Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami di Jepun: Rakyat Malaysia Selamat


Gempabumi yang berlaku dengan kekuatan 8.9 skala Ritcher telah menyebabkan berlaku tsunami di Jepun, sekaligus memusnahkan banyak harta benda dan nyawa. Malah, gempa berkenaan juga mendatangkan impak tsunami ke negara lain sehingga kawasan pesisir pantai negeri Sabah, Labuan dan kemungkinan juga boleh sampai ke pantai di negeri Terengganu seperti aku tulis dalam entri Sabah dilanda Tsunami?

Seramai 100 orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa dilaporkan selamat, menurut Kedutaan Malaysia di Tokyo. Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga di Negara matahari terbit tu, bolehlah hubungi talian Panas (hotline) Kedutaan Malaysia di Tokyo melalui nombor +81334763840.

Menurut polis Jepun, hampir 300 mayat dijumpai di Sendai, manakala ribuan penduduk Onahama dipindahkan kerana kegagalan sistem penyejuk loji pemanas. Jutaan penumpang keretapi bawah tanah pula terkandas selepas gempa.

Tsunami setinggi semeter telah melanda di Oahu dan Kauai, Hawaii. Kerajaan Hawaii pula menjangkakan yang tsunami yang lebih besar bakal berlaku. Oleh itu, penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.


Pssst: Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kan negara kita tidak berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik. Dapat tempias tsunami dan ombak besar sikitpun kita dah kelam kabut.

Jumaat, 11 Mac 2011

Sabah dilanda Tsunami?

Masa dengar berita tengahari tadi, aku tak peduli sangat pasal gempa bumi yang berlaku di Jepun. Berita jam 5 petang baru aku betul-betul dengar sepenuhnya.

Rakaman televisyen, stesen ootage on public broadcaster NHK, kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. Sebuah kapal besar telah dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi.

Kawasan Sendai


Yang ni lebih jelas sikit;


Tsunami setinggi 10 meter melanda Miyagi.

Di Tokyo, banyak kebakaran. Sebanyak 4 juta kediaman sekitar Tokyo terpaksa bergelap kerana bekalan elektrik telah terputus. Gempa yang berlaku kali ini merupakan gempabumi paling kuat di Jepun dalam tempoh 140 tahun.

Kebakaran besar telah berlaku di loji penapisan minyak di Chiba. Beberapa loji nuklear dan minyak telah ditutup serta merta sebagai langkah keselamatan. Perintah darurat pula dikeluarkan di kawasan loji nuklear Futushima.

Sebuah hotel di Sendai telah runtuh. Usaha menyelamat giat dilakukan untuk mengeluarkan mangsa. Beberapa lebuh raya utama di Jepun juga telah mengalami kerosakan teruk.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, ketika dihubungi radio Malaysia Klasik Nasional, seorang pegawainya, Puan Zuraidah (kalau tak silap) meminta seluruh penduduk di kawasan Sandakan dan kawasan pantai timur Sabah supaya berhati-hati dan menjauhi kawasan pantai antara jam 6 petang hingga 12 tengah malam kerana dijangkakan akan berlaku ombak besar dan kenaikan aras laut.

Kalaupun tsunami tidak berlaku di bahagian pantai Sabah, kemungkinan untuk berlaku kenaikan aras laut dan angin kuat tetap ada dengan peratusan berlaku tsunami dianggarkan 30 peratus sahaja. Jadi, kepada penduduk Sabah terutama di kawasan pantai, sila berhati-hati. Elak dan cegah itu lebih baik dari ubatinya.

Kemaskini:
Berita Utama jam 8 malam tadi menyatakan, Bahagian GeoFizik dan Tsunami Malaysia mengesahkan bahawa tidak akan berlaku tsunami di Sandakan dan sepanjang pantai di Timur Sabah.

Alhamdulillah. Apa-apapun, kuasa Allah itu lebih besar daripada jangkaan manusia. Nak selamat, tak payahlah pergi laut dan pantai malam ni ya...tangguh dulu pergi esok. Lagipun, memalam macam ni banyak nyamuk!

PsssT: China yang dilanda gempa sehari sebelum tu, awal-awal lagi dah beri amaran tsunami kepada rakyatnya. Begitu juga Filipina dan Indonesia.

Siapa Paling Kaya?

Bilionair Mexico mendahului senarai manusia terkaya du dunia. Menurut majalah Forbes, Carlos Slim HelĂș adalah orang paling kaya di dunia, dengan peningkatan kekayaan AS$20.5 bilion (RM62.52 bilion). Ini bermakna dia sudah mengalahkan 1,209 lagi bilionair termasuk Bill Gates, Warren Buffett dan hartawan besi Britain, Lakshmi Mittal, untuk menduduki senarai teratas bilionair dunia.

Carlos Slim HelĂș adalah pemilik empayar media Mexico, memiliki kekayaan AS$74 bilion (RM224.5 bilion) untuk terus berada di puncak senarai itu buat kali kedua. Pengasas Microsoft, Gates, yang menyumbangkan satu pertiga daripada kekayaan kepada Yayasan Bill dan Melinda, berada di tangga kedua dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion). Pakar pelaburan, Berkshire Hathaway pula, berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$50 bilion (RM151 bilion).

Bilionair termuda dunia Dustin Moskovitz, yang baru berusia 26 tahun dan usahawan Napster, Sean Parker. Penulis novel Harry Potter, JK Rowling mencatat kekayaan AS$1 bilion (RM3 bilion) hanya sebab menulis buku Harry Potter tersebut. Fuyooooooo penulis di luar negara boleh dapat bilion-bilion gitu, bukan lagi milion. Kalau baca kisah penulis ini sebelum tulis novel berkenaan yang hanya ada empat ke lima buah sahaja itu, memang sadis. Sekarang ni, novel berkenaan telah diterjemahkan ke lebih 30 bahasa di dunia. Itu yang buatkan dia kaya...hanya kerana royalti.

Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad rugi teruk tahun lalu, turun daripada tangga 151 ke 162 dengan kekayaannya merosot daripada AS$23 bilion (RM69.8) kepada AS$6 bilion (RM18.2 bilion). Hanya AS6 bilion je tinggal? Nasib baik tak gulung tikar!

China yang juga negara kedua ekonomi terbesar dunia selepas Amerika mempunyai 115 bilionair sementara Russia mempunyai 101 bilionair. Moscow menjadi kediaman bilionair paling ramai daripada bandar lain di dunia ini dengan 79 orang.

Errrr bila aku nak tersenarai dalam tu ek? Mmmmm tersenarai sebagai orang yang paling kaya hutang, bolehlah kot hu hu hu


Cara Orang Bujang Ngelat Cukai

Peringatan: Entri ini akan jadi terlalu panjang. Sila abaikan sekiranya anda jenis orang yang tak sabar.

Semua orang kalau boleh, tak mahu kena tambah bayaran setiap kali isi borang cukai. Setiap bulan, PCB yang dah tolak dari gaji itu kalau boleh kita nak cukup takat yang itu aje. Tak nak tambah lagi.

Orang yang paling terbeban dengan bayaran cukai tahunan LHDN adalah orang bujang. Bujang macam aku ni. Masa awal-awal kerja dahulu, masa adik-adik tengah sekolah dan belajar...duit gaji memang habis ke situ sahaja, nak beli make-up pun tak sempat. Namun, bila sampai bab potong cukai, memang tak boleh nak kata apa sebab kita punya sistem potongan cukai yang ada di negara ini menyatakan bahawa “tanggungan” berkenaan terletak di bahu ibu bapa.

Macam mana pula dengan aku yang bujang ini? Waaaa promosi nampak masih bujang hu hu hu ini realiti yang orang bujang kena tahu, iaitu macam mana cara orang bujang macam aku boleh ngelat sedikit sebanyak untuk bayar cukai lebih.

Alasan utama diberikan kepada orang bujang, “awak bujang lagi, tak ada tanggungan” (aku dah penat nak dengarlah alasan ni!). Betul ke begitu? Bagaimana dengan orang yang terpaksa tanggung ibu bapa dan keluarga yang susah, adik-adik yang ramai masih belajar? Jadinya, entri ini aku tujukan khas kepada anda yang masih bujang yang rasa terpaksa untuk bayar zakat banyak disebabkan ada bahagian tertentu yang tidak sesuai untuk diisi terutama bahagian pelepasan untuk anak-anak. Bila sampai kotak ni, tetiba je rasa nak kahwin hu hu hu hu

Orang bujang hilang keistimewaan pada bahagian pelepasan untuk anak-anak yang sebahagian besar wang gaji dibelanjakan di situ. Kalau tanggung adik masuk kolej, universiti atau politeknik, ia bagaikan percuma sahaja sebab tak boleh rebat cukai. Itu yang aku alami dahulu. Jadinya, untuk anda yang masih bujang, manfaatkan beberapa perkara dalam borang cukai tahunan kita tu, iaitu:

C4: Sewa, royalti dan premium
Penerimaan dari penggunaan hak cipta/paten yang melebihi had pengecualian seperti berikut dikenakan cukai:

Pengecualian mengikut Jenis Royalti (RM)
(i) Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera RM10,000
(ii) Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya Kesusasteraan RM12,000
(iii) Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan/lukisan asli/penggubahan muzik RM20,000

Kepada rakan-rakan yang dapat ribu riban dari hasil tulis blog tu...silalah isi bahagian ini ya. Tang bahagian mana tu, kena telefon LHDN dan tanyalah...tak pastilah pulak aku, sebabnya Nuffnang aku tu ciput je, nak gulai buat kari siput sedut pun payah hu hu hu

Ramai juga rakan-rakan aku terdiri daripada penulis, jadi mereka juga akan mendapat rebat hingga RM20 ribu bagi royalti menulis setahun. RM20 ribu sahaja ya...bagi penulis yang dapat hingga juta-juta tu, sila bayar cukai selebihnya ;)

C8: Hadiah kepada Kerajaan/Kerajaan tempatan terhad 7% daripada pendapatan sahaja.
Ini bagi yang terlebih benar duit gajinya, bolehlah bagi. Buat stesen bas ka, tong sampah ka...apa-apa ajelah. Aku? Errrrr aku tak isi yang ni hu hu hu

C12 Hadiah wang untuk perpustakaan
Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi.

Kalau di tempat anda ada perpustakaan, manalah tahu ada dikalangan anda suka buat potongan seposen dua ke untuk dana perpustakaan di tempat anda, walaupun kecil, bolehlah dimasukkan ke bahagian ini. Memanglah masa potong gaji dua tiga puluh sen tu dahulu kita ikhlas nak potong, tapi kalau boleh kurangkan rebat cukai, kira bonus tu kita boleh dapat di dunia lagi.

Tengok, kerajaan Malaysia yang cemerlang ni memang galakkan semua orang berbuat jasa dan kebaikan. Potong gaji untuk beli buku di perpustakaan yang kemudiannya kita pula yang baca buku tu, punnnnn boleh mintak rebat. Hebat tak?

Bahagian D: Pelepasan Cukai
D1 Pelepasan diri berjumlah RM9,000 diberi secara automatik.

D2 Perbelanjaan perubatan ibu bapa ke atas penyakit yang disahkan oleh pengamal perubatan
Perbelanjaan perubatan yang layak termasuk:
(i) rawatan perubatan dan penjagaan yang diperuntukkan oleh rumah penjagaan; dan
(ii) rawatan pergigian dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi, membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik.

Kalau mak nak buat rawatan besarkan payudara, memang tak boleh klaim kat sini ya...

Kat bahagian ni, biasanya akan kosong juga sebab...mak aku kat kampung tu bukannya rajin nak minta resit bagai. Dah dapat ubat, terus balik. Bila aku tanya dan mintak resit...dia kata “tak ambil”.

Bagi sesiapa yang mak ayah mereka suka simpan resit tu, bolehlah guna untuk letak kat sini. Terhad kepada RM5,000 sahaja.

D5 YURAN PENDIDIKAN (SENDIRI)

Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM5,000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus pembelajaran di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi maksud meningkatkan kemahiran atau kelayakan:

(i) sehingga ke peringkat tertiari (selain Sarjana dan Doktor Falsafah) – dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; atau
(ii) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

Disebabkan aku ni budak sekolah lagi, makanya aku layak dapat yang ni. Tapi masalahnya, kena bayar dulu. Nak bayar dulu tu yang penat nak garu kepala wehhhh! Sebab itulah, setiap semester, memang akan sentiasa ada tunggakan yuran aku. Ada sesiapa sudi bagi dana tak?

D8 Pembelian bahan bacaan

Perbelanjaan pembelian mana-mana buku, majalah, jurnal atau penerbitan (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau bahan bacaan yang terlarang: lucah dan porno punya, jangan dok gatai nak mintak pelepasan!) untuk individu, suami / isteri atau anak dibenarkan sebagai potongan, terhad kepada RM1,000.

Punyalah kerajaan kita nak galakkan rakyat dia membaca. Tapi, kenapa sikit sangat? Seribu je? Setiap tahun aku belanjakan lebih RM5 ribu tau untuk beli benda-benda yang ramai orang kata “tak berfaedah” dan susut nilainya. Sampai tak sempat nak beli kasut tumit dan make-up, apa lagi beg LV macam Tok Tie...errrr Tok Tie pun Tok K yang hadiahkan...kenapalah Datok Siti pulak terinterprem dalam borang cukai aku ni? Huh!

Sebelum ni rebatnya RM500 sahaja, kini dah meningkat RM seribu. Tahun depan RM2 ribu pulak ya...sekarang ni buku-buku semua dah naik harga...mana dah ada bawah RM10 kecuali buku budak-budak tadika yang banyak gambar tu...

D9 PEMBELIAN KOMPUTER PERIBADI UNTUK INDIVIDU

Potongan cukai terhad kepada RM3,000 diberi kepada individu atas perbelanjaan yang dilakukan ke atas pembelian komputer peribadi. Tiada potongan dibenarkan jika komputer peribadi dibeli untuk digunakan bagi maksud perniagaan. Potongan ini diberikan sekali dalam setiap 3 tahun.

Nanti aku main kutu, boleh simpan beli Komputer yang canggih manggih sikit. Tahun depan boleh klaim. Setakat ni, tak pernah klaim lagi untuk bayaran beli computer ni. Dua tahun lepas beli lap top, mintak orang tolong belikan. Resit tu atas nama dia lah pulak…fuhhhhhhh rugi tu.

Betul aku beli lap top…tapi nama orang lain. Nak klaim cukui pun dah tak dapat. Sedih tak? Sedih tak? Haaaaaa sedih tauuuu! Tak leh ngelat bahagian ni, memanglah sedih!


D12 YURAN LANGGANAN PERKHIDMATAN INTERNET JALUR LEBAR
langganan jalur lebar yang didaftar atas nama individu. Potongan dibenarkan untuk Tahun Taksiran 2010, 2011 dan 2012 .

Potongan cukai terhad kepada RM500 setahun diberi kepada individu bagi bayaran Hingga tahun 2012 kita boleh mintak rebat ni, sebagai galakan untuk semua orang merapu meraban tulis blog macam aku hu hu hu jadinya, sila simpan semua bil talian internet anda baik-baik. Jangan dok buang merata lagi.

Bagi yang dah selamat buang tu, boleh kot pergi ke syarikat komunikasi anda yang terdekat dan mintak mereka cetak. Kalau cakap untuk cukai taksiran, biasanya semua agensi akan beri kerjasama. Kalau tak bagi kerjasama, haaaaaaa report ke LHDN huh u hu mesti cepat aje mereka akan beri kerjasama. Huh! Kaki hasut no satu kan aku ni…

Baru tahun di diperkenalkan benda alah ni rasanya. Tahun lepas tak ada. Sebab tu adik aku terkial-kial kena cari semula bil sepanjang 2010. Yang ni mesti semua orang ada kan..tak sia-sia bela beruk mak yeh tu ya...tak kesahlah maxis ke, Digi ke, streamyx ke, celcom ke, p1N1 ka...telekom ka..Sila isi ya, jangan buat-buat lupa nak isi pulak. Bahagian ni, aku memang tak ada sebabnya Secret Recipe dah dermakan line streamx untuk aku pakai setiap hari. Terima kasih Secret Recipe!

D13 Faedah perumahan

Kepada sesiapa yang dah beli rumah dan rasa senget sebelah bahu hampir jatuh cecah lantai tu, potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.

Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu,
setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:

Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu dalam tahun berkenaan.

Yang ni aku tak reti nak komen apa-apa bila libatkan duit banyak-banyak gitu. Aku tak reti nak kira. Masa sekolah dulu aku guna biji batu untuk aktiviti kira mengira...tak pas lah pulak matematik.

Sesiapa yang beli rumah tahun lepas dengan perjanjian dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010 bolehlah menelaah lebih sikit tang ni. RM10 ribu tu banyak wooooooooooooooooooo rugi kalau tak isi. Banyak boleh rebat tu….errr kata nak idea licik nak lari dari bayar rebat banyak-banyak dengan LHDN, kat sinilah yang banyak pun berbanding kat tempat lain. Masalahnya, dah beli rumah ke belum?

Ohhhhh sendiri kena jawab yang tu. Aku manalah tau rumah tu korang beli ke sewa ka…atau dok FREE je…ada ke kes dok percuma ni?

D14 hingga D16: tak berkaitan. Dah mengaku bujang, memanglah tak payah isi yang ni, melainkan “bujang” anda itu di Kelantan. Tau tak, di kelantan, kata “Bujang” merujuk kepada duda atau janda. Kalau orang Kelantan kata “Nak gi bbbujang” maknanya nak pergi mengurat mak janda hu hu hu


D17 INSURANS NYAWA DAN KWSP
Jumlah pelepasan untuk premium insurans nyawa dan caruman kepada KWSP atau kumpulan wang lain yang diluluskan adalah terhad kepada RM6,000 untuk individu dan RM6,000 untuk isteri yang mempunyai punca pendapatan. Sekiranya suami atau isteri memilih taksiran bersama, premium insurans dan KWSP adalah terhad kepada RM6,000.

Tahun lepas, masih ada baki KWSP aku kena bayar, tahun ni dah tak bayar KWSP lagi. Aku dah ambil pencen sepenuhnya. Errrr...rasanya kan, sempat tak aku merasa pencen tu nanti? Mmmmm macam umur tak berapa nak panjang aje hu hu hu


D 19 INSURANS PENDIDIKAN DAN PERUBATAN

Pelepasan tidak melebihi RM3,000 bagi premium insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau faedah perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak.

Baik ambil insuran banyak-banyak, setiap tahun boleh rebat RM3 ribu tu. Jadi di bahagian inilah kita yang masih bujang ni boleh ngelat dan sapu bersih rebat ni.

Kalau ada anak berdozen, bahagian ni tak sempat nak isi sebab sibuk dok isi mulut anak yang sentiasa je dok nganga minta KFC lah, McD lah...Lainlah kalau gaji kita tiap bulan tu juta-juta lemon. Kalau mampu beli insuran untuk anak-anak lagi bagus, kat dalam borang cukai ni ada dua bahagian boleh rebat untuk anak-anak (insuran dan skim simpanan pendidikan).

Gitulah aku buat. Ambil je beberapa jenis insuran yang agak sesuai untuk anda. Insuran tu untuk kemudahan kita juga, pada masa yang sama boleh tolak rebat. Kalau ambil insuran jenis yang kita boleh dapat simpanan dalam tempoh tertentu tu lagi bagus kan. Setiap tiga tahun sekali ke kita dapat bonus, bolehlah joli beli belah sakan sekejab, tak pun mohlah kita melancong ke Pulau Belitung hu hu hu

E6: Bayaran zakat atau fitrah

Bayaran zakat atau fitrah yang dibuat dalam tahun asas.

Yang ni, tak tahulah pula berapa jumlah yang dihadkan. Tidak dinyatakan. Kalau takat zakat pendapatan dan zakat fitrah sahaja, untuk orang bujang yang pendapatannya taklah sampai 14 juta ni, tak sampai pun RM1500 setahun. Kalau nak mudah, terus sahaja potong gaji. Lagi tak terasa untuk bayar. Bila dah habis tahun, Lembaga Zakat selangor akan hantar penyata untuk kita gunakan bagi rebat cukai ni.

Walau bagaimanapun, janganlah pulak nak ngelat cukai, gunakan zakat ni pula. Baca entri aku Ngelat Cukai? Pusat Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor Memang No 1 sebelum ni untuk tengok apa ceritanya.

Itulah caranya aku buat untuk elakkan bayar cukai melambung-lambung tu. Masa awal-awal kerja dahulu, sibuk sangat cari duit sampai lupa nak belajar macam mana nak ngelat bayar cukai sebegini. Tak sempat pun kaji borang ni.

Bila dah tahu kat mana boleh kita ngelat, gunakanlah sepenuhnya. Ada masa, kita beli buku bertimbun-timbun setahun, melebihi RM seribupun, tetapi kita cuai dan buang merata resit-resit bayaran atau pembelian buku berkenaan. Jadi mulai tahun ni, silalah belajar simpan resit beli buku tu.

Tarikh akhir bayar cukai: 30 April 2011. Jangan terbabas pulak. Ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri. Aku jugak yang terbabas nanti hu hu hu

Kalau nak mudah, gunalah e-filing, lagi mudah.

Tapi, aku ni buta teknologi sikit. Biarlah aku buat secara manual sahaja, rasa macam puas hati semak sebelum hantar. Kalau ada apa-apa yang tak faham, bolehlah rujuk ke Lembaga Hasil Dalam negeri.

Apa tunggu lagi? Isi ajelah borang cukai tu...simpan bertahunpun bukannya beranak EMAS pun! Hu hu hu errr TERgarang kejab la la la

PssssT: macam tak percaya je aku dah tulis sepanjang ni....uhhhhhh penat! Kita rehat dulu!

Khamis, 10 Mac 2011

Ngelat Cukai? Pusat Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor Memang No 1

Waaaaa soalan suku tahun 2011. Tahun lepas dah bayar zakat pendapatan ke? Sekarang ni masing-masing nak isi borang cukai pendapatan. Ada yang kelam kabut cari dan selongkar semula gudang-gudang lama, gerobok dan peti rahsia yang menyimpan segala jenis resit untuk dilampirkan (sila simpan untuk rujukan ya) dalam borang cukai pendapatan.

Aku dah terima penyata cukai untuk tahun lepas. Taklah banyak…maklumlah, pendapatanpun tak sampai empat belas juta, jadi zakat pendapatanpun sen sen ajelah. Yang boleh tolak dari bayaran cukai pendapatan pun sen-sen jugaklah.

Ingatnya nak tambah jumlah zakat pendapatan yang akan dipotong setiap bulan. Walaupun gaji aku tak naik banyak sebab TAK PERNAH cemerlang pun, paling tidak naik juga seposen dua. Jadinya, zakatpun kenalah naik juga.

Bila belek-belek borang kecil yang disertakan bersama penyata zakat tahun lepas, aku ternampak sesuatu yang pelik tertulis dengan huruf dalam saiz yang agak besar juga (Cuma huruf je kecik, kalau guna huruf besar, jenuh sakit mata nak baca). Jom kita tengok apa ke bendanya yang besar sangat tu…


Haaaaaaa Nampak tak? Nampak tak? Tulis besar macam tu pun masih tak Nampak, kena pergi tambah POWER speklah tu (peril diri sendiri sebenarnya).

Faham tak apa maknanya tu? Aku ambik masa berminggu-minggu jugalah untuk faham. Maklumlah, dulu sekolah atap je (bukan pondok), jadi bahasa tahap tinggi nip ayah sikit nak faham. Penat dok fikir sampai urat saraf dalam kepala aku dan mengembang dan menguncup sesuka hati dia je, aku pun dail je pusat khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor 03-55227777. Comel je kan nombor dia ni.

Kagum betul aku dengan kecekapan pihak khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor (LZS), dua kali dering je mesin betina terus jawab “Terima kasih kerana menghubungi khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor. Anda akan dilayan sebentar lagi”.

Aku ingatkan macam telefon satu syarikat penerbangan tu…perlu tunggu satu jam sebelum manusia berkomunikasi dengan aku. Rupanya, tak sempat nada dering ke tiga, talian sudah diangkat dan aku terus dilayan. Layanan VVIP lagi tu…

Menurut pegawai yang bertugas di pusat khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor tu, “sesiapa yang membuat potongan gaji atau bayaran zakat melebihi daripada jumlah sepatutnya kerana mahukan rebat untuk bayaran cukai tahunan daripada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) atau dalam bahasa mudahnya tidak mahu membayar PCB cukai, mereka tidak boleh menuntut dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana terlebih bayar jumlah zakat berkenaan” Errrr berbelit tak ayat tu?

Sebenarnya, pegawai tu memang dah terangkan kepada aku dengan penuh beria-ria sekali supaya aku faham, tetapi…otak aku ni tak tepu kot bab ni, sampai sekarang masih lagi tak faham dan kelabu asap. Walau macam manapun, apa yang dimaksudkan dengan perkara di atas ini adalah;

Aku akan terangkan dalam bentuk contoh ya rakan-rakan…errrr bolehlah gitu ek. Contohnya gini;

1. Aku bayar zakat pendapatan RM100 padahal sebenarnya zakat aku tu hanya RM50 je. Sebab tak mahu bayar PCB cukai, akupun bayarlah RM100. Kononnya, baik bantu orang Islam berbanding bayar cukai.

2. Bila LHDN kira semula semua cukai (termasuk bonus, pendapatan sampingan dan sebagainya…er kita biasanya lupa kan nak letak terima bonus ke apa dalam borang cukai tu), didapati aku masih lagi berhutang dengan LHDN RM200 contohnya.

3. LHDN akan cari aku dan mintak balik RM200 tu…masa ni aku pun ngelatlah tak nak bayar. Jadi, aku akan kata yang sebenarnya aku dah bayar lebih tang zakat tu. Aku pun suruh LHDN pergi mintak dengan LZS untuk baki lebihan zakat berkenaan. (Errrr…boleh ke gitu? Tak tahulah pulak aku boleh dibuat benda-benda begini sebab setahu aku, kan dah ada penyata dari LZS, semua tu kan isi dalam borang cukai. Bahagian ni sebenarnya aku tak faham, iaitu bagaimana orang boleh pergi klaim semula dengan LZS dengan alasan “dulu sengaja potong lebih nak ngelakkan rebat”).

Itulah ceritanya. Menurut Pusat khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor yang aku temubual dua hari lepas, ramai dikalangan umat Islam di Negara kita buat macam tu. Itu yang mereka mendapatkan pandangan mufti tentang hal ini.

Jadinya, kepada rakan-rakan yang pernah ngelat cukai dengan cara ni, nasihat aku: gunalah cara lain nak ngelatpun. Sebenarnya banyak bahagian dalam cukai pendapatan tahunan kita tu boleh ngelat. Tau tang mana? Nanti aku buat entri baru hu hu hu

Apa yang aku boleh simpulkan kat sini adalah: Pusat Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor Memang No 1. Siapa kata perkhidmatan jabatan perkhidmatan awam di Malaysia teruk sampai tahao zero? Ini contoh yang terbilangnya. Syabas LZS! Keduanya, berzakat itu bersihkan pendapatan kita. Dari duit gaji itulah kita sumbat mulut sendiri sampai buncit, mulut anak isteri, ibu bapa, adik beradik…malah peminta sedekah yang kita jumpa di stesyen LRT dua tiga bulan atau dua tiga tahun lepas. Kalau itu fungsinya, nak ngelat tak? Nak tak? Haaaaaa sila jawab sendiri…