Khamis, 31 Mac 2011

Mengejar Biri-Biri Gemok Di Lereng Gunung

Mek kata aku suka berangan. Memangpun aku suka berangan. Sejak kecil pun aku suka berangan dan hidup dalam khayalan sendiri. Angan-angan yang tersemat sejak kecil hingga kini masih belum terlaksana sepenuhnya. Entah bila akan tercapai.

Aku mengangankan;

Berada di kawasan pergunungan yang menghijau lereng gunungnya. Ada sekumpulan biri-biri puteh gemok yang sedang meragut rumput. Dan aku akan lari-lari ganggu biri-biri makan rumput sambil kutip bunga-bunga rumput. Bayangkanlah keindahannya. Kedinginannya. Nyamannya. Cantiknya. Boleh lari-lari dan golek-golek atas rumput sambil kutip bunga rumput. Dihiasi langit yang membiru pula. Fuhhhhhhhhh!

Ada sesiapa nak ikut aku golek-golek guling tepi gunung. Errr...kenapa Khirtik Roshan belum muncul nyanyi lagu Kaho Na pyar Hai lagi ni?

Oppsss!! Ini hanya angan. Bukan mimpi. Berangan tak payah bayar kan?

Isnin, 28 Mac 2011

Memaafkan

Memaafkan orang tidak semudah lafazkannya di bibir. Ada orang, terlanggar troli masa di pasaraya, automatik bibir lafazkan “maaf”, lebarkan senyum dan anggap semua itu habis di situ. Orang yang kena langgarpun tak jadi nak marah bila terpandang senyum sebegitu. Saling angguk-angguk seketika sebelum teruskan urusan masing-masing.

Ada orang yang lain, terpijak kaki kitapun, dipandangnya kita dengan renung tajam dan wajah cemberut. Macamlah kita pula yang pijak kaki dia. Dia pun anggap perkara itu habis di situ sahaja tanpa kata maafpun. Dan hati kita, perlu dipujuk sendiri agar bengkaknya tidak meninggalkan nanah.

Ada waktunya, maaf tidak mampu diberikan untuk kes-kes tertentu. Kalau sang pembunuh Jumpa keluarga arwah sosilawati Lawiya dan berkata “Maaf, salah lupus!”, aku cukup pasti keluarga arwah akan mengambil masa yang sangat lama untuk zuhudkan diri menerima permohonan itu. Dengan seikhlasnya. Salah hari, dapat makan sup selipar Jepun percuma!

Memohon maaf juga sukar sebenarnya. Entah perkataan mana sesuai diguna, entah ayat apa sebagai pembuka. Entahkan pula orang yang kita pernah buat salah itu tidak sudi memaafkan.

“maaf, aku makan megi tom yam kau dalam gerobok tu tadi, lapar sangat...nanti aku ganti,”

Memang mudah sahaja permohonan begitu, hanya pinjam makan megi dahulu, kemudian boleh ganti. Namun, bagaimana pula andai silap kita itu memusnahkan masa depan orang lain? Telah meragut nyawa orang lain? Telah kucar kacirkan hidup orang lain? Sejauh mana kita sudi bertanggungjawab dengan kekacauan dan kemusnahan orang lain itu? Cukupkah sekadar ucapan “maaf”?

Psssst: paling dukacita bila ada orang tak pernah sedar dia buat salah dan musnahkan hidup orang lain, atau sebenarnya buat-buat tak tahu? Bersediakah kita untuk beratur di padang mahsyar buat memohon maaf padanya hanya kerana terlalu menjaga air muka sendiri semasa di dunia?

Psssst: masih tertunggu-tunggu ada orang datang minta maaf setelah porak perandanya hidup aku, walaupun sebenarnya hati belum mampu untuk ikhlas memaafkan. Aku juga tahu dia tak akan datang minta maafpun!

Jumaat, 25 Mac 2011

Lakukannya dengan Hati

Lagu ini sangat merdu di telinga aku. Telinga orang lain, mungkin tidak.



Lagu ini jadi nada dering telefon aku. Klasik bagi orang lain, merdu bagi aku. Paling utama ada kelainan. Itu memang perangai aku, sukakan sesuatu yang lain. Yang orang lain tak buat. Orang lain tak punya. Atau sebenarnya orang lain tak ada keinginan untuk milikinya.

Setiap kali lakukan sesuatu, pernah tak “tanya sama hati?” Pernah tak “buat dengan hati” atau pun paling kurang ikhlas tak hati saat itu?

Bagi aku mudah sahaja: lakukan bila ikhlas. Jadinya, andai kalian nampak aku hanya biarkan sahaja sesuatu perkara yang berlaku begitu sahaja di hadapan mata tanpa lakukan apa-apa, jawapannya mudah sahaja: Saat itu hati tak ikhlas.

Apa kata, sama-sama kita ikhlaskan hati pada hari berbahagia ini...

Psssst: kalau kerja dengan ikhlas walaupun hanya sebagai jurujual, kita tetap akan lakukan dengan sepenuh hati walaupun kita tahu untung rugi syarikat tidak akan kayakan kita.

Khamis, 24 Mac 2011

Puisikan Rindu Syahdu Ini Segenap Jiwa

Kutinggalkan dikau, dengan puisi syahdu nan penuh pengertian. Aku hanya nak ke seberang. Biar sejauh mana menyeberang...ketahuilah, dikau tetap bertapa di sudut hati, penuh munajat dalam akal dan budi. dalam rindu nan murni.

Aku Hanya Nak Keseberang
Oleh: Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob


Ku pahat cengal mejadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayunya nibung
Panjinya kain suluk atma
Bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja.


Esok perahu akan ke air
Mengharung samudera
Meninggalkan pantai
Melawan ombak dan badai


Perahuku kecik lautnya ganas
Tenanglah laut, kuala dan muara
Ombak jangan menggila
Tiuplah bayu pada layarku laju
Dayung jangan patah
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah


Tuhan
Aku hanya mahu ke seberang

Masihkah diingati tiap patah ini? pernah kutinggalkan bersama lagu merdu, penuh rindu jua adanya. Lupakah saat kutemani tidurmu dalam rindu syahdu itu? ataukah ingin kudodoikan lagi?

PsssT: Doakan pergi ini masih ada kembalinya lagi...

Selasa, 22 Mac 2011

Tutuplah Lampu, Biarpun Ku Tidak Di Sini


Hari ini, pada tanggal 26 Mac setiap tahun, ramai yang akan menyahut cabaran Earth Hour. Setahun sekali hanya satu jam, apa salahnya kita tutup lampu. Tutup semua peralatan elektrik. Errrr tutup mata juga pun boleh.

Ramai orang dah menyahut cabaran ini walaupun masih ramai lagi yang kata “takat tutup lampu sejam, mana nak selamatnya bumi ni,” Itu kata negatif orang yang suka berfikir secara negatif juga. Orang tak nak lakukan apa-apa untuk kelangsungan hidup dia juga padahal.

Terpulang kepada diri sendiri. Namun hakikatnya, Earth Hour 2011 selama satu jam itu sebenarnya memberi ruang untuk kita berfikir. Paling tidak, fikirlah tentang bil elektrik yang mampu dijimatkan. Kalaulah kita pandai tutup suiz peralatan yang tidak digunakan sepanjang tahun, bayangkanlah berapa banyak dapat dijimatkan. Itu kalau kita seorang yang buat. Kalau ramai? Kalau beramai-ramai?

Kalaupun daku tiada di sini, tak salahkan padamkan lampu? Percayalah, aku tetap tutup lampu biar di mana berada kala itu. Tutup lampu dengan hati yang terbuka…

Dulu, katanya mencintaiku…tutup lampu sekadar satu jam pun tak boleh?

PsssT: Jom sambut cabaran Earth Hour 2011 pada 26 Mac 2011.