Selasa, 14 Julai 2009

Menganyam Kenangan

Sambung cerita masa balik kampung dulu...

Masa tengah syok lepak kat ruang tamu, adik bongsu beritahu Mak Teh datang. Mintak aku pujuk nenek masuk rumah. Tak sedarpun bila masanya mereka sampai sebab mereka masuk melalui pintu dapur. Biasanya keluarga rapat kami akan masuk melalui pintu dapur. Kerja ubahsuai rumah yang ambil masa terlalu lama (lebih 4 tahun. Sekarangpun masih belum siap sepenuhnya) buat kami lebih selesa lepak melalui pintu dapur sahaja. Pintu depan jarang benar dibuka.

Kata ayah, nenek tak mahu masuk. Tengah panas buta tu, dia sanggup duduk dalam kereta. Kononnya dia tak kenal tuan rumah. Sebelum ini orang tua itu pura-pura nyanyuk. Kini, aku sendiri tidak tahu dia masih pura-pura atau memang dah betul-betul nyanyuk. Yang nyata, dia kenal sesiapa sahaja yang berikan “sesuatu” padanya. Itupun ikut mood dia. Kalau yang datang sekadar jenguk dan bawakan biskut kering atau kuih muih je, mmmm tak kenallah jawabnya. Nak dia kenal kena hulurkan kain baju ke, wang ringgit ke...hu hu hu. Apa-apa ajelah labu! Jangan aku terikut peel itu, sudahlah!

Adik pergi pujuk, tapi dia tetap tak nak masuk juga. Bila aku pergi pujuk, macam-macam alasan dia beri. Tak kenal tuan rumahlah. Malulah. Kaki sakit, tak larat nak jalanlah. Akhirnya dia turun juga bila aku kata dia ada tongkat. Rasanya dia dah habis alasan dah, sebab tu terpaksa turun. Dan aku pula, cakap terpekik-pekik hingga semua orang dengar. Kalau cakap perlahan, dia tak dengar pulak. Memanglah nampak tak sopanpun, tapi kalau cakap perlahan...lain yang kita tanya, lain pulak dijawabnya.

Dah masuk rumah, dia tak kenal sesiapapun dalam rumah tu. Katanyalah. Kakak ipar memang buat dak je, sebab memang dah biasa sangat dia pura-pura tak kenal sebelum ni. Dah fed-up nak melayan. Bila dah hidang milo panas dengan roti, nenek kata “Mujur naik, boleh minum air...ada roti juga,”

Mak Teh ketawa tak hengat donia. Berlambak-lambak gelak dia. Bercampur pulak dengan ketawa menantunya, ayah dan adik bongsu aku. Nenek kata dia dah kenyang. Baru je makan durian yang Pak Muda beli. Seulas je pun dia makan.

Kebetulan abang ipar ada bawa balik durian. Masih ada lagi sebiji. Terus je ayah suruh adik bawa depan nenek. Nenek kata dia masih kenyang lagi. Jadinya, ayah kata bawa balik saja. Sekali lagi nenek beritahu tentang “mujur” dia masuk tu. Bila ayah hulur RM10, lagi sekali “mujur” dia diluahkan.
“Mujur naik tadi...buleh minum, makan roti...bawak balik durian. Buleh duit lagi,” ungkit Mak Teh. Tak tahulah menyakat atau perli. Mak Teh memang begitu sejak dahulu, namun aku memang tahu hatinya benar-benar baik. Tak ada phD pun (perasaan hasad dengki) berbanding beberapa orang mak sedara dan pak sedara yang lain. Mungkin dia tak kaya berbanding mak cik dan pak cik lain.

Bila aku mintak dia tinggal saja dengan kami, nenek menolak. Dia dah janji dengan Mak Teh, katanya. Macam biasalah, Mak Teh akan sakat dia.
“Nanti nak mari dak sini?” tanya Mak Teh sambil gelak-gelak dan pandang ayah.
“Ada orang ambik, kita marilah,” jawab nenek.

Nenek tidak lagi mahu datang rumah kami sejak dia tuduh ayah ambil duit simpanannya awal tahun dulu. Mek melenting sangat-sangat (sejak muda nenek tidak pernah satu kepala dengan Mek, walaupun tidaklah perang. Namun itulah pertama kali aku tengok Mek memang bengang sangat-sangat dengan nenek). Apa tak bengangnya, bila orang tua tu tuduh laki dia (ayah aku lah tu. Padahal ayah aku tu kan anak dia...pelik betul aku!) curi duit yang entah berapa je nilainya. Tak sampai dua ratus pun. Duit itu sebenarnya nenek dah serah pada Mak Cik yang datang menziarah sehari sebelum itu.

“Laki mu tu curi duit aku, sebab tu dia kaya,” ayat tu buatkan Mek benar-benar melenting. Macam kena gigit semut api kat bontot. Sejak itu, Mek buat tak tahu saja dengan orang tua tu walaupun selama ini aku sangat tahu dia terlalu ambil berat. Sepanjang aku jadi cucu dia, tak pernah sekalipun Mek katakan sesuatu yang tak baik pasal nenek kepada kami, padahal kami memang nampak pun apa yang nenek buat. Dia tetap juga mintak kami melawat orang tua itu setiap kali kami balik kampung. Dia tetap nak kami hormatkan orang tua tu. Dan kami pula, lakukan semua perkara yang Mek mintak sebab dia, bukannya atas kehendak kami sendiri. Aku memang kagum dengan Mek kerana itu. Aku pun tak boleh buat macam Mek. Tahu kenapa? Karang aku cepat aje menjawab! Kalau mulut aku ni menjawab, pedas pulak sampai ke telinga hu hu hu.

Mek bukanlah menantu pilihan nenek, tetapi menantu kesayangan arwah Tok Ayah. Bila arwah Tok Ayah dah tak ada, sikapnya itu lebih menjadi-jadi. Tapi Mek tetap macam itu juga. Tak tahulah sama ada dia buat-buat tak tahu, ataupun memang dia hormatkan orang tua itu. Hanya selepas peristiwa itu, kami tidak lagi dipaksa untuk menziarahi orang tua itu lagi setiap kali balik ke kampung. Sebut pun tak. Dan kami pula, hanya diamkan sahaja walaupun memang nak tahu apa ceritanya yang berlaku. Satu caranya, tanya kakak ipar. Kakak iparku itu memang dah terkenal jadi tukang gosipnya mengalahkan mami jarum. Semua cerita ada dalam tangannya. Tanya saja, semua perkara boleh kami tahu. Dari cerita kakak ipar itulah kami mula menyedari yang Mek memang benar-benar terluka.

Aku tak salahkan Mek. Dia memang dah terlalu lama bersabar. Patutnya sejak dulu lagi dia terasa macam tu. Sejak berkahwin hingga dah ada cucu berbelas orang, baru kini Mek meletup? Dan letupnya itu tanpa suarapun. Hanya diam. Aku akui, kalau aku berada di tempat Mek, aku memang tak mampu untuk sabar seperti itu. Selama itu pula. Hampir 50 tahun. Wow! Tabek springlah! Kalau aku...setahu dua je. Lebih dari tu...pegi mampuslah!

Banyak yang aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri, tak ada siapa yang pengaruhipun. Namun, Mek hanya kata “Orang tua macam tu lah...dia tetap mak (kepada) ayah jugak. Kena hormat,”

Apa yang kami buat untuk nenek sebenarnya sebab Mek. Sebab tak mahu Mek anggap kami ni cucu yang kurang ajar atau kurang apa-apalah yang sewaktu dengannya walaupun kami sedar orang tua itu pandai terima kami sejak masing-masing dah kerja. Dah mampu hulur duit tiap kali melawatnya. Sebelum itu, apa yang tak pernah kami terima darinya? Ada kala aku pun tak faham, adakah betul kami adik beradik ni cucu dia? Betul ke ayah tu anak dia? Namun penerimaannya terhadap kami berubah bila taraf hidup kami juga berubah. Hanya kerana itu?

Kini nenek gelar ayah “Orang Kaya”. (Macamlah kami ni betul-betul kaya. Entah kenapa mulutnya tak masin...kalau masin kan best, boleh juga aku berlagak jadi “anak orang kaya”). “Orang Kaya” itu kami sebut-sebut selalu depannya. Dia juga sebarkan kepada setiap orang yang berjumpa dengannya tentang “kekayaan” kami. Kami tak kesahpun tentang itu kerana semua orang memang dah tahu tentang “pura-pura nyanyuknya” itu.

Mek terkejut bila aku beritahu kedatangan nenek itu (masa nenek datang Mek pergi kenduri). Aku sendiri tidak pasti adakah nanti nenek memang benar-benar akan datang ke rumah kami seperti dahulu setelah apa yang berlaku. Lagi aku tak tahu, adakah Mek seikhlas dulu melayan kerenah nyanyuk orang tua itu yang sebenarnya pura-pura nyanyuk itu?

“Wa nak buat gapo duit banyak-banyak?” aku pernah tanya nenek begitu.
“Nak simpanlah,”
“Simpan buat apa? Dah mati bukan boleh guna lagi...rugi je,” provoke ku. Jahat kan aku? Saje je nak naikkan darah dia.
“Nak simpan buat tahlil, buat sedekah... bila mati nanti,” beritahunya. Entah dari mana dia dapat idea tu.
“Kalau dah mati, mana kita tahu orang buat apa dengan duit tu...kalau dia orang ambil je buat joli, tak buat tahlil pun, Wa nak buat apa? Bukannya boleh jadi hantu...dah mati, terima sajalah apa orang buat,”

Lama dia terdiam. Terkelip-kelip tak kata apa-apa.
“Tak boleh macam tu. Kalau duit tu taruh untuk buat tahlil, kena buat. Berdosa...” katanya lambat-lambat.
“Dah nampak duit, mana nak ingat dosa pun...kalau nak sedekah, sedekahlah masa hidup. Buat apa nak tunggu mati dulu?” Aku memang tahupun dia bengang dengan soalan aku tu. Dia kan mata duitan, jadi aku memang suka sangat sekat anginnya yang satu tu.

Bila dia terdiam tak kata apa, aku timbulkan pula pasal kenduri arwah dan tahlil tu.
“Bila kita mati, duit tu dah jadi harta anak yatim. Mana boleh sedekah lagi,” kataku.
“Habis tu, tak boleh buat tahlil lah? Tak boleh sedekah?”
“Dah jadi harta anak yatim, kena tanya anak yatim tu lah boleh buat ke tidak. Kalau buat juga tapi anak yatim tu tak setuju, mana boleh. Mana boleh guna duit anak yatim, besar dosanya...” terangku.
“Habis tu, duit tu kira macam mana?”
“Terpulang kat warislah nak buat apa...kalau semua sepakat tak nak buat tahlil, tak bolehlah guna untuk tahlil,”

Dia diam lagi. Lama juga diamnya itu.
“Dalam Islam mana ada suruh buat tahlil,”
“Kalau tak buat tahlil, buat macam mana?”
“Tanam je...lepas tu balik je lah,”
“Habis tu, sapa nak doa?”
“Nak suruh sapa doa? Doalah sendiri masa hidup...orang yang datang tahlil tu pun belum tentu lagi ikhlas nak doa kita. Datang tahlil tu pun kena bayar, kena jamu makan lagi...bukannya ikhlas kalau macam tu. Baca doa pun nak kena bayar...”

Selepas aku bagi ceramah percuma itu, dia telah pesan kepada semua orang, bila dia mati nanti, upah orang untuk bacakan doa untuk dia. Buat kenduri tahlil. Risau benar dia kalau anak cucunya tanam jenazah dia tanpa buat apa-apa tahlil dan upacara doa.

Orang kata, berdoalah untuk panjang umur. Bagi aku, aku sentiasa berdoa untuk mati muda. Masa umur 45 tahun. Mati ketika tenaga masih ada dan tidak harapkan orang lain untuk teruskan kehidupan. Mati tanpa menyusahkan orang lain. Boleh macam tu?

Rabu, 8 Julai 2009

Jerebu...

Sebelum pergi Kota Kinabalu tempoh hari, aku sempat balik kampung. Dua malam saja. Lebih singkat daripada pergi Kota Kinabalu. Hari Khamis, tepat jam 4.35 pagi, aku dah mulakan perjalanan. Satu jan dah sampai Gombak. Kereta tak banyak di jalan raya, namun mata yang baru sahaja dipaksa buka dari mimpikan putera idaman Malaya ni masih lagi dihuni kantuk. Jam 6.30 aku dah berhenti di stesen Petronas lebuh raya Karak. Perut mintak di isi.

Masa sendukkan hidangan, hati memang kuat bisikkan yang aku akan makan banyak kali ini. Bekal untuk tengahari yang telah kuisi siap-siap dalam perut. Namun, akhirnya, tiga senduk sarapan (kucampurkan nasi goreng, mehun goreng dan me goreng dengan sejuring telur goreng...macam itupun dah RM5 ke?) sebab terlalu awal pagi, tak mahu kerap berhenti untuk ke tandas, jadinya aku putuskan hanya untuk makan sahaja. Dah berada di lebuh raya semula, rasa menyesal tak batai nescafe khaw supaya buka mata luas-luas sepanjang jalan.

Jam tujuh dah lepasi Raub, Padang Tengku sebenarnya, tapi...suasana masih lagi kelam. Mataharipun malu-malu nak keluar. Nampak macam berkabus. Aku memang suka suasana macam tu. Segar. Dingin. Boleh rasa bau udara yang wangi berbaur dengan bungaan semulajadi. Namun bila buka tingkap...mak oiiiii hangit! Panas dan berkuap!

Baru sedar bahawa semua itu jerebu, bukannya kabus. Bau hangit dan terbakar dengan udara yang panas dan tepu dengan habuk buatkan aku pasang pendingin hawa sepanjang perjalanan. Nikmati ajelah gambar-gambar ni...

Jam 12 lebih dah sampai rumah kakak ipar kat Pekan Ketereh. Sempat makan tengahari lagi (dengan ikan singgang). Dah lama tak hirup kuah ikan singgang. Sambil tu call kakak yang memang dah ada kat rumah, minta dia bersiap. Nanti boleh terus sahaja ke Tabung Haji di Kota Bharu. Esoknya Jumaat, cuti hujung minggu. Hanya hari ini sahaja ada masa. Ikutkan kepala memang dah ting tong kerana penat, bangun awal dan tahan mengantuk. Disebabkan Sabtu dah nak bertolak balik KL semula, kenalah pergi juga pada hari itu. Adik akhirnya yang memandu.

Balik Tabung Haji, singgah Perodua. Terus booking viva RM500. Dapat kunci nanti bayar baki deposit RM1500 lagi. Hujung bulan (beberapa hari lagi) dijangka dapat, tapi bila tengok salesmannya itu, hati aku memang tak yakin. Tengoklah nanti macam mana.

Aku balik bila dapat tahu Mek jatuh. Dua kali pulak tu. Masa balik hari tu, dia dah ok. Jalan merata siap pergi kenduri lagi. Aku yang risau dengar dia jatuh di bilik air dan di halaman rumah, macam anak kucing hilang anak kat Bangi. Panas je bontot nak duduk diam-diam. Nak aje terjun balik kampung cepat-cepat. Bila fikir ada hal yang memang tak boleh elak, terpaksa kurungkan niat balik kampung. Akhirnya Khamis tu, terus terjah balik kampung tanpa sesiapa tahu. Dah nak sampai rumah baru call beritahu kakak untuk pergi Tabung Haji. Semua tu sebab aku fikir tak ada kelapangan lagi nak balik. Minggu berikutnya kan dah kena pergi Kota Kinabalu. Empat hari pulak tu.

Malamnya tidur macam tak mahu bangun. Memang betul-betul penat dan letih. Biasanya balik kampung sekurang-kurangnya seminggu, baru sempat kaver balik tenaga. Kali ini dua malam saja. Penatnya payah nak cerita. Ikutkan hati, nak aje menjelepokkan diri kat lantai sepanjang masa hinggakan tak peduli langsung dunia lain. Ni bukan nak cerita pasal jerebu pun...hanya nak bagi tau, masa balik kampung tu, ada jerebu je skit kat Pahang....saje je buat tajuk pelik skit. Gambar-gambar jerebu tu aku upload lain kali je lah ye, lupa nak copy dari lap top. Sori!
Ni dia gambar2 jerebu yang sempat aku snap sambil memecut balik kampung dulu tu. Lain kali bolehlah aku balik kampung dengan bas je, viva hitam yang comel tu dah dapat pun...selamat menikmati jerebu!

Khamis, 2 Julai 2009

Aku Tak Pasti Adakah Dunia Memang Dah Nak Kiamat, ataupun Aku Ni Sebenarnya Si Bahlul Yang Tak Paham Apa-apa Tentang Dunia Yang Maju. Criter Skit!!!


Tengah aku aku dok nyorok dari meeting yang memang membosankan itu, aku bukalah emel lama yang tiba-tiba sahaja kuingat paswordnya dari kelupaan yang maha panjang. Sedang dok delate mana-mana yang patut tetiba aku di sapa dek Id Lees_fasha. Disebabkan dah lama bebenornya emel itu aku tak b uka, ingatkan kenalan lamalah. Apapun, bacalah apa yang dah aku copy and paste kat sini ni...

Lees_fasha: hai
Aku: hai (Itupun agak lama setelah dia PM baru aku balas. Sebabnya, aku terlari sana sini sepanjang hari, bukannya mengadap skrin computer je sepanjang masa).
Dia pun hai balik.
Aku: Sape ni?
Lees_fasha: fasya la
Aku: fasya mana?
Lees_fasha: tak ingat dah ke… lama tak online

Entah makhluk dari mana, aku pun tak ingat. E-mel ini sudah terlalu lama aku tak guna. Dah sering lupa passwordnya pun. Saja je gatal tangan nak buka emel itu pulak hari ni. Tak semena-mena kena terjah dek minah ni (dia mengaku dia tu pompuan lah). Tak tau lah betul-betul pompuan ke tidaknya.
Aku: mmg x ingat pun… sori
Lees_fasha: i pun dah tak brapa ingat u… lama sgt. Mmmmmm
Lees_fasha: I Fasha…u?
Aku: *tutttttttttt* dirahsiakan kat sini ya…mana tau kot-kot muncul pulak pahsa ke 2. Penat!
Fasha ni lelaki ke pompuan?
Lees_fasha: i am a lesbn…u?


Terkedu sekejab aku!
Aku: oohh… bes ke jd lesbian ni? i lahir pompuan...mati pun insyaAllah pompuan gak
Lees_fasha: best la
Aku: Apa yang best?
Lees_fasha: lesbn la…dgn gf i
Aku: ye la apa yg best?
Lees_fasha: u tak minat gal ker?... laki kasar, les lembut… nice. Memahami…
Aku: so apa yg bes?
Lees_fasha: susah la nak ckp… but i tak pnh buat ngan guy. i tatau… but i enjoy dgn gal. tak yah nak cover2 line… kat umah pun bleh, org tak syak.
Aku: habis tu, mana u tau lagi bes jadi lesbian atau jadi pompuan?
Lees_fasha: lesb pu pompuan gak la
Aku: mesti ada beza kan lesb dgn pompuan?
Lees_fasha: ntah! samer je… tek 2
Aku: apa plak sama… mana u leh samakan i dgn u
Lees_fasha: nape… u nyer ada 3 ke
Aku: sbb i bukan lesb… tu bezanya
Lees_fasha: tak fhm la
Aku: patutnya i yg x paham… patutnya u yg kena bagi i lebih paham
Lees_fasha: my gf is with me now… she is ***tuttttttttt**** me tau, under the table

Dia dah mula cucuk jarum weh!
Aku: apa aku nak heran, sama2 ada… x pelik pun
Lees_fasha: u la citer kat i… best ke dgn guy? u pnh ke?... i geli la dgn bulu2 tu
Aku: apa kena mengenanya i dlm hal ni? kan i yg tanya u apa best nye jd lesbian
Lees_fasha: ye la u ckp cam lesb ni tak bagus… so u bg la tau apa yg best
Aku: u rasa bagus ke?
Lees_fasha: pd i bagus la
Aku: kat mana bagusnya tu?
Lees_fasha: but i tak pnh rasa dgn guy… bagus la sbb i puas
Aku: hanya sbb tu?
Lees_fasha: ye… kalau u tau lebih, ajar la

Bila sampai je ayat ni, kepala otak aku bagai tercium sesuatu. Mmmm pandai betul dia provoke aku kan? Mesti cara ni jugak dia gunakan. Bila ada minah-minah yang sakit hati dengan ayatnya tu naik angin, dah tentulah akan marah dia berapi-rapi. Tak pun akan melayan kerenahnya itu. Akhirnya, dia juga yang untungkan. Dapat chatting 18 sx dengan percuma.

Aku: ish! ish! ish! ciannya u! i leh bg tau...tapi bila i tanya u kenalah jwb dgn jujur tanpa byk soal. boleh?


Lama jugak aku terpaksa menunggu respon. Mmmm macam tak Berjaya je umpan aku ni…
Aku: x pe la kalau x boleh...i pun byk keja lain lagi nak buat (Aku dah mula bosan ni) …ok bai. moga Allah bagi hidayahNya
Lees_fasha: ermmmm…jap. u pnh ke dgn guy? best ke?
Aku: Aikkkkkkkkk
Lees_fasha: why?
Aku: leh bg tau...tapi bila i tanya u kenalah jwb dgn jujur tanpa byk soal. Boleh? x pe la kalau x bolh...i pun byk keja lain lagi nak buat (Aku copy and paste je ayat ni...nak cepat kan...)
Lees_fasha: ajar la i… kan i dah kata ok tadi
Aku: Mmmmmm…ok. Brapa umo u?
Lees_fasha: 25
Aku: Bangsa?
Lees_fasha: Melayu la
Aku: Agama?
Lees_fasha: Islam la…


(Ada hati lagi nak mengaku melayu beragama islam kalau perangai tak senonoh macam ni…memalukan umat je!)
Aku: Keja?
Lees_fasha: Why?
Aku: i tanya keja pe
Lees_fasha: salesgal
Aku: kl?
Lees_fasha: yes
Aku: Asal kl?
Lees_fasha: Utara
Aku: Grik?
Lees_fasha: no…Perlis
Aku: Pendang?
Lees_fasha: Tak
Aku: mmm mesti kokdiang (kokdiang ni Perlis ke Kedah weh?)
Lees_fasha: mana tau ni
Aku: mmmm kan tadi kena jwb tanpa byk soal
Lees_fasha: garangnya u ni….mmm ok, sambung…
Aku: aikkk...komen org lak. Sekeh kang
Lees_fasha: Sori…
Aku: mmm berapa lama di kl?
Lees_fasha: lama dah… since bljr kat UM
Aku: belajar kat UM jadi salesgirl? jual pe? lama tu brapa lama?
Lees_fasha: tak abis bljr pun…5 yrs

Aku: nape x abis?... so jual pe?
Lees_fasha: erm.. lingerie
Aku: kat ner? nak gak i pegi beli
Lees_fasha: dmsara… u ni katner
Aku: mmmm mahallah gaji u kan, boleh dok dsara
Lees_fasha: sewa la… ramai2. mana der salesgal bju dlm gaji mahal… beli bj dlm dpt diskaun je

Aku: baju dlm wat p byk2 pun kan...bukannya leh pakai baju dlm je masa naik LRT
Lees_fasha: mmg la… tapi kena la pakai
Aku: u amik course pe kat UM dulu?
Lees_fasha: law… u ni tak ajar i pun lagi
Aku: brapa % i leh dpt diskaun beli baju dlm dgn u? … aikkk tadi janji x leh byk soal...byk lak soalnya dia!
Lees_fasha: tgk la… kalau u ajar i benda yg best i leh mintak kat bos bg diskaun tuk u
Aku: mmmm … dah brapa lame u keja citu? leh mintak2 cam gitu je dgn boss?

Lees_fasha: hmm mmg staff entitle la. bos i laki… cina. Goda2 sket dia bg la diskaun lebeh… time ni la nak gunakan dia. Bj tido mlm tu ada yg mahal2… sampai 2ratus pun ada. i dpt less pun dlm 10% je… kwn i mintak lebeh… dia kata kalau nak lebih kena pakai dulu dpn dia. takmo la i!
Aku: dah lama ke u keja situ?
Lees_fasha: 1 yr plus
Aku: lama la jugak… kalau x puas hati, boleh tukar semula tak?
Lees_fasha: tgk la… kalau biasa mmg takleh la. mcm u beli brg kat kdeai la… u dah pakai mana leh pulangkan. tp kalau u nak i leh la try tukarkan
Aku: nape lak x leh tukar? kan ke hak pengguna tu


(Saje je nak test betul ke dia ni belajar undang-undang sampai 5 tahun…kalau tak tau, memang bengap sangat le!)
Lees_fasha: ye la… biasa la bos cina
Aku: apa pulak gitu...boleh report kat tribunal pengguna tu. dah la beli mahal...x leh tukar lak
Lees_fasha: ni kenapa citer keje i plak ni… i tadi mintak u ajar i psl guy
Aku: oohhh ye ke...x la sgt psl keja u..pasal x puas hati je kalau x leh tukar
Lees_fasha: u bukan beli pun
Aku: mesti lah nak kena tahu sblm beli
Lees_fasha: u dtg kedai nanti la Tanya (Lupa la pulak nak Tanya kedai dia tu kat mana…kantoi!)
Aku: mmmmm ok… brapa kali u balik kg?
Lees_fasha: raya je… ni apa kena mngena plak ni
Aku: ikut suka la...tadi syarat dia x leh tanya la...apa daaaa
Lees_fasha: ok la… takyah la. u bukan nak ajar i punkan… saje bodo2 kan I (Mmmmmm baru nak sedar ke?)


Aku: glojoh tul… betul ke u ni pompuan? biasanya glojoh cam ni lelaki betullah tu u ni lelaki kan?
Lees_fasha: u nak rasa ke ***tuttttttttt*** i… kalau slera i ok jer. i dgn gf i skali.
Aku: berani ke u nak jumpa i?
Lees_fasha: ofcoz… y nak takut
Aku: kat ner?
Lees_fasha: dsara
Aku: kat ner?
Lees_fasha: dsara la
Aku: kat ner?
Lees_fasha: u dtg bmlm umah i… i stay ngan gf i
Aku: Kat ner? Bagi la alamat…
Lees_fasha: kota dmnsara… nanti i sms, bg hp no. U ni ntah betul ke tak gal ni…
Aku: apa lak nak sms nyeee...bagi je la sini
Lees_fasha: i tak kenal u lagi… buatnya u guy, tetiba dtg umah i mlm2
Aku: tadi berani sangat
Lees_fasha: dah la… u ni byk alassan la. tadi ckp nak ajar… buang masa tul. dah la… i lyn gf i lagi bagus. Bye!
Aku: dah agak dah pun… u laki kan?
Lees_fasha: lesbian laki ke? amende la u ni… u skolah drjh 5 j ke? (Dia dah mula naik darah!)
Aku: ngaku je la...u rasa saje2 ke i borak2 dgn u tu? i ni mane la skolah tinggi...UM pun x kenal. lain ler u...penah blaja sana. mestilah u lg hebat dr i kan


(Try nak provoke la kot-kotnya hati dia boleh luluh dek ayat aku yang tak romantic langsung ni huh u hu)
Lees_fasha: i tak fhm la apa intention u… kalau u tak minat, tak yah la chat ngan i…
Aku: aikkk bukan u ke hai i dulu? mcm terbalik je statement tu… u dah hai...i balas je laa...mana nak tau ada minah gersang lak


Malas aku nak komen apa-apa, korang piker ler sendiri (pinjam ayat Nabil jab!).







Rabu, 1 Julai 2009

Pesta Buku Bangi

Nak jadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar ilmu, maka kerap jugalah pesta buku diadakan. Terkini adalah seperti berikut;
Tempat: Kompleks PKNS, Bangi
Tarikh: 30 Jun hingga 15 Julai
Masa: 11 pagi hingga 10 malam
Banting dah lama tergantung kat tiang lampu sepanjang jalan di Bangi, tapi lupalah pula nak hebahkan. Jadi bagi sesiapa yang memang suka mengamalkan budaya membaca ni, silalah terjah PKNS Bangi. Gaji pun baru dapat kan?
Mohon maaflah, tak ada apa-apa gambar berkaitan boleh tampal kat sini. Aku sendiripun belum pergi lagi. Rasanya elok juga pergi sana, kalaupun ada masanya banyak buku-buku sekolah, buku agama yang biasa kita jumpa, namun mana tahu kali ini banyak penerbit pula ambil bahagian. Pesta buku Bangi yang lepas aku jumpa satu gerai yang jual buku-buku lama, mana tahu kali ni ada lagi, dengan koleksi buku yang lagi anggun menawan. Selamat berkunjung!

Selasa, 30 Jun 2009

Makan Besar

Dah lama tak masak. Bila ada kesempatan...bestnya boleh makan dengan meriah. Simple je, tapi...waduhhhhh, bungkus diet aku!




Tahu kenapa ramai orang Kelantan pandai? Sebab benda alah ni lah...kaya dengan protein tu...























Sangat meriah bila perah asam limau, masukkan durian dua ulas, letak cili sikit...fuyoooo takat Putera William tu apalah maknanya sangat!


Akhirnya...licin!