Ahad, 16 Mei 2010
Ucapan dari Seberang Selat
Khamis, 13 Mei 2010
Hari Ini...Sesudah 41 Tahun
Di Bukit Jalil, debaran sangat kencang menanti keputusan perlawanan badminton negara. Hati jadi lega bila akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia walaupun menangnya tidak sebesar mana. umpama telur di hujung tanduk, sekejab kata menang, sekejab lagi rasa macam nak kalah. Apapun, tahniah kepada pasukan badminton negara yang akan berjuang semula esok. Moga-moga meraih kemenangan yang besar.
Biarpun aku bukanlah peminat aktiviti sukan yang tegar, namun, bila melibatkan pasukan negara, nak juga rasa bangga dengan kemenangan pasukan negara kita. Nak juga sokong pasukan negara walaupun tidak mengadap hadapan tv atau bersorak sakan di stadium.
Hari ini, sesudah 14 tahun berlaku...masihkah kita terkesankan sesuatu? Kalau anda tanya Inche google tentang 13 Mei pada 41 tahun yang lalu, Inche Google yang belum lagi wujud pada masa tersebut sangat pantas menjawabnya. Namun, dengan pelbagai jawapan yang adakalanya boleh menyebabkan peristiwa yang sama berulang semula.
Kuala Lumpur bermandi darah 14 tahun lepas, akan berulang lagikah? Ya...sudah pasti akan andainya kita tidak pernah belajar dari sejarah. Ya, jika sekiranya kita masih lagi tidak menjadikannya iktibar. Malaslah aku nak komen banyak-banyak, baca ajelah apa yang ada...
Peristiwa 13 Mei Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
BRO7H3R M3647 R3DLIN3, Admin2 Forum Perbincangan Maya ini seterusnya meletakkan kronologi peristiwa 13 Mei seperti yang disiarkan Utusan Online (boleh baca kat bawah), tetapi tidak menyatakan sumber berkenaan. Jadi kat sini aku letakkanlah link kat mana aku sambar artikel tersebut. Orang kata sekadar memberi pengiktirafan kepada Utusan Online yang susah payah menyiarkannya. Kalau nak mintak aku tulis, lambat sikitlah ya. Jadi nak mudah, aku kidnap tulisan tersebut dan hebohkanlah sumber asalnya. Kira halallah ya...
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S’gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S’gor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Perarakan kematian CinaAkibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S’gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar S’gor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato’ Harun Idris untuk mengamuk. Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S’gor.
4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.
Rejimen RenjerAnggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah terbunuh di atas jln. Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri2 tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj. Angka korbanPolis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.
ARKIB : 29/07/2009
Usaha itu dilakukan mutakhir ini. Di saat kewibawaan DAP tercalar teruk ekoran ‘‘apa ada dalam notebook Beng Hock’’ – rahsia besar yang hanya tunggu masa akan dilondehkan sedikit demi sedikit, pakatan pembangkang sedang merangka strategi-strategi baru. Mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat secepat mungkin daripada perkembangan yang amat ‘menganggu’ mereka itu kepada isu mengenai penghapusan ISA. Mereka mahu membina momentum – bermain dengan sentimen rakyat – terutama orang Melayu supaya menyokong usaha tersebut.
Momentum itu adalah untuk ‘menghalalkan cara’ jika perarakan besar-besaran Gerakan Mansuh ISA (GMI) dari Bangunan Parlimen ke Istana Negara pada 1 Ogos ini (Sabtu ini) mendapat tentangan daripada pihak berkuasa. Rata-rata orang Melayu (daripada golongan atas pagar atau senyap) sebenarnya menyokong ISA. Mereka faham dan sedar ISA baik untuk mereka dan negara. Mereka sedar rakyat Malaysia memerlukan ISA demi keamanan dan kesejahteraan negara.
Tertanya-tanya kita mengapa golongan itu, DAP, PKR dan Pas beria-ia sangat mahu menghapuskan ISA. Semua orang tahu selama ini ia digunakan untuk menjaga keamanan negara. Negara perkasa Amerika Syarikat pun mempunyai undang-undang ala-ISA iaitu Akta Patriot (http://en.wikipedia.org/wiki/usa_patriot_act). Tahanan yang disyaki sebagai penganas – yang rata-rata beragama Islam ditahan tanpa bicara di Kem Guantanamo. DAP tidak pernah bising pun? Pas pun sepanjang ingatan kita jarang komen panjang lebar mengenainya? Malah, jiran Singapura pun masih ada dan masih mengamalkan ISA. Rakyat Singapura tidak pernah pun berarak dari bangunan Parlimennya ke Istana Presiden?
Satu surat yang dihantar oleh seorang peguam (suratnya akan disiarkan oleh Utusan Malaysia mulai esok) berkata: ‘‘Amat mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu UKM (TSB) pada tahun 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan bahawa kesemua 100% daripada mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 seksyen, 4 bahagian, 12 bab dan 3 jadual.’’
Malam kelmarin, satu ceramah diadakan di Kampung Datuk Keramat, kampung yang dihuni rata-ratanya oleh orang Melayu. DAP dan konco-konconya bermain dengan api. Ceramah terbuka itu amat berbahaya. Mereka mengadu-dombakan mengenai isu penghapusan ISA ini. SMS yang dihantar oleh seorang rakan itu berbunyi lagi: ‘‘Ramai penduduk di sekitar kawasan yang tidak dapat lari daripada mendengar apa yang diucapkan... yang kesemuanya berbentuk tohmahan, hasutan dan kecaman terhadap orang Melayu sama ada secara terus atau tidak, jelas hanya menjemput masalah.
‘‘DAP dan PKR patut ingat hak orang Melayu yang menduduki sekitar kawasan tersebut. Bukan semuanya terdiri daripada penyokong mereka. Mereka berasa tersinggung kerana yang diperlekeh adalah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan kerajaan pimpinan Melayu.’’ Kita berharap pihak berkuasa dapat bertegas ekoran perkembangan itu. Kami rakyat Malaysia mengharapkan perlindungan pihak polis. Dalam suasana yang tidak menentu sekarang – di mana orang mula bercakap mengenai kekuatan dan superiority bangsa dan kaum masing-masing, ISA amat penting. Kerajaan dan polis harus terus menggunakan akta itu.
Pedulikan apa orang kata, ini negara kita.
Semasa menulis artikel ini, di tepi meja saya terletak sebuah buku yang saya cari dari rak buku-buku saya bertajuk May 13 Before & After (13 Mei Sebelum & Selepas) tulisan Tunku Abdul Rahman. Saya sudah membaca buku ini lama dulu semasa saya masih bersekolah – tapi semalam saya buka semula sehelai demi sehelai – di satu halaman Tunku menulis: ‘‘Saya mahu menceritakan satu kisah dengan penuh minat, satu kejadian yang berlaku awal tengah hari 13 Mei di Jalan Ipoh, jalan utama menghala ke Utara... seorang saksi melaporkan kepada saya sebuah bas yang datang dari Utara, dari Selayang... ditahan oleh sekumpulan pemuda Cina, mencari orang Melayu dan dalam masa yang sama melaung Darah Bayar Darah!...’’
Melihat pula gambar-gambarnya, tertera satu gambar mengenai sekumpulan orang sedang memegang penyapu – yang keterangan gambarnya dalam buku itu tertulis: Penyapu bagi menyapu keluar orang Melayu. Membaca buku itu cukup menyedar dan menginsaf kita semua. Cukup jelas, dalam suasana sekarang – cybertroopers yang terang-terang tanpa rasa bersalah membangkitkan soal rasis, perkauman dan kaum masing-masing – ISA amat-amat diperlukan.
Buku Tunku berusia 40 tahun itu harus dijadikan teks sekolah masa kini. Rakyat Malaysia sudah lupa kisah 13 Mei 1969.
Apa ada dalam notebook Beng Hock...
PROSIDING inkues kematian Teoh Beng Hock bermula hari ini. Prosiding yang didesak diadakan oleh pihak pembangkang (yang kemudiannya menukar fikiran selepas kerajaan menubuhkannya) sudah pasti akan mendapat perhatian umum. Namun dalam masa yang sama, siasatan oleh pihak polis dan SPRM terus dijalankan. Kita masih lagi tertanya-tanya apa lagi ada dalam komputer riba Beng Hock itu.
Mungkinkah apa yang disiarkan oleh sebuah laman blog hantu http://t4tbh.blogspot.com adalah sebahagian daripada isi kandungan ‘rahsia besar’ yang cuba disembunyikan itu? Jika benar, kita pasti ‘rahsia besar’ itu akan diperhalusi sedikit demi sedikit. Kita mendengar pihak-pihak yang terbabit sudah gabra mengenai hasil yang diperoleh itu. Membaca blog dalam Internet, satu komen yang dihantar amat menarik dan boleh diperhalusi oleh para penyiasat.
Komen itu bertanya: Penyata-penyata kontrak dan invois yang diedarkan melalui blog hantu itu adakah ia dibuat melalui cek? Kelazimannya urus niaga itu akan dibuat melalui cek. Jika, ya, maka kerja para penyiasat akan lebih mudah. Urusan transaksi melalui bank adalah telus. Walaupun ada pihak yang menuduh semua itu adalah palsu, tapi transaksi bank tidak boleh tipu. Kita tunggu lagi perkembangan seterusnya...
Aku tak nak ulas apa-apapun tentang kedua-dua tulisan ini, namun apa yang pasti persoalan yang dikemukakan, sejauhmana kita menghayati tragedi berkenaan dan belajar untuk terus mengekalkan nilai aman yang kita ada cukup aku setujui. Hanya sebab kita berbeza pendapat, perlukah kita gadaikan Malaysia nan tercinta ini?
Ulasan tentang buku ini aku jumpa di Ujana Ilmu. Aku pun belum baca lagi, tetapi aku tetap percaya tulisan PROF. DR. NIK ANUAR NIK MAHMUD bersandarkan ilmunya. Aku percayakannya. Selepas ini kenalah aku cari buku ni pula untuk tatapan minda. Agak-agak, Nisah Haron sudi dermakan pada aku tak?
Judul: 13 Mei Sebelum Dan Selepas
PROF. DR. NIK ANUAR NIK MAHMUD
Aku sangat suka dengan tulisan dalam Utusan di bawah. Bacalah. Fikirkanlah. Membenci sesama sendiri dalam satu negara tidak untung sesiapa, kecuali musuh. Hanya musuh sahaja suka kita berpecah belah. Aku bukan menyokong mana-mana parti politik, tidak juga terlibat dengan mana-mana aktivis politik. Aku hanya sayangkan keamanan yang kita ada selama ini. Aku hanya nak ia dikekalkan sampai bila-bila sahaja. Mmmmm baca je lah apa yang tertulis ni...
Mewarnakan semula 13 Mei
Oleh KHAIRUDDIN MOHD ZAIN
Sejujurnya, penulis ambil masa sedikit untuk memulakan penerangan. Apakah perlu elemen 'rusuhan kaum' yang diberikan penekanan? Apakah kanak-kanak sekecil ini layak diberikan gambaran buruk 'ekstremisme politik' dalam usia yang belum matang.
Lalu, penulis mengambil jalan yang sangat selamat. Menerangkan bagaimana setiap daripada kita perlu mempunyai semangat dan kesungguhan untuk menyayangi negara dalam erti kata yang sebenarnya. Penulis menyoal anak, 'apa yang kakak rasa sewaktu menyanyikan lagu Negaraku di perhimpunan? "Kakak rasa sayang kepada Malaysia. Ini tempat lahir kakak." Betul, dan semuanya perlu bermula dengan benih 'kecil' sayangkan negara.
Baru-baru ini, penulis juga terlihat satu gerakan luhur untuk mewarnakan semula 13 Mei oleh beberapa pihak di dalam media baru. Apa warna asal 13 Mei? Warna merah contengan anti-kerajaan dan permusuhan kaum di sekitar Kuala Lumpur? Atau warna hitam dan kelabu kepul asap kereta dan kedai yang terbakar?
Ataupun warna 'hitam pekat' hati manusia yang sanggup mengorbankan ideal 'kepentingan bernegara' demi tuntutan dan kepentingan politik. Atau warna gelap hati mereka yang gagal menghayati ideologi longgar lagi asing kepada bumi Malaysia.
Pertanyaan anak membuka hati penulis membaca semula karya Tunku. Tulisan Tunku banyak dilapis dengan rasa kecewa. Sebagai Bapa Kemerdekaan, siapa yang sanggup melihat 13 Mei 1969 berlangsung hanya 12 tahun selepas merdeka. 13 Mei 1969 membawa khabar buruk; mengiakan negara ini adalah 'bom jangka' yang meletup selepas 12 tahun. Jangkaan bangsa penjajah seakan-akan terjawab dengan 13 Mei.
Namun, apa sebenarnya akar di sebalik Tragedi 13 Mei? Apakah rasa 'kurang senang' yang terkumpul lama? Apakah ia didasari oleh haloba kuasa? Apakah ia membayangkan betapa longgar semangat kenegaraan? Atau ia membayangkan betapa mudah kita menjadi 'bidak' kepada permainan politik orang lain?
Apa pun, 13 Mei memang perlu dan wajar diwarnakan semula dengan 'gaya fikir dan kemahuan hati' generasi muda Malaysia seluruhnya. Kita tidak perlu terus dibebani dengan 'warna lama' yang tidak menguntungkan sesiapa. Sebagai anak Melayu, perspektif penulis tentang 13 Mei 'diwarnakan' oleh seorang guru silat yang pernah 'mewarnai' 13 Mei itu sendiri. Ceritanya jelas. Ingatannya luar biasa. Perinciannya memang mampu membangkitkan bulu roma dan jiwa penentangan.
Namun, ia diwarnakan semula dengan 'warna jernih' sewaktu menuntut di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ada 'warna lain' yang perlu setiap daripada kita jernihkan daripada perspektif asal 13 Mei. Anak-anak kecil penulis tidak perlu terlalu diingatkan dengan memori 'warna hitam dan merah pekat' 13 Mei. Anak-anak kita jangan diwarnakan dengan 'warna dendam dan penting diri'.
Apa yang penting, mereka perlu diwarnakan dengan cita negara, visi nusa dan cita-cita kita sebagai bangsa Malaysia. Mereka tidak perlu dididik dengan 'warna' yang salah. Ini termasuklah 'warna politik' yang mendahulukan individu dan kelompok tertentu. Apakah kita mampu mengharapkan 'warna jernih'; kalau yang selalu kita bangkitkan adalah aura kemarahan dan ekstremisme politik? Apakah kita mampu menjernihkan perspektif kalau segalanya diletak sebagai angkubah 'untung rugi politik'? Apakah semua yang membawa 'laba politik' dihalalkan walaupun terpaksa menyandarkan masa depan negara sebagai cagaran?
Cita-cita 1Malaysia itu sendiri mampu menjadi asas 'warna baru' kepada semua cerita lama. Bukanlah cerita itu tidak penting. Bukanlah kita tidak menghargai pengorbanan. Namun, untuk 'survive' dalam dunia kompetitif ketika ini; kita perlukan mengurangkan 'tona warna dendam'; dan menyuburkan warna kerjasama, menghormati Perlembagaan dan kasihkan negara.
Warna baru 13 Mei adalah untuk kita menghargai satu sama lain sebagai 'anak bangsa Malaysia' yang terlindung di dalam niat Perlembagaan. Tidak lebih dan tidak kurang. Dengan itu, yang 'hak dan milik' jangan sewenang-wenangnya mahu ditolak. Yang lahir dan besar di tanah bertuah ini; jangan dianggap sebagai 'asing'. Inilah permulaan warna baru.
Rasanya tidak sukar kalau kita mengamalkan sikap li-taarafu dan saling menghormati. Isu yang sukar dan keras; kita wajar ketepikan sementara - dalam merangka kejayaan bernegara yang lebih besar. Generasi muda Malaysia tidak mahu terus terbeban dengan 'warna lama' - namun tidak juga mahu ia hilang sebagai warna iktibar dan ingatan. Jangan sangsi dengan istilah 'hidup', 'bangkit' dan sebagainya. Yang nyata, orang Melayu sedang mencari psyche tepat dalam merangka perjalanan ekonomi dan politik mereka sendiri ketika padang persaingan.
Warna baru 13 Mei - mesti diisi dengan warna asas yang betul dan tepat. Sejarah menjadi pengajaran dan iktibar. Jangan kita menjadi terlalu 'fobia' dengan sejarah pedih; kerana hanya dengan 'penerimaan hakikat' kepedihan - kita mampu menjadi lebih 'bersyukur' dengan kedudukan kita sekarang.
Sebagai anak Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli - dan semua bangsa yang ada; ini masa kita mencari 'rentak fikir dan alun tindakan' yang sama. Kita mahu melangkah ke hadapan dengan 'warna' baru; warna yang memberi kita 'petak hak' di bawah langit Malaysia yang sama.
Penulis tidak mahu berselindung dengan 'warna asal' 13 Mei jika ditanya lagi oleh anak pada masa akan datang. Tapi kali ini, penulis akan menyerahkan 'berus lukisan' agar dia melukis sendiri wajah Malaysia yang dia mahu.
Keselesaan anak penulis berkawan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan ras membuatkan penulis yakin - mereka tahu 'warna dan wajah' yang mereka inginkan. Seperti yang diungkapkan dalam Prakata buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas: "...peristiwa 13 Mei akan terus digunakan untuk tujuan politik masing-masing selagi tiada usaha mencari kebenaran dan bermaaf-maafan untuk mencapai perpaduan nasional sebenar."
Segalanya ada dalam tangan kita; moga 13 Mei tidak berulang lagi dek kerana kepentingan politik yang kecil - namun mengorbankan cita bangsa yang lebih besar. Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
GENAP 41 tahun, pada tarikh hari ini -13 Mei 1969 tercatat sejarah hitam hubungan kaum negara ini. Peristiwa perbalahan antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Akibat perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir. Kalau diceritakan kepada generasi muda sekarang, barangkali peristiwa hitam itu tidak memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah semata-mata.
Tetapi elok kita peringatkan pemimpin kaum dan generasi muda sekarang tentang iktibar yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk ini. Mungkin elok diifikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum.
Tujuannya bukan hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi elok diadakan supaya dapat mengelak peristiwa yang sama berulang. Semua rakyat majmuk negara ini harus sedar, tidak ada manfaat dan keuntungan kepada mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini.
Tidak ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Untuk mendapatkan bekalan makanan pun susah. Aktiviti harian tergugat. Yang bermain di dalam minda ketika itu ialah keselamatan diri dan keluarga. Dalam keadaan tegang begini, tahap keyakinan antara kaum amat rendah. Tidak siapa boleh dipercayai. Dendam dan marah kepada kaum lain berada pada tahap puncak.
Itulah yang terjadi pada peristiwa 13 Mei itu. Ia telah menjadi parut luka yang begitu lama untuk dirawat dan dipulihkan. Kita bangkitkan nolstagia pedih ini kerana tidak mahu ia terjadi lagi. Tetapi cubaan untuk mencetuskan perbalahan antara kaum ini nampaknya boleh terjadi semula tanpa kita sedari.
Banyak petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.
Apakah kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum? Sebab itu bibit-bibit pergolakan yang menjurus mengapi-api dan menggasak perasaan kaum tertentu perlu dipantau oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini. Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.
Aku bukan ingin mencari salah sesiapa. Siapapun yang salah, 13 Mei 1969 sudahpun berlaku. Apa yang dah jadi tak dapat lagi kita ubah…kalau tak, tak kanlah orang selalu sebut “andai dapat kuundurkan masa”. Apa yang aku cuba nak ketengahkan di sini adalah…belajarlah daripada sejarah. Bila dah berlaku, bila dah jadi, bila dah terlanjur (ooohhhh aku tahu perkataan itu sangat memberi makna yang besar), masihkan kita dapat untuk patah balik? Masihkan dapat padamkan warna kelam dan kelabu itu, kalaupun belum warna hitam?
Sejarah memang boleh dicipta, boleh juga diubah sesedap rasa. Namun, inginkah kita menjadi pencetus kepada nilai sejarah yang negatif?
Sesiapa yang selalu tinggalkan Malaysia yang tercinta ini dan melihat negara orang, biarpun indah di tempat orang…kita tetap akan tahu yang Malaysia juga sentiasa di hati. Budu jugak yang tetap diingati. Sambal belacan juga yang sering dirindui. Entah kenapa, kali ini aku teruja untuk menulis tentang semangat Malaysia aku yang meluap-luap ini.
Paling tidak, aku tahu…andainya pergiku kali ini tak kembali lagi, aku sudah titipkan kecintaanku kepada Malaysia yang kucintai ini di blog sendiri. Menulisnya, memperjuangkannya dengan cara aku sendiri juga. Dah 41 tahun 13 Mei itu berlalu, boleh tak kita jangan ulanginya lagi?
Boleh tak? Aku mintak sangat-sangat. Aku sayangkan Malaysia. Aku cintakan Malaysia.
Ahad, 9 Mei 2010
Ibu...Engkaulah Ratu Hatiku
Bukan nak membandingkan, tapi hati lebih suka yang ni... Entah kenapa
Tasbih Cinta Ini Sentiasa Untukmu
Biarpun Mek tak akan baca puisi ini, tak akan fahaminya biar seayat...di ruang yang tak berpenjuru ini, aku lekatkan suara hati tang tak terlafaz itu. Tiap patah katanya kulakarkan pada 2008, namun tajuknya baru sahaja aku lekatkannya seketika tadi.
Mek, Aku Terlalu Ingin
Mek, aku berusaha jadi anak terbaik
sentiasa patuh ingin seorang ibu
selalu redha mahumu
akan lunasi seluruh mimpimu
tunai semua hajatmu
Setiap detik kuingin jadi anak terbaikmu
yang menyenangkan hati lusuhmu
yang gembirakan minda jiwamu
yang ceriakan setiap harimu
yang menenangkan sepenuh ragamu
Mek, bantulah daku jadi anak terbaikmu
dalam upaya nan terbatas ini
restuilah aku terus gigih mencari redhaNya untukmu
dalam kehilangan daya tak terucap ini
kuingini contohimu mengharung payah hidup dalam sabar
kumahu sepertimu kebal menahan taufan sukar
tega menadah ribut gundah
Mek, kuingin jadi anak terbaikmu
yang akan sentiasa meranumkan kuntum senyummu
yang akan sentiasa membanggakanmu
yang akan selalu meriakanmu
yang akan selamanya mengekang gundahmu
Mek, aku terlalu ingin
menjadi anak terbaikmu dalam waktu terhad ini
biarpun upayaku kian terbatas
biarpun masa berlari itu terlalu pantas
dan aku lelah terjelepok kehilangan nafas
aku tetap ingin menjadi anakmu nan terbaik
biarpun, aku tidak pernah begitu
di matamu di hatimu.
Mek, aku tetap sentiasa ingin menjadi anak terbaikmu.
Kota Bharu
Mei 2008
Aku hanya mahu berikan semua yang terbaik untuknya. Sejak dahulu. Sampai bila-bilapun, sekalipun tiada siapa yang sedar. Sekalipun tanpa tahunya. Biarpun dia pernah nafikannya.
Mek, andai hasrat itu tidak sempat disempurnakan sehayat ini...ampunkanlah daku. Dayaku tak setinggi mana. Upayaku tak seteguh karangpun.
Mek, Selamat Hari Ibu.