Isnin, 25 Oktober 2010

Doa Cari Jodoh?

Tetiba je aku terjumpa orang terjah blog ni sebab mencari doa cari jodoh.
Doa cari jodoh? Hati siapakah yang sedang berdoa itu?



Mmmmm macam mana ya doa untuk dapat jodoh tu? Dapat jodoh ke, cepat dapat jodoh? Atau, adakah dia jodoh yang betul?

Apa-apa je lah labu! Doa ni tak semestinya dalam bahasa Arab yang kita tak faham sepatah harampun (itu akulah...tak lah sepatah harampun tak faham, tapi tak berapa banyak patah yang faham berbanding yang tak faham langsung). Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Berdoalah dalam bahasa yang kita faham. Penghayatan untuk berdoa tu pun lebih tinggi. Betul tak?

Betul tak betul pun, itulah yang aku buat. Alhamdulillah, banyak doa aku termakbul berbanding yang tidak diterima. Hanya, perlu ikhlas dan yakin sahaja.

Selamat berdoa. Moga-moga cepat jodohnya. Tolong doa untuk aku sekali ya ;)

Edit : Atas permintaan, untuk doa cari jodoh, boleh klik entri ni Doa Cari Jodoh





 

Jumaat, 22 Oktober 2010

Adik-beradik Berebut Saluran TV, Seorang Terbunuh

Berita TV1 jam 5 petang tadi melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan 2 telah terbunuh kerana dibaling dengan kaca tingkap oleh kakak sulungnya yang berusia 16 tahun. Mangsa bergaduh dengan adik bongsunya berusia 5 tahun kerana berebutkan saluran TV. Kejadian berlaku di rumah mereka di Balok Baru, Kuantan malam semalam. Ketika kejadian, dipercayai kedua ibu bapa mereka tiada di rumah.

Kita tengok berita selanjutnya dalam Berita Utama malam ni ya...

Ohhhh Aku Nak Berendam Air Suam!

Cik Bintang sms petang tadi. Sangat letih kerja. Lenguh betis dan pinggang kerana berdiri lama. Aku nak cadangkan agar dia berendam dalam air suam, dalam tab mandi.

Agak-agaknya, tab mandi yang mana satu best untuk berendam?

Kalau tak ada pilihan, boleh aje yang macam ni...


Opssssss! Sangat tak sesuaiiiii! Macam jepun punya je hu hu hu

Mandi Sauna bolehlah kalau macam ni

Simple je...macam sink je. Siap ada rak buku lagi tu. Tak pasal-pasal buku boleh basah atau jatuh dalam buih sabun.

Walaupun nampak macam digabungkan dengan kayu...yang ni bukan pilihan aku. Bagi FREE aku amik hu hu hu

Mak aihhh! Macam buaian pulak. Ok jugak...sambil nyanyi lagu “pohon beringinnnnnn ...la la la” huh! Tak boleh jadi bawang putih bawang merah pun ;)

Hu hu hu hu macam zaman batu pulak tapi...nampak klasik. Sesuai kalau rumah tema nusantara atau bali.

La la la comel je kan macam ni

Waaaa bulat tu. Macam kolam renang lah pulak! Nasib baik kecil...


Alamak! Bentuknya tu sesuai untuk rehat lama-lama dalam bilik air kan? Mmmmm transperan la pulak

Yang ni pun transperan...muat lebih banyak air.

Mana satu nak pilih ni? Tolong pilih boleh? Hu hu hu ...beria je nak pilih, macamlah ada benda alah ni kat rumah. Baldi adalah! Huh!

Rabu, 20 Oktober 2010

Kala Taufan Megi Menuju Selatan China, Dada Bagai Dibadai

Aku jumpa artikel Taufan Megi Mula Tuju Selatan China semasa cari maklumat tentang taufan ini. Walaupun cerita ini dah basi, tetapi baru sahaja bermula untuk aku. Zaman serba cepat ni pun aku masih tertinggal kat belakang lagi kan. Ish! Ish! Ish! Baca je lah dulu apa yang Berita Harian tulis tu...

CAUAYAN, Filipina: Taufan Megi yang melanda utara Filipina meragut 10 nyawa apabila ia membawa hujan lebat di Manila semalam sebelum bergerak ke lautan serta menuju ke selatan China.

Taufan Megi mula melanda Filipina dengan kelajuan angin 225 kilometer sejam sejak kelmarin, pada mulanya tidak banyak menyebabkan kerosakan atau kemalangan nyawa berikutan ia melanda kawasan yang tidak banyak penduduk. Bagaimanapun keadaan berubah semalam selepas ia menuju ke kawasan lebih padat penduduk.

Selepas ia meniup keluar ke laut China Selatan semalam, Megi bertambah reda dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam. Bagaimanapun ia dijangka kuat semula apabila membadai selatan China esok.

Pihak berkuasa China sudah memindahkan 140,000 penduduk dari kawasan pantai di wilayah selatan.

Ribut itu juga dijangka melanda Vietnam yang sebelum ini mengalami banjir yang meragut 41 nyawa.

Wilayah Isabela di tenggara Filipina adalah kawasan paling teruk dilanda Megi di republik berkenaan.

Seramai 8,000 penduduk yang tinggal di kawasan yang terjejas teruk dipindahkan ke bangunan lebih kukuh seperti sekolah, gereja dan dewan orang ramai. – AP

Taufan Megi mengubah arah

Letaknya tempat nama Nanning di China

Close up sikit...

Megi membawa angin selaju 225 kilometer sejam (kmj) hingga 260 kmj ketika mendarat di Teluk Palanan tengahari semalam di wilayah Isabela dan dilaporkan mula reda apabila merentasi pergunungan di utara Filipina, Luzon. Namun kini, dia mengganas di Vietnam dan Selatan China pula.

Keganasannya itu buatkan hati berdebar-debar. Agaknya taufan ini akan menurun kelajuan dan berhenti di mana ya? Masihkah dia akan menjajah hingga ke Nanning yang letaknya di Guangxi? Kenapa pula aku nak risau sebegitu sekali hingga perlu tanya Inche Google, meneliti tiap inci bumi China nan luas itu?

Nanning, letaknya di Guangxi, China. Kalau tengok jaraknya dengan Qinzhou sejauh 128 km. Aku tak tahu jaraknya dengan laut berapa ratus km, hanya ukur jarak antara kedua-dua bandar ini sahaja. Dan perjalanan antara Nanning dan Qinzhou itu memerlukan masa selama 1 jam 39 minit jika berkereta, 2 jam 44 minit jika berkeretapi atau 1 hari 1 jam jika berjalan kaki (menurut kiraan Inche Google. Namun, aku memang tak percaya langsung. Tak tipu! Memang aku tak percaya!).

Untuk jarak sejauh itu, masihkah Megi akan mengganas dan memusnahkan harta benda? Meragut nyawa dan membawa petaka?

Tanpa capaian internet, tanpa talian telefon yang baik sebagai komunikasi, dunia jadi terlalu sempit. Apalah yang boleh diharapkan dari kejauhan ini. Maaf, Inche Google tak mampu nak kira jarak antara Nanning dan Kuala Lumpur. Tenggelam tengah laut kot jumlah kilometer itu hu hu hu


Psttttt: Aku sentiasa doa dan harap Cik Bintang sentiasa selamat di Nanning. Moga-moga kembali dengan selamat nanti.

Pssttt: Kata Cik Bintang, FB, twitter, blogspot kena band di China. Hanya laman-laman dot com, dot my dan domain sendiri yang lain sahaja boleh akses. Walau bagaimanapun, kiranya kita roaming, akses dibenarkan. Mmmmmm depa mesti ada sebab yang tersendiri. Cuba bayangkan kalau kat sini pun macam tu juga...gelitalah dunia maya ya hu hu hu

Psssst: Jom tengok siaran langsung bola sepak Separuh Akhir Piala malaysia. Kelantan lwn Kedah dan Johor FC lwn Negeri Sembilan di TV1 ;)


KEMASKINI

Berita Harian hari ini (21/10/2010) menyatakan Sekurang- kurangnya 160,000 orang di selatan China dipindahkan hari ini ketika taufan Megi, taufan terkuat membadai rantau Asia dalam tempoh beberapa tahun, dengan membawa ancaman kemusnahan. Lebih 150,000 penduduk wilayah Fujian di tenggara China dipindahkan dan berpuluh-puluh ribu bot nelayan diarah pulang ke pelabuhan, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa kawasan banjir. Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk wilayah Guangdong terletak bersebelahan turut dipindahkan, selepas ramalan kaji cuaca menjangka taufan itu akan tiba di sepanjang pantai selatan China lewat esok atau pagi Sabtu ini.


Guangdong- Nanning = 583 km
Beihai (bandar pinggir pantai) - Nanning= 228 km

Dengan jarak sejauh itu, masihkah Megi akan sampai dengan ganas di Nanning?

Angelina Jolie Dah Bertudung, Anda Bila Lagi?

Angelina Jolie masa ke Pakistan semasa bencana banjir tempoh hari mengenakan busana muslimah. Semua pasti tahu yang beliau bukannya Islam, tetapi bila ke negara Islam seperti Pakistan ini, ternyata dia begitu menghormati masyarakat tempatan. Kena tabik spring toing toing toing kat artis antarabangsa ini.


Sebenarnya, siapa yang musnahkan agama Islam kita itu? Bila orang bukan Islam tidak hormati agama kita, siapa yang salah sebenarnya? Mereka sepenuhnya?


Mereka itu belum dan tidak mendapat hidayah Allah lagi. Kalaupun berlaku durjana dengan Islam yang kita cintai ini, paling kurang masih lagi ada kemaafan. Bagaimana dengan kita? Sudahkah kita berjuang untuk melindungi agama suci kita itu?


Tak perlulah sampai berperang angkat M-16 baru dikatakan berjuang menegakkan kalimah Allah. Tak perlulah sampai bersepai kena bom baru dikatakan sahid fisabilillah. Orang kata, kalau tak mampu angkat senjata, cubalah angkat pena. Sekalipun pena itu sangat ringan, namun calitannya mampu membunuh ramai jiwa. Mampu meruntuhkan banyak empayar. Namun, kalau yang anda tulis itu hanyalah cerita porno, dah pasti sahamnya juga akan diterima pada hari kemudian.

Pernah pergi Aceh tak? Ni bukan entri nak promosi yang aku pernah ke aceh. Kiranya anda belum berkesempatan ke sana, kat blog ini aku pernah berkongsi pengalaman ke sana. Beberapa entri telah ceritakan tentang pengalaman kembara berkenaan yang boleh di baca di entri Berpetualang di Bumi Ulamak, Apabila Bulatan Mempunyai Nilai Seni, Berpetualang ke Aceh: Satu Catatan Kembara, Di Makam Mu Daku Takafur, Makan Besar di Aceh, Keindahan Masjid di Aceh, Setelah 6 tahun dibadai tsunami, dan Unik dan Tersendiri.

Itu jelajah kali pertama aku ke sana. Jelajah kali kedua boleh dibaca di entri-entri berikut iaitu Aku Datang Lagi Aceh, Minda Terbuai Hati Tersayat, Ketika Toleh Ke Belakang Tinggal Hanya Kenangan dan Maulid Akbar di banda Aceh.

Entri ini bukan nak cerita tentang semua perkara yang aku tulis sepanjang berkelana di bumi Aceh. Namun, aku nak sentuh tentang pelancong-pelancong asing (Barat) yang datang ke Aceh. Mereka ini mengenakan busana yang sopan termasuk mengenakan selendang di kepala. Kenapa? Kerana mereka tahu, Aceh punya undang-undang Islam yang ketat dan tersendiri. Dan mereka, menghormatinya.


Usah terlalu mudah salahkan orang lain andai mereka tidak menghormati keyakinan kita kerana, kita sendiri telah serlahkan betapa tidak yakinnya kita. Kalau mereka sanggup bertudung litup dan menghormati agama kita, bagaimana pula dengan kita sendiri? Mengapa masih ramai yang telanjang di merata tempat awam? Mengapa masih sangat ramai menampakkan fesyen rambut Joe Jambul bila bertudung? Mengapa masih ramai yang tidak bertudung sedangkan di Malaysia ini, tersangat banyaknya dijual tudung.

Malas lah nak jawab, karang jadi isu sensitif pulak. Maklumlah, orang Malaysia ni semuanya sensitif-sensitif belaka. Pantang sentuh sikit, latah mengalahkan tok nenek tu...bukannya nak fikir dulu sebelum keluarkan fatwa. Ampunkan daku ya...tetiba je teringat fatwa yang dikeluarkan kat TV oleh seorang bini menteri bahawa “bertudung tu tak wajib” hanya sebab dia tak bertudung? Entahlah labuuuuu...sendiri mau ingat!

Kalau si Jolie ini boleh hormat agama kita, bagaimana pula dengan kita? Bagaimana nak dijelaskan kepada orang bukan Islam bila mereka melihat video ini?



Sumber gambar: Google.
Sumber video: Youtube.
Pssstttt: Perlu ke aku tampal cara perempuan beragama Islam Malaysia berpakaian? Google sendiri lah ye ;)