat)

satu hari, si Imam Muda yang hensem ini
tidur awal dan bangun semula dalam jam 3 pagi
sebelum belajar, dia nak buat tahajud dulu
jadi kena pergi ambil wuduk kat bahagian belakang surau
bahagian ambil wuduk itu bersifat terbuka
ada paip dan kolah,
sebelah kolah itu pula ada jalan kecil
selalu digunakan pelajar puteri untuk ke bahagian surau perempuan

ketika tengah ambil wuduk itu
dia dengar bunyi orang kawad
mulanya dia buat tak tahu sahaja
dah pukul tiga pagi, orang gila pun tak kawad masa tu kan
apalagi kalau buat aktiviti ko-kurikulum kadet polis
memang tak logik
makin lama makin dekat bunyi pasukan kawad tu
makin lama makin dekat
kemudian dia berpaling ke belakang
memandang arah jalan kecil sebelah kolah itu
dia nampak satu pasukan tentera Jepun tengah kawad
itu dia boleh buat tak tahu lagi
sebab dia memang dah tahu kawasan asrama sekolah kami
memang sangat banyak benda-benda mistik sebegitu
namun, dia terpegun tak terkelip sebab
tentera Jepun yang berkawad itu
tak ada kepala kecuali ketuanya
(heran jugak aku, macam mana suara mereka boleh kuat
kalau tak ada kepala. Mana datangnya suara itu kalau tak ada mulut.
tolong terangkan sikit kat aku bagi yang tinggi imaginasinya ya)

Tengah dia dok terkelip-kelip tengok soldadu Jepun tanpa kepala itu berkawad
dia tak sedar ketua tentera jepun dah ada depannya
siap cakap dan marah-marah dengan dia
dalam bahasa Jepun yang sepatah harampun dia tak faham
yang dia retipun bila hantu tu sebut haizz! haikk! je
mungkin sebab dia tak tunduk hormat
kat hantu Jepun tu
dia dapat penampar free sebelum ketua hantu Jepun tu pergi

Pagi itu, dia tak jadi menelaah
terus sahaja balik asrama dan masuk selimut
esoknya dia demam
dan yang peliknya, pipi sebelah ditampar hantu Jepun itu
kelihatan merah, lekat lima jari kat situ
tak ada siapa mampu jawab
apa yang sebenarnya berlaku
Imam Muda tu sendiripun tak mampu nak jawab
tentang pengalamannya itu.

Orang kata bulan Ramadhan syaitan kena gari
ada tak sesiapa pernah jumpa hantu bulan puasa begini?