Memaparkan catatan dengan label cara memaafkan orang lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara memaafkan orang lain. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Memaafkan

Memaafkan orang tidak semudah lafazkannya di bibir. Ada orang, terlanggar troli masa di pasaraya, automatik bibir lafazkan “maaf”, lebarkan senyum dan anggap semua itu habis di situ. Orang yang kena langgarpun tak jadi nak marah bila terpandang senyum sebegitu. Saling angguk-angguk seketika sebelum teruskan urusan masing-masing.

Ada orang yang lain, terpijak kaki kitapun, dipandangnya kita dengan renung tajam dan wajah cemberut. Macamlah kita pula yang pijak kaki dia. Dia pun anggap perkara itu habis di situ sahaja tanpa kata maafpun. Dan hati kita, perlu dipujuk sendiri agar bengkaknya tidak meninggalkan nanah.

Ada waktunya, maaf tidak mampu diberikan untuk kes-kes tertentu. Kalau sang pembunuh Jumpa keluarga arwah sosilawati Lawiya dan berkata “Maaf, salah lupus!”, aku cukup pasti keluarga arwah akan mengambil masa yang sangat lama untuk zuhudkan diri menerima permohonan itu. Dengan seikhlasnya. Salah hari, dapat makan sup selipar Jepun percuma!

Memohon maaf juga sukar sebenarnya. Entah perkataan mana sesuai diguna, entah ayat apa sebagai pembuka. Entahkan pula orang yang kita pernah buat salah itu tidak sudi memaafkan.

“maaf, aku makan megi tom yam kau dalam gerobok tu tadi, lapar sangat...nanti aku ganti,”

Memang mudah sahaja permohonan begitu, hanya pinjam makan megi dahulu, kemudian boleh ganti. Namun, bagaimana pula andai silap kita itu memusnahkan masa depan orang lain? Telah meragut nyawa orang lain? Telah kucar kacirkan hidup orang lain? Sejauh mana kita sudi bertanggungjawab dengan kekacauan dan kemusnahan orang lain itu? Cukupkah sekadar ucapan “maaf”?

Psssst: paling dukacita bila ada orang tak pernah sedar dia buat salah dan musnahkan hidup orang lain, atau sebenarnya buat-buat tak tahu? Bersediakah kita untuk beratur di padang mahsyar buat memohon maaf padanya hanya kerana terlalu menjaga air muka sendiri semasa di dunia?

Psssst: masih tertunggu-tunggu ada orang datang minta maaf setelah porak perandanya hidup aku, walaupun sebenarnya hati belum mampu untuk ikhlas memaafkan. Aku juga tahu dia tak akan datang minta maafpun!