Khamis, 14 Julai 2011

Gaji Bulan Julai Pekerja Kerajaan Akan Ditarik?


Hahhhhhhh?
Biar betoiiiiiiii! Mana korang dengar cerita ni?
khabar angin ke khabar betul?

huih! Kot ya pun nak gebang
janganlah hal-hal sensitif macam ni
aku ni orang perkhidmatan awam
walaupun kerja ikut suka aku
macam mak bapak aku punya ini Malaysia
yang penting kerja kena siap
tonggang terbalik siang malam perah otak sampai kecut
tak kan nak tarik gaji bulan Julai kot
karang nak makan apa?
memanglah aku suap mulut aku je
tapi mulut meragam aje sepanjang bulan
macam-macam nak makan
tak agak-agak dah bila meroyan nak makan itu inimacam mengidamlah pulak!
macam mana pulak nak bayar bil, dah 2 bulan tak bayar ni
bil hilang ke ada orang tolong bayar?
macam mana pulak nak isi tangki
merempitpun pakai petol jugak beb!
Tak ada petrol, tak leh hantar kerepek tu karang
kang tak beraya satu Bangi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya
bekalan kerepek raya tak sampai
bukan aku je yang letih
ramai orang akan haru biru nanti

Ni apa pasai gaji penjawat awam yang kerja dengan kerajaan Malaysia
nak tarik bulan Julai ni?
Belanjawan mana pulak guna pakai ni?
Malas lah nak bebel panjang-panjang
tengok ajelah kat bawah ni ya
jangan marah aku
aku pun tak tau apa-apa
aku hanya bahaQ je pun
marahlah kat orang yang buat hal ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ramai juga ek yang nak tahu
pasal bonus untuk raya
dan hujung tahun nanti
Kalau tak ada bonus
huhhhhh letih jugak tu
semua benda dah naik harga
bonus penjawat awam untuk tahun 2012 akan naik tak nanti?

Rabu, 13 Julai 2011

Tapai Ubi Kayu Goreng




Rindu sangat nak makan benda ni
payah nak jumpa kat sini
biasanya aku sebat sampai puas hati
bila balik kampung sekali sekala

balik kampung hari tu
tak sempat nak rembatpun
tak berpeluang
Banyak kali pergi rumah Cik Bintang
lepak-lepak sambil makan kerepek ubi yang rangup dan sedap
tapi hati masih juga terkonang-konang
kesedapan Tapai Ubi Kayu Goreng
hanya jeling-jeling penuh kemanjaan sahaja
tapai ubi kayu dalam peti ais



Comot je nampak, tapi...yummy je untuk tekak aku la la la

dah tak tahan sangat-sangat
aku goreng sendiri tapai ubi kayu ni
walaupun rupanya tak secantik mana
rasa tak sehebat mana
untuk sementara waktu ni...anak tekak boleh dok diam sekejab
boleh mengidam benda lain pulak
ye tak?

Adoiiiiiii mana nak cari ubi kayu ni???
napelah anak tekak aku ni suka sangat benda-benda yang remeh nak buat?
Ada sesape pandai buat bingka ubi kayu yang sedap tak?
Ada tak?
Nak buat untuk aku tak?
Nak la! nak la!
yang sedap sahaja ya (demand la pulak!)
Errrr...nak kena pergi tanam pokok ubi kayu dahulu ya kawan-kawan
nanti nengok jadi ke idaknya aku godek-godek ubi kayu tu
jadi bingka
ataupun sebenarnya jadi keluli
yang keras dan bersedia untuk dilepaskan ke angkasa
hingga singgah di bulan

Opssssss! sebelum aku merapu meraban lebih panjang
baik aku pergi tanam ubi kayu dulu ya
Errrr sebenarnya letih tak tertahan nak celik mata dah ni
esok cerita bahana apa menyebabkan aku rasa macam
nak tidur je sampai esok
babai!

Selasa, 12 Julai 2011

Laman Web PLKN Jem Kena Serang

Bermula semalam
para remaja yang lahir pada 1994
sudah boleh menyemak PLKN
di http://www.khidmatnegara.gov.my
untuk pengambilan pelatih siri 9/2012
selama 3 bulan sesi latihannya
Calon pelatih boleh juga semak melalui khidmat pesanan ringkas SMS
Taip PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888
atau hubungi talian 03-40274747.
Kalau terpilih, semak kem yang menempatkan pelatih
Taip PLKN KEM [no kad pengenalan ] dan hantar ke 15888

Sepanjang hari semalam
Laman Web PLKN Jem Kena Serang
dianggarkan 500 ribu remaja akan sertai PLKN kali ini
kalau 10 peratus sahaja yang serbu laman web itupun
memang dah boleh buat sesak melampau
lagi sesak dunia maya dari Puduraya masa perhimpunan bersih 2.0

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya
sangat seronok dan banyak manfaatnya ikut program ni
Tak percaya?
Cuba sertai dulu, nanti mesti rasa seronok
sedih bila dah berpisah semula dari rakan-rakan
Tak percaya lagi?
Pergi dululah baru tahu macam mana

Aktiviti Baru Yang Mengujakan


Memang mengujakan. Sekarang ni aku dah tak ada sangat masa yang boleh digunakan untuk melapang waktu dan ikut aktiviti berarak sana sini bersihkan persekitaran Kuala Lumpur dari sampah sarap dan sampah masyarakat. Masa aku penuh dari pagi sampai tengah malam, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan. Waaaaa letak je kepala kat bantal...yupppppp! Kejab je dah lena. Biasanya akan ambil masa untuk golek kiri golek kanan menung pandang dinding, kira putaran kipas, atau kena kira biri-biri putih sampai sejuta kali sebelum tenggelam dikacau hantu dalam mimpi. Nak mimpi pun tak ada masa, apalagi nak berangan walaupun berangan tu tak payah nak bayar.

Hari minggu lepas masa semua orang dok kalut pasal jalan tutup dan banyak sekatan jalan raya tu, aku tengah kalut tak cukup tangan dok packing benda ni:

Meruku Homemade


Kerepek Ubi Kayu pedas kering


Ni contoh je lah kan. Kasi clear sikit gambar. Nampak tak betapa nipis dan garingnya keropok ni? Sangat rangup dan rapuh kuruk kruk je memanjang tak mau nak berenti dah bila mengunyah. Sekelip masa sahaja dah ghaib satu plastik la la la. betul ni...tak tipu. Aku makan kerepek ubi pedas kering ni sampai sakit lidah hu hu hu pecah rahsia.

Maaflah, lupa langsung nak ambil gambar yang dah siap packing. Sebabnya, sangat kalut kejar masa untuk operasi membungkus. Ahad petang tu, aku kena hantar kepada Mas kat Serdang. Dia ni memang suka sangat menjual barang. Apa-apa barang ajelah. Kalau musim raya tu, kuih raya memang sah dia akan jual. Tikar buluh tu pun dia boleh jual berpuluh bidang, apalah sangat takat kuih raya. Jadi menu dia tahun ni bertambah dengan kerepek dan meruku yang aku bekalkan ni.

Janjinya jam 6.30 petang sebab dia ada kursus hari Sabtu dan Ahad tu. Aku kena kejar juga hantar hari Ahad sebab dia nak bawa ke pejabat hari isnin. Kacau bilau jugalah dua hari tu aku bungkus, sebab bukan untuk dia sorang je. Agen kami kat Semenyih juga ada mintak hantarkan sementara nak tunggu datang yang baru untuk jualan hari raya. Akhirnya berjaya juga aku hantar kepadanya beberapa jenis kerepek seperti Kerepek Pisang Abu, Opak BBQ, Kerepek Kacang Dhal, kerepek Ubi Pedas dan Meruku. Setiap jenis tu semuanya 10 pack kecuali Ubi pedas, 20 bungkus.Minggu depan hantar yang lain pulak.

Jam 7.15 baru sampai kat rumahnya. Jalan sibuk sikitlah walaupun tak sesak. Maklumlah semua orang dah nak mula kerja hari Isnin setelah penat lelah lari dari sekatan jalan raya sepanjang Perhimpunan Bersih Sabtu tu. Nasib baik sempat hantar.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, sekarang ni aku dah jadi agen mengedar kerepek dan meruku. Aku jadi egen mengedar pelbagai jenis kerepek dan Meruku di kawasan Bandar Baru Bangi, UKM, Kajang, semenyih, Putrajaya, Nilai 3 dan Nilai tu, bolehlah buat tempahan kalau berminat. Untuk tempahan yang banyak bagi kawasan ini, insyaAllah aku boleh hantar kat tempat tertentu. Maksudnya, janji nak jumpa mana-mana, stesen petrol ke, Kedai makan ke, atau simpang-mana-mana bolehlah hantar sekejab.

Sekarang ni jualan lebih kepada jualan pra-Ramadhan. Kalau nak mengunyah kat pejabatpun boleh, tak ada hal punya, Cuma jangan terbabas kunyah masa Ramadhan nanti sudahlah ya.

Tempahan raya pun dah boleh buat. Tempah awal-awal memang insyaallah ada stoknya. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang hingga 15 Ogos 2011 (untuk kegunaan Aidilfitri) bergantung kepada stok. Biasanya kalau musim raya, stok mudah habis. Jadi, harganya akan meningkat secara mendadak kecualilah nak beli pada malam raya di Chow Kit, tu lain kiralah. Masa tu aku dah gantung langsir kat kampung dah, tak maulah usung kerepek raya lagi.

Tempahan boleh dibuat terus ke email kerepekrembow@gmail.com  atau ke email aku di annieyss@gmail.com  Boleh juga tinggalkan pesanan di bahagian komen entri ni. komen yang ada nombor telefon aku tak akan siarkan, karang tak pepasal hotline pulak nombor orang kan.

Maklumat lain pasal kerepek raya ni (tak semestinya makan kerepek musim raya je...aku hari-hari makan kerepek hingga lidah pun dah tercedera), nanti aku bagi tau dalam entri yang lain. Nak sambung buat kerja dulu ya...esok nak mesyuarat, kerja aku belum sempurna lagi. Kerepek tu kerepek juga, kerja kena siapkan ikut masa.

Isnin, 11 Julai 2011

Video Bersih 2.0 di Kuala Lumpur



9 Julai dah berlalu dua hari. Sejak tarikh itu hingga Ahad malam (masa aku buat entri ni: nampak sangatkan aku buat entri memalam untuk tayang sensiang), talian internet masih lagi sangat perlahan. Mungkin sebab semua orang serbu dan online untuk cari maklumat terkini pasal hal-hal panas yang berlaku di negara kita ni.

Sambil cari maklumat dan tengok video sepanjang Bersih 2.0 ini, aku kumpulkan juga video berkenaan untuk tatapan kalian. Semuanya boleh tengok di Youtube, tapi bukan semua orang rajin nak tengok setiap video yang dimuatnaikkan di situ. Jadi, aku tampal kat sini untuk tatapan kalian yang malas sikit nak geledah semua koleksi di youtube tu. Nak buat macam mana, hari ni tetiba terrajin pulak nak buat khidmat masyarakat. Jom kita lihat Video Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Sekitar Pudu Raya


KLCC


Jalan Petaling


Dataran Merdeka


Stadium Merdeka


KTMB Kuala Lumpur


Jalan Tun Perak


Pasar Seni


Kita dengar Kenyataan Media oleh Ketua Polis Negara berkenaan aktiviti dan tangkapan yang dibuat ketika Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur, Malaysia.


Akhirnya, inilah yang Orang Luar faham tentang Malaysia bila berlaku BERSIH


Inikah Malaysia yang kita nak?


Sampai sekarang, aku masih lagi tak faham apa tujuan BERSIH ni? Adakah mereka nak bersihkan Kuala Lumpur dari sampah sarap yang berlonggok? Hapuskan tempat pembiakan aedes? Tingkatkan mutu udara kuala Lumpur yang agak tercemar untuk hidung aku sedut?

Ada tak sesiapa yang boleh fahamkan kepala otak aku yang tak berapa nak cerdik ni, apa yang BERSIH nak tuntut sangat-sangat tu? Bagi aku faham sikit (Peringatan: aku ni kalau tak faham memang sampai tahap bebal, jadi sila terangkan dengan panjang lebar dan lebih jelas. Kalau tak faham aku akan bertanya sampai faham).

Alfatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lepas. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati. Gosip-gosip belakang tabir tentang kematian Allahyarham Baharudin Ahmad ini boleh di baca di blog Hafiz Rahman.